Quantcast
Channel: Miera Hassan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 148

Case Compare & Complain, makan gaji vs berniaga

$
0
0
Hai.. nak membebel, soal perspektif berkerja dan berniaga.

i don't really remember where i saw this, but a while ago, i macam ternampak (again i forgot where) dan terbaca (ok, lupa yang mana satu) a group of people comparing their work with engineersss (saje tambah S, sebab ghamai)

Example:
" Engineer ni kerja glamour, tapi sebenarnya hamba"amboi..

"Untunglah Miera Mariah Carey (pun boleehhh) kerja jadi Engineer, tapi kerja busy.. No life"Eh amboi..

"Anak dara tu jual nasi lemak, lebih banyak duit yang dia dapat daripada kalau dia jadi Engineer"

Ok.. these are only examples ok! =P
***
Beginilah..
Sebenarnya tak tau la, these people jealous atau pun memang tak suka Engineers. Kadang peliks, kenapa la orang suka sangat comparekan kerjaya Engineering dengan kerjaya lain, as for example and obvious, BUSINESS!!
Well, hello.. I bukan la nak marah.. It is just, when i saw these kinds of comments, it's like.. 
men-downkan i. (and i'm sorry i bring this up). Sana sini kalau I baca statement orang yang berniaga ni, mesti berbunyi begini;

"Pendapatan berniaga nasi lemak ni, lebih banyak daripada apa yang company Engineering tu tawarkan dulu".. ok then.

"Puan Ainin ni dulu Engineer di Syarikat Makan Gaji Buta, sanggup berhenti kerja dan berniaga menjual basikal serta membuat networking kerana gaji di Syarikat Makan Gaji Buta itu tidak menjadikan beliau jutawan"
***
Apa yang kalian cuba sampaikan disini?
Look.. I'm an Engineer and I'm also a business person. I'm doing my online business as a part time.. Means that, I berada dikedua-dua tempat iaitu makan gaji dan berniaga. But, bila I baca statement macam ni, honestly I rasa tak perlu. Tak perlu..! Apa pun yang kalian cuba sampaikan, tak perlu comparekan apa yang kalian dapat. 

Why Engineer?
Sebab, engineer ni, semua orang fikir gaji besar, tapi hakikatnya hidup macam kak Miera Mariah Carey (perasan lagi) tu ke? Come on guys. Bila cakap soal sibuk atau tidak, itu adalah pilihan sendiri. Macam mana cara membahagikan masa sendiri dan kerja. Jangan lah fikir, Engineer ni kerja macam hamba. Kalian nak cakap, orang kerja makan gaji ni hamba jugak ke?

Yes, rata-rata gaji Engineer di Malaysia ni, tak besar. Pengalaman 5tahun ke atas baru dapat merasa gaji yang selesa berbanding berniaga yang hanya perlukan beberapa bulan fokus dah boleh jadi jutawan. 
Yes, berniaga itu sunah nabi dan 9/10 sumber pendapatan datang dari berniaga. Tapi, adakah comparing kerjaya orang dengan berniaga menjadikan itu juga sebahagian dari sunah Nabi?
(jangan buat cerita I tak suka bisnes ye, business pun salah satu passionate I)

Memang tak dinafikan, kerjaya Engineer ni gaji tak seberapa lumayan berbanding jika full-time berniaga. Memang tak dinafikan, kerjaya Engineer ni, stress dan sakit kepala fikirkan masalah, tapi masa flexible untuk diri dan family kurang. Tapi.. setiap orang ada passion tersendiri. Setiap orang ada pilihan sendiri. Tolonglah stop compare dengan kerjaya orang lain.

I paling benci statement mamat yang dah berhenti jadi Engineer tu, yang konon-konon sekarang tengah buat full-time business (sebab dia kata dulu dia Anjing-neer.) Bukan salah kerjaya, tapi memang dulu kau Anjing agaknya. 
Ok.. akak Mariah Carey marah. Siapa pernah baca kisah viral ni? Ok.. Maafkan akak sebab keluar bahasa kesat. %*)(&*#

Pernah tak kalian terfikir, perkara yang sebegini akan membuatkan ada golongan anak muda yang tidak berminat untuk mendapatkan ijazah, malah diploma sekalipun apabila terpengaruh dengan cerita 'nasi lemak' yang mampu memberi pulangan lumayan. Ada yang terpengaruh dengan cerita pemain hartanah menjadi jutawan walau dengan memiliki sijil SPM. Pernah terfikir?

Pernah tak kalian terfikir, tindakan kalian yang suka compare kerjaya Professional ini akan membuatkan masyarakat luar berfikir, apakah berbaloi pengajian di universiti atau pusat pengajian jika kita mencari sesuatu yang berbeza dan lain. Kita mungkin tidak rugi apa-apa. Namun, negara akan rugi dari segi sumber tenaga dan percambahan ilmu.

Percayalah kata-kata ni,
Kesilapan paling b***h orang berniaga ialah memperlekehkan golongan yang makan gaji.

Ubah mindset.

it's time to stop comparing and complaining.
Life is amazing! We are all amazing!
It'll be a waste if you can't see how amazing it is
(because you're too busy comparing and complaining)!

xoxo

Viewing all articles
Browse latest Browse all 148

Trending Articles