Quantcast
Channel: Miera Hassan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 148

Pengalaman Hiking Gunung Nuang - First Time / Beginner

$
0
0
Hai,
dah lama tak hiking. Last tu masa zaman study. Eh! lamanya. So, this time, tiba-tiba my F4L team Puncak Alam (Puncak Hikers) ajak hiking ke Gunung Nuang T_T. Gituew, permulaan hiking untuk beginner ni ialah Gunung Nuang, gunung paling tinggi di Selangor. Semua yang naik, sebenarnya adalah beginner. Hahaha cuma coach dan guide kami je yang dah pernah hiking ni. Baik, kita follow jela dan merasalah sendiri. Dengan itu, sesuailah tajuk entry kali ni, 

PENGALAMAN HIKING GUNUNG NUANG VIA PANGSUN - BEGINNER

Nak naik Gunung Nuang ni, macam-macam dah i baca blog. Risau punya pasal. Lepastu tanya akak-akak yang dah naiklah. Tapi itulah, tak puas kalau sekadar baca dan dengar pengalaman je, kena rasa sendiri. Nak naik Nuang ni ada 2 jalan sebenarnya, melalui Janda Baik dan melalui Pangsun. So, kami mulakan pendakian pada jam 7 pagi melalui Pangsun, Hulu Langat.
Masa awal pendakian, dah mula mendaki.. Takda landai sangat tapi masih lagi daki manja-manja gitu. Bukan lah pacak pun. Tapi jauh yakmat dalam 5km sebelum tiba ke Kem Lolo. Sabar-sabar. Dah nama pun gunung. Diawal pendakian ni, akan jumpa beberapa pondok kecil untuk berehat. Dalam setiap 15min akan ada pondok kecil. Boleh la duduk rehat sikit lepaskan lelah sekejap sebelum mula mendaki.
 
Guide jangka kami akan sampai ke Kem Lolo dalam sejam setengah sahaja dan Alhamdulillah, walaupun semua beginner, kami berjaya tiba di Kem Lolo pada jam 8.45pagi. Tersasar beberapa minit je.
Tempat berkumpul sebelum meneruskan pendakian ke Kem Lolo

Kem Lolo ni cantik. Ramai hikers yang bermalam kat sini. Penuh jugak la. Kem Lolo ni cantik sebab ada sungai disini. Sini je punca air. Jadi kepada yang dah habis bekalan air masa naik tadi, boleh la isi sekejap. Kat Kem Lolo ni, kami cuma berehat sekejap je.. Yang mana tak sarapan lagi, makan sambil berjalan je. Hehehe
 Merentasi air sungai

Selepas Kem Lolo, perjalanan diteruskan ke Dataran Pacat. Permulaan trek ke Dataran Pacat ni berbatu dan berakar kayu. Ok lagi. Permulaaan ye. haha, lepas tu, memang mendaki je ke atas. Ni kami panggil memacak. Perjalanan dari Kem Lolo ke Dataran Pacat sangat jauh. Rasanya dah jauh dah daki ni, tapi tak jumpa-jumpa penghujung pulak.
Yang seronoknya bila hiking ni, ramai hikers yang sangat peramah dan akan bertegur sapa dengan kita. Nampak sangat i ni beginners, tapi mereka semua tetap beri semangat untuk sampai summit.

Sempat singgah berhenti makan di tepi. Kaki i dah mula sakit sebab seminggu sebelum tu, i terlalu banyak buat latihan cardio di studio sampai kena shin dn tumit dah mula mencucuk. Mengikut info dari peta yang i dapat, dari Kem Lolo ke Dataran Pacat memang jauh dan memacak. Jadi, diingatkan sila bawa bekalan air yang mencukupi.
Lepas berhenti makan, kami meneruskan perjalanan ke Dataran Pacat. Sikit-sikit pandang atas T_T
Pendakian i terpaksa stop setakat di Dataran Pacat je.
Dataran Pacat ada pokok akar rambut Rapunzel

Kaki i dah tak terlarat. Tumit kaki sakit sangat sebab i pakai kasut yang kurang sesuai. Memang padan muka la kan.. tambahan shin kaki pulak.. T_T
Dah naik tadi memacak, turun pun nasib badan la... Curam. huhu.. Sakit hujung jari kaki.. Tapi kami berlima je yang turun. Yang lain semua teruskan pendakian. Dalam jam 12.00 kami turun, singgah rehat di Kem Lolo. Lama jugak, sambil mandi sekali.

Apa yang i boleh simpulkan, Nuang memang mencabar minda bagi beginner macam i ni, tapi sebenarnya i terkilan tak dapat bersama-sama yang lain naik ke puncak. Seriously terkilan sangat. Hati i kata boleh lagi untuk i sama-sama naik ke puncak bersama yang lain, tapi badan dah tak mampu. Kaki dah mula sakit. InsyaAllah, ada kelapangan, i nak repeat lagi ke Nuang. Nak sampai puncak jugak.
Tahniah kepada yang sampai ke puncak Nuang walaupun semua beginner dan kita buat daypack je. Tahniah uols.

Tips untuk begineer:Kepada beginner macam i, pastikan dah buat latihan fitness sekurang-kurangnya seminggu sebelum. Jaga tumit dan lutut sebelum naik tu. Hahaha sebab i dah alami. And paling penting, gunakan kasut yang sesuai. Hehehe, jangan macam i. Dah tau nak naik gunung, pergi bantai guna kasut running. Memandai je..Kan dah pewai. Pastikan bekalan air mencukupi. Nuang punya trek yang melalui Pangsun ni panjang. 
I won't give up. Lepasni nak try naik Nuang lagi sampai ke puncak. !! Fighting! - ok, kita banyakkan training lagi. All the best kepada yang baru nak mencuba daki melalui Pangsun, (Beginner sahaja)  uols mesti boleh la sebab ramai dalam team kami yang memang beginner hiking, dah sampai puncak. Kepada yang dah memang malim gunung tu, i respect sangat.. kental la Nuang ni :)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 148

Trending Articles