Quantcast
Channel: Miera Hassan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 148

My First Folding Bike

$
0
0
Assalamualaikum.. Hewwo people..!
Anyway.. lama gila sebenarnya tak blogging. Boring betul.

Kalau nak tau, yang post semalam cerita pasal white water rafting pun dah lama ada dalam senarai kepam. Muahahaha.

Well actually, hidup ni takdelah bosan sangat ponn. I had a very interesting lifestyle. Hidup single ni, i can do anything i want. Dari bangun tido, sampai ke sebelum tido sentiasa ada perkara baru yang menceriakan. Wee~~ Alhamdulillah.  So much has happened but i jadi malas nak share and when i do share, i jadi malas nak explain 😅
It's so weird.

Because the "me" that i used to know and be, used to not mind explaining and telling a story from beginning to the end. Even if it means repeating myself many times. I enjoyed talking. Now, i just summarise and if orang tu faham, then good. Kalau dia tak faham, i won't repeat or explain further. I just biar je. haha

Anyway people..
I sekarang dah kurangkan aktiviti outdoors i for a few reasons. So, awal tahun haritu, i decided nak beli basikal. Nak mulakan hidup berbasikal gicheww. Sebab nampak macam fun kan. And furthermore, ramai yang i kenal berjaya turunkan berat badan dengan cycling. Hehe.. Since i cannot afford liposuction (yes, i considered it! bahahaha!!) and gym and personal trainer and whatever online coaching, so i have to workout. And being a pear shape, memang bottom half ni la paling susaaaaaahhhh nak turun.

So, lepas dah tanya pendapat sana sini dan dihasut oleh Daniel, akhirnya i decided to starts my cycling journey with

Folding Bike

Tapi, masa ni bajet i tight jugak la. Setelah puas mencari sana sini, and again Daniel sebagai penasihat i pasal basikal ni since dia pun Mountain Biker dah 10 tahun, dia lagi faham pasal basikal kan. So i decided to buy a second hand folding bike only. Bukan tak mampu ke hape.. hahaha tapi sebab i taknak kalau beli beria mahal-mahal nanti i punya minat pudar. Sekejap je excited nak cycling. Lepastu jadi tukun kat rumah pulak. Ni pun keputusan selepas banyak kali consult dengan Daniel pasal basikal. 
Ini lah ghupanya basikal selepas dilipat. Sebab tu nama dia basikal lipat.

I dapat basikal ni dengan harga RM300 je. Well actually i beli dengan my brother in law. Saje duk melawak dengan dia pasal basikal lipat. Sambil tu mintak tolong dia survey harga. Tiba-tiba dia cakap camnih 

"I used to be a foldies.. once ago"
"Oh really.. then why you stop?
"Takde masa.. sebab sibuk. Basikal tu jadi tukun sekarang kat rumah. Amik lah"

Rezeki kan. Tengah mencari, rupanya depan mata ada. Tapi i tak amik for free la. I bayar jugak sebab i tau harga new bike jenama Trinx ni pun bukan murah. RM300 tu pun murah jugak i bagi, tapi itu yang dia bg harga sebab dia cakap its better jual pada i daripada jual pada orang lain.

Oh well.

Basikal dia cantik lagi. Masih macam baru sebab dia pun pakai tak lama. Cuma sayangnya basikal ni dah terbiar almost 2 years takde yang bawak. Ini jenis basikal yang i beli. My first bike gicheww.
Brand : Trinx
Model : Da2007
Shimano 7 speed
20"*305mm Alloy Folding
52T Chainring
Tyre : Kenda 20" x1.5 
Wheelset : 406

Puas hati. Tak payah dah nak upgrade banyak. Sebab ini pun dah ok untuk beginner macam i. Actually memang plan nak upgrade chainring. Tapi bila tengok chainring dia dh besar, tak payah la. Hahaha.. cuma nak upgrade sikit kat wheelset je nanti. Nak tukar 451. hehe.. I pun tak sangka, dah almost 3 bulan cycling dengan folding bike ni, dah makin suka. Kemain nak upgrade dah sekarang padahal niat sebelum tu cuma nak riadah petang-petang je. hehe..

Dalam seminggu i akan cycling dalam 3x. Hari Selasa, Khamis and Jumaat. Normal distance 15km to 25km sebab balik dari kerja kan. So dapat la dalam sejam lebih je cycling. Kalau sabtu baru buat LSD running.
Before ni, i mulakan cycling cuma 8km je. That was my first day cycling la. Kira speed pun cuma 13km/h je. Slow yakmat. Yela, first time kan. I really thought that cycling is so easy. Because we just had to push the paddle. Tapi susah ya. Sakit peha dan kaki. Sebab nak bawak badan lagi..

But surprisingly,
now i dah boleh bawak long distance dah. Speed pun dah increase daripada 13km/h ke 17km/h. Seronok. Dah terus syok bawak basikal. Sekarang dah join group folding bike dah, macam-macam benda dapat belajar. Daniel pun terkejut, dia ingat i ni tak serius nak cycling. Cuma untuk riadah, tiba-tiba i cakap kat dia i nak kumpul duit, nak beli yang jenama sikit. Maybe Brompton. Hahaha..
Then tiba-tiba i cakap i dah join group JB Foldies and dah start pergi event.

Eh..eh perempuan ni.
Tapi i tau perangai i ni jenis, kalau i dah start sesuatu, i'll give my commitment on that. 

Bulan kedua bawak basikal sebenarnya dah tergolek dan pitam tepi jalan. Masa tu pagi. Dalam KM5 tergolek. Puncanya sebab i tak perasan lubang. Kesian basikal. Terus calar balar. Termasuk lengan. Dah la masa i tergolek tu, kawasan tu pagi dan takde orang. Pitam sekejap tepi jalan. I rasa padangan gelap.
Tapi yang kelakarnya, dah lepas sedar dari pitam, i teruskan kayuh. Eh 25km pulak kayuh. Tak heran dah gear shifter patah, tayar gelong. Balik tu baru start rasa berdenyut kat lutut dan badan sakit-sakit. Hehe tapi puas jugak sebab dapat achieved first 25km in life.

As for me, berbaloi sebenarnya kalau u baru nak start cycling amik folding bike. Tak kisah la jenama apa. Kalau beli jenama mahal pun bukan penentu kaki u kuat mengayuh kan. Sebab i ada je jumpa yang jenama biasa-biasa (bukan jenama bangsawan) tapi kaki dia kalau kayuh, power gila.

Oh well, ada a few reasons kenapa folding bike ni jadi pilihan i, tapi sebab utama ialah mudah disimpan dan dibawa ke mana-mana. 

I lipat je basikal ni dan letak dalam bonet kete i. Senang kalau i pegi mana-mana tempat dan nak cycling, just keluarkan je. Lagi-lagi bila balik dari kerja. I tukar je baju siap-siap kat ofis, then balik terus singgah Puteri Harbour dan cycling kat situ. Tak perlu la i susah payah nak balik rumah dlu dan amik basikal kan. 
Doakan la i kurus. haha

So as usual,
my awkward sign off,
Toodles~

Viewing all articles
Browse latest Browse all 148

Trending Articles