Hi korang,
Ini adalah entry kepam yang dah berbulan dalam draft i.. Entah la.. bizi betul dengan hidup sekarang ni ye sampai tak menyempat nak update. huhuhu. Rasa awkward pulak nak menaip. Eh?! Over lah..
Selepas beberapa bulan geng Puncak Hikers senyapkan diri selepas i pindah ke Johor, kali ni masing-masing decide, kita buat gathering lah, hiking Bukit Kutu. Sebenarnya masing-masing dah pernah naik Bukit Kutu ni, dan ini adalah kali kedua semua nak naik.. i pun tak tau la kenapa tetiba je i setuju nak join padahal dulu pernah hiking kat Bukit Kutu dan janji taknak repeat lagi. Ok, ni kira kes mungkir janji la ni. Hahahaha.. So hello Bukit Kutu. We meet again!
Hiking Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu
Geng hiking kali ni adalah seramai 15 orang. Campur geng Puncak Hikers dan geng F4L. Meriah la sikit pendakian kali ni. Bayaran masuk ke kawasan ni cuma RM1 seorang bagi tujuan pembersihan sampah yang dibuang di dalam kawasan parking ni. So kami memulakan perjalanan dari Puncak Alam ke Kg Pertak sejak jam 6.30pagi. Dalam perjalanan sempat singgah Pekan Kuala Kubu Bharu untuk bersarapan dan beli lunchpack untuk naik ke atas sebab lepas pekan je, nanti dah susah nak cari makanan. Antara bawa bekal siap-siap dari rumah atau sila beli bekal makanan jela ye.
Kami tiba di kawasan parking pada jam 8.00pagi. Lewat 30minit. Hehehe, nasib geng lain faham dan tunggu. Kalau tak, memang dah kena tinggal la. Kat kawasan parking ni pula, kebetulan masa nak hiking ni ada geng susu Dutch Lady pulak. So masing-masing dapatlah bekal 3 kotak susu coklat untuk naik ke atas nanti. hehe

Yeay dapat susu free.!!![]()
Permulaan trek taklah susah pun. Cuma nak bagitau awal-awal, akan melalui anak sungai. Jadi prepare la kasut yang sesuai sebab lepas melalui anak sungai ni, baru akan mula trek balak, trek akar dan terus mendaki. Jadi kasut sesuai sangat penting untuk teruskan pendakian. Trekking awal akan melalui jambatan gantung dan anak sungai. Nampak kasut kami pakai ni? Awal-awal sebelum melintas sungai, kami cuma pakai sandal je. Taknak kasut basah, nanti nak hiking dengan kasut basah kan tak selesa. Melalui jambatan gantung 1 yang menyenangkan hati.![]()
Melalui jambatan gantung 2 yang dah separuh roboh dengan kegusaran hati. Ok tipu!![]()
Lintasan sungai 1. Dah habaq awai tadi kan.. Kasut akan basah. So kalau taknak, sama ada buka sebelum redah sungai dan pakai semula atau pakai je kasut getah. Mana yang selesa.
Lintasan sungai 2. Lepas dari lintasan ni, kami berhenti untuk tukar kasut. Masa ni i awalnya pakai kasut getah je. Lepastu baru tukar kasut hiking. Kasut getah i, i sorok kat celah2 semak. hahaha.. Lepas dari lintasan sungai ni, akan mula trek hiking.. jeng..jeng..jeng..

Untuk makluman, trek bukit kutu ni 1 trek dengan ke Lata Medang cumanya dipisahkan dengan cabang sahaja. So, untuk ke Bukit Kutu cuma ke simpang belah KANAN je ye. Kalau simpang kiri akan menuju ke Lata Medang + Lata Makau + Gunung Rajah. So, jangan salah ambil simpang ye.
Permulaan hiking dah mula mendaki.. Trek akar mencanak-canak. Jujur cakap, i banyak kali stop untuk rehat. Pewai mintak nyawa woi. Padahal i memang jenis aktif dan bersenam. Pewainya macam i jenis yang tak pernah training. Hahaha, yela.. kuasa Allah nak datangkan ujian, siap muntah angin 3x ye.. Entah kenapa hiking Bukit Kutu kali kedua ni rasa pewainya lain macam. Masa ni, kami terpisah dengan ahli lain sebab pace dorg laju, so dorang teruskan. Kiranya jadi 2 team la.
Trek yang mendaki dan terus mendaki tanpa kawasan landai.
Bukit kutu laluan mendaki hampir 80% agak mencabar, trek yang panjang dan banyak menguji kekuatan fizikal
Jumpa dengan uncle ni yang dah selalu naik Bukit Kutu katanya. Padu oi.. Laju betul.

Checkpoint gua air (main bagi nama je).. I still remembered, first time i hiking Bukit Kutu, kat sini ada sumber air tau. Memang i and my team pernah singgah ambil air. But this time, dah kering dah. Takde air langsung. Mujur dah siap-siap bawa bekal air 4litre, takdelah terkilan tak dapat topup air kan. Huhu

Kan nampak macam kepala ular tedung. Kalau dah sampai kat Batu Tedung ni maknanya ada lagi 40% trek kena hadap. Jaga-jaga bila dah nak sampai ke Batu Tedung ni, banyak pulak tebuan yang follow. Rimas je. Mungkin sebab bau peluh kot. Mujur dia tak sengat.

Sejenis perangai i yang buat orang geleng kepala ialah, i suka tanya "jauh lagi tak nak sampai puncak".. Hahaha tocer mind sendiri, Eh tak la.. saje nak tambah semangat. Hehehe.. So, lepas jumpa batu tedung masih lagi trek pacak. Akan jumpa banyak kawasan buluh melintang, jadi hati-hati dan ada sedikit kawasan landai. Masa ni boleh la nak tarik nafas sikit. Laju la sikit pace tu sebelum jumpa trek mendaki lagi.. Lagi..!!!!??
Ok.. Sikit lagi.. dah nak sampai..

Muka ceria la kononnya.! Padahal disebalik tu, pewai bersepai.
Awesome view. Gayat beb tapi view cantik. Boleh naik 2 or 3 orang je ye. Berhati-hati ye sebab takde tali. Kalau jatuh memang ke gaung terus.
Hiking sempena sambutan Ramadhan dan Malaysia baru, DONE. Ok, jom turun
Masa turun, macam biasa (sebab dah alami dari hiking pine tree la kononnya), i terpisah dengan my team. Huhuhu.. turun tak pandang belakang. Laju je lepastu baru sedar dah duduk sorang dalam hutan. Allahu, dah la lupa bawa peralatan lain. Yang ada kat tangan masa ni cuma tongkat je. Pegang kuat-kuat la. Rasa takut pulak bila sorang dan dengar bunyi ranting jatuh. Macam-macam bayangkan. Cuba tunggu team mates lain, tapi takut bila sikit-sikit terdengar bunyi ranting. Lepastu, tak terserempak dengan sesiapa pulak tu.. Memang berlari la turun. Huhu.. Alhamdulillah semua selamat.
Kesimpulannya (eh baru nak kesimpulan), Bukit Kutu ni bukit bergred gunung.. Bukan biasa-biasa. So bawa semua peralatan penting terutama air sekurang-kurangnya 4litre, bekalan makanan, coklat, ubat-ubatan, minyak panas atau (standby) tongkat. Dan paling penting persediaan mental dan fizikal. Pada pendapat i, trek ni tak perlu guide sebab memang trek jelas. Cumanya, jangan la berani nak berseorang (eh kau je yang terpisah dengan team, orang lain ok je). huhu.. Jangan lupa apply permit ye.
Oh ye, masa balik dah petang kan.. So sempat la jugak i rendam kaki dan badan. Lega sangat bila dapat rendam dalam air sejuk. Untuk info, bersebelahan tempat parking kereta ni adalah kawasan orang bersantai mandi sungai. Ada disediakan pondok untuk tukar baju. Jadi, kalau dah ke Bukit Kutu ni, lepas hiking boleh la merasa mandi dan berendam sekejap untuk rehatkan diri. Jangan lupa bawak baju extra pulak (itu pun nak kena bagitau ke). Hehehe
Terima kasih sudi baca. Semoga jadi panduan kepada hikers yang nak ke Bukit Kutu ni.
Level : Challenging (9/10)
Happy Hiking