Quantcast
Channel: Miera Hassan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 148

Hiking Denai 3 Puteri, Kota Damansara

$
0
0
Eh..lama tak update pasal hiking. Banyak betul entry kepam (busuk ah!)
Sebenarnya hiking di Denai 3 Puteri, Kota Damansara ni adalah seminggu selepas hiking Gunung Nuang. Tiba-tiba Kak Su ajak. Lama tu..tapi tak sempat update sebab setiap minggu (ececeh) i ada outdoor activities dengan team Puncak Hikers. meh!! T_T

HIKING DENAI 3 PUTERI, KOTA DAMANSARA

Denai 3 Puteri ni sebenarnya terletak di dalam kawasan Taman Rimba Komuniti Kota Damansara. Tak susah pun nak kesini sebab i pun pertama kali ke sini dik oi. Cuma perlu 'waze'SMK Sek.10 Kota Damansara je. Eh, nak hiking tapi waze sekolah.? wahaha..sebab..pintu masuk nya betul-betul dihadapan sekolah je.
Kalau jumpa tasik ni, maknanya betul la tuh..
The entrance. Hadapan sekolah. (SMK Sek.10 Kota Damansara) sekali lagi i bagitau nih.

Sebenarnya dah janji nak jumpa jam 7.30am. Ingatkan dah sampai jam 7.15am tu kira dah awal dah. Rupanya, dah ramai orang. Park yang tepi jalan pun dah banyak kereta. Terpaksa la i park jauh sikit. Huhu.. diingatkan uols, kalau datang, biarlah awal sikit ok. Supaya nanti dapat park pun tak jauh sangat.
Hiking di sini sebenarnya banyak sangat laluan. Bercabang dan ada yang mengelirukan. So, i memang dah prepare amik gambar map siap-siap. Konfius sebab ada beberapa trail yang nampak macam laluan, tapi sebenarnya bukan 'jalan sebenar'.. Mujur Kak Su pernah pergi. Jadi, adalah sedikit keyakinan bila masuk ke dalam.
Untuk ke Denai 3 Puteri, kami melalui trail Temuan, bertemu di trail Sahabat, trail Unity dan seterusnya ke trail terakhir, trail Denai 3 Puteri. Ikut laluan dalam peta yang ditunjuk. Awal perjalanan tu, memang santai sebab hanya trekking biasa je tapi laluannya panjang. Penat jugak. Tapi belum mencabar lagi. Tapi disebabkan laluannya panjang, jadi better bawa air lebih. Daripada trail temuan nak ke trail sahabat dah mula ada mendaki. Sikit je. Masih lagi tak mencabar. hehe
ini buah muka je. Takde cabaran lagi.
Ramai orang nak ke Denai 3 Puteri jugak. So jangan risau. Kita gerak je sama-sama. Tiba-tiba dapat kawan baru. So, jalan sampai anda jumpa pokok besar dan tanda ini
Biasalah.. posing dulu di kayu balak yang melintang ni.

Bermula di trail Denai 3 Puteri ni ada cabaran sedikit. Kalau sebelum ni kita cuma trekking yang ada sedikit je turun naik laluannya, tapi di sini, kena mendaki sedikit
Tali disediakan (thanks yang buat tali ni).. but still, kena berhati-hati jugak sebab laluannya curam. Pastikan pakai kasut yang sesuai. Sebab masa i pergi, ada yang pakai kasut sukan nak ke studio. Tapak tak mencengkam. Bahaya pada diri sebab dia asyik tergelincir je.. Ya, memang trail tak mencabar, tapi bukan la semua tempat sama je. Awak bukannya ke shopping mall. Eh makcik ni membebel pulak.
So laluan mendaki ni, awak akan jumpa dalam 3 ke 4 tempat.
Cabaran terakhir ke Denai 3 Puteri. Kawasan ni curam ketepi. Nasib baik ada tali yang disediakan. Boleh la nak meniti ke tepian dengan pegang tali.

Ni la view dari puncak Denai 3 Puteri yang orang nak sangat bergambar tu. Pemandangan highway NKVE. Kat atas ni, dah ramai jugak yang dah sampai. Jadi, kami berpiknik dulu. Dalam sejam, makan dan berborak di bawah pokok, then baru turun semula.
Piknik sambil mengira kereta dan lori.
Untuk balik, kami gunakan laluan yang sama. Menghala ke Sek.10.
Laluan sama. Tapi jalan jem pulak kat sini sebab ada yang injured masa turun. Kaki krem.
Hati-hati kak.. trail memang macam ni untuk ke Denai 3 Puteri.

Masa balik tu, i terpisah dengan my team sebab i terlambat. Ada geng yang mintak i amikkan gambar dorang kat kayu balak melintang tu.huhuhu.. So memang i balik seorang. Luckily ada peta, so i baca peta. Ada jumpa seorang dua je masa balik. Tu pun dorang first time jugak. Lepastu, dorang masuk ikut Sek.9. So laluan lain dah. Trail ke Denai 3 Puteri ni mudah sebab ada tanda yang dah ditinggalkan oleh hikers sebelum ni. Ada kertas yang di tampal di daun dan di tanah. Follow je tanda tu. Tawakal jela semoga jumpa ke Sek.10. Kalau tak, jauh pulak nak menapak. My team pulak i tak jumpa. Dalam hati, lajunya depa ni ke depan. Tak terserempak langsung.. Tapi bila i sampai bawah kat entrance, dorang pun takde and tiba-tiba salah seorangnya call.. Rupanya dorang sedar i tertinggal belakang and dorang semua patah balik cari i..huhu.. tapi dorang mungkin ikut laluan lain. Kan dah kata, banyak cabang jalannya.. Mungkin i masuk cabang lain, dorang cabang lain. Patut tak berjumpa langsung dalam tu. huhu

Thank you korang. Maaf la berhenti tak inform. Tiba-tiba orang panggil amikkan gambar. Sikap macam ni bahaya ye sebab boleh buat kita terlepas dan terpisah dari team kita. Nasib baik tak sesat. Huhu..
So, weekend boleh lah ajak kawan-kawan yang baru nak mula hiking ke sini ok. Sesuai untuk beginners dan mereka yang nak bersantai.

Level : Easy (3/10)
Happy Exploring!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 148

Trending Articles