Quantcast
Channel: Miera Hassan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 148

Tips Jika Digigit Pacat

$
0
0
Gigitan pacat perkara biasa jika anda memasuki hutan hujan di Asia Tenggara, Afrika dan Madagascar. Tidak seperti hidupan sama di bahagian lain dunia, pacat hutan hujan hidup dalam suasana daun kering dan tumbuhan terutama di lantai hutan.
Ia mencari makanan iaitu darah hidupan berdarah panas termasuk manusia berdasarkan bau dan getaran bunyi yang terhasil daripada pergerakan. Di kawasan tertentu, anda akan dapat lihat hidupan ini bergerak ke arah badan manusia selepas beberapa ketika. Pacat darat sangat halus tetapi boleh membesar sehingga 10 kali daripada saiz asal selepas menghisap darah.
bukan pacat ini. Kalau ini kena naik lagi ni. hehe

Cara paling mudah untuk mengelak gigitan pacat dengan memakai stokin atau seluar panjang menutupi bahagian bawah badan. Anda boleh melumurkan kaki dan tangan dengan minyak panas atau minyak cap kapak. Jangan terlalu takut terhadap hidupan ini kerana ia tidak menyebarkan jangkitan dan hanya menyebabkan kecederaan kecil. Anda tidak akan terasa digigit kerana ia menyebarkan anestetik apabila ia menghisap darah. Berikut merupakan beberapa tips yang saya jumpa dari Group HACAM di facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi mereka yang google dan mencari tips untuk pacat.

Tips Jika Digigit Pacat

Ramai yang mengetahui bahawa pacat akan melepaskan gigitan apabila ia sudah kenyang. Tetapi, bagaimana nak buang pacat sebelum ia kekenyangan?

1. Pacat akan terjatuh selepas kenyang. Namun, jika anda mahu mengalihkan ia lebih awal, kenal pasti bahagian gigi pacat yang berfungsi menghisap darah di salah satu hujung, lazimnya di bahagian lebih nipis.
2. Secara perlahan, gunakan jari telunjuk untuk mencabut bahagian pacat yang menghisap darah daripada kulit. Gunakan satu lagi jari untuk memisahkan hujung satu lagi yang lebih gemuk. Pada proses ini, pacat lazimnya akan cuba untuk kembali melekat ke kulit.

3. Selepas mencabut pacat, pastikan anda membersihkan kesan luka untuk mengelak jangkitan. Hidupan itu tidak beracun, namun mungkin rasa gatal dan tidak selesa.

4. Jangan gunakan api rokok, ubat nyamuk, losen antiserangga atau menarik secara pantas untuk mengalihkan pacat daripada kulit. Cara ini mungkin memberi kesan lebih teruk kerana ia memberi luka lebih dalam dan kesan parut.

5. Jika ia menghisap darah di bahagian telinga, hidung atau mulut, anda mungkin mendapat masalah kerana pacat menjadi gemuk apabila kekenyangan, sekali gus boleh membawa kesan parut atau cela di muka.

6. Jika secara tidak sengaja mendapati ia di mulut, gunakan alkohol atau hidrogen peroksida untuk berkumur. Jika terpaksa, gunakan objek keras.

antara cara lain yang boleh digunakan pula ialah menitiskan air tembakau pada pacat, taburkan garam di atas pacat, titiskan perahan jus limau manis pada pacat, taburkan abu rokok dan tuang sedikit minyak angin atau minyak cap kapak lepas tu pasti lintah tu jatuh berguling-gulingankan..
NOTA: Lebih baik elakkan daripada menggunakan tembakau, ‘mosquito repellent’, syampu atau garam untuk mebuang pacat yang sedang menghisap darah. Elakkan juga menarik pacat yang sedang menghisap darah. Ini kerana pacat tersebut akan ‘muntah’ ke dalam luka dan menyebabkan jangkitan kuman yang teruk, lebih teruk daripada gigitan pacat itu sendiri.

Rawatan Selanjutnya?

Pastikan bahagian luka sentiasa bersih untuk mengelakkan jangkitan kuman. Cuci dengan air, sabun dan ‘bandage’ ia. Pendarahan mungkin berterusan untuk beberapa lama disebabkan oleh ‘anti-clotting’ enzyme’ yang dihasilkan oleh pacat tersebut.

Selalunya bekas gigitan pacat akan gatal dalam tempoh yang agak lama sewaktu dalam proses untuk sembuh. Elakkan menggaru di situ kerana akan menyebabkan jangkitan kuman yang lebih teruk.

Letak ais sekiranya bengkak.

Sekiranya kesan gigitan itu agak teruk atau mengalami jangkitan kuman yang serius, segera dapatkan rawatan doktor ye..

Tapi kalau anda berani serta tahan geli ketika sedang ‘dinikmati’ oleh pacat. Biarkan sahaja ia ‘hisap darah’ hingga kenyang dan jatuh dengan sendiri. Kalau seekor sahaja. Bukan kalau lima belas ekor ye..  Selamat mencuba.. jika ada sahabat yang ada petua lain untuk menjauhi diri dari lintah atau pacat sila isikan di bahagian komen..terima kasih..Wassalam..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 148

Trending Articles