TODAY I WANT TO TALK ABOUT MY ESCAPE DAY TO SUNGAI CHILING! IN CAPSLOCK?!
No, that’s just the excited intro. Hello. Hai.
Last 2 weeks, i dengan my Fit for Life (F4L) team Puncak Alam beriadah ke Sungai Chiling Kuala Kubu Baru. Memang aktiviti Sabtu kami khaskan untuk aktiviti luar. Kira macam our escape day la sebab hari biasa tu dah bizi dan kebanyakkan aktiviti fitness kitorang adalah di dalam gym atau di parking kereta belakang gym je kan. (belakang gym ada parking lot besar yang takde kereta pun kat situ tau)
Sebenarnya aktiviti asal tu, kami plan nak hiking ke Bukit Saga je. Entah macam mana..secara tiba-tiba, ting!! bunyi roti keluar dari toaster. Ting!! Coach Wan dapat ilham ke Sungai Chiling. Mungkinkah beliau dapat ilham ketika melihat kami beramai-ramai kena buat pumping? (tanda tak larat nak bukit ke? heii). I dah ke sini kali ketiga. So, sebabkan masa nak ke sini, ramai tak tau apa yang perlu dilakukan disana, entry kali ni i nak share sambil bagi tips sekali supaya boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada yang nak ke sini pula. Dah ready? Awas, entry panjang.
Ok.. ceritanya begini.

I bertolak ke Kuala Kubu Baru (KKB) ni dari Puncak Alam jam 6pagi dengan Kak Faz. Kira lepas Subuh la sebab janji nak jumpa semua orang around jam 7. Sebab masing-masing taknak berpanas. Dari Puncak Alam ke KKB ni dalam sejam je.. So, memang sampai dalam jam 7 pagi sharp, itupun sebab bersarapan Drive Thru Mekdi je. Hehe..
Masuk dalam. Kereta kena tinggal luar di parking lot. Palang gate tu memang takkan buka pun untuk orang ramai. Jadi, masuk ikut tepi, atau lompat kijang.

Tips :Nak ke camp site, kena jalan kaki ye. 200meter ke dalam (5minit berjalan). Jadi, bawa baju kering/beg siap-siap untuk ditukar selepas berbasahan. Ada toilet kat dalam camp site. Kalau tak bawa, lepas berbasahan nak tukar baju, keluar la balik ke kereta dan masuk balik tukar. Jadi, buang masa. Kalau sanggup, terpulang lah.. i dah bagi tips tu. I advise u. baju letak dalam plastik dan dalam beg. Bawa sekali atau u minta tolong orang yang jaga kawasan tu tengokkan. Tapi keselamatan barang tak dijamin.
Waktu buka:
Jumaat sehingga Ahad sahaja
8.00pagi sehingga 6.00petang
Datang awal pun kena tunggu depan gate pulak, sebab terlalu awal sangat nih. Rupanya, buka jam 8.00pagi ye. Jadi sempat la kalau sesiapa nak singgah breakfast sebelum ke sini T_T

So, ini adalah area camp site. Kat area ni ada surau, toilet, gerai dan juga pondok pegawai perhutanan. Kat pondok ni, kena lapor dulu berapa ramai yang masuk dalam, berapa beg plastik yang kita bawa, dan kena bayar dulu sebelum masuk. I tak pasti sekarang boleh camping ke tak, tapi i pegi dulu around 2012-2013 memang dah 3x kami camping (tido) dalam ni.
Tiket masuk RM1.00 untuk dewasa.
Kanak-kanak bawah 12tahun, percuma.

Ini adalah peta yang 'tiada gunanya'. Haha.. cuma berguna untuk tau, "Wei, kena redah 5 sungai sebelum ke air terjun" begitulah.

Selepas menyeberangi jambatan, akan ada trekking sedikit which is, dah mula ada air kat sini. Jadi, kat sini dah mula basah sikit. Jangan segan silu, i tak elak pun air sebab tau ada lagi nak kena redah. hehehe.. laluan nak ke air terjun berbatu, berakar dan ada beberapa kayu balak merintangi laluan, jadi gunakan kasut yang sesuai. Bukan selipar tau.
Tadaa.. mula menyeberangi anak sungai..


Ada 5 anak sungai yang kena seberang ye. Ada yang diberi tanda, tapi ada yang takda. Sebabkan kami datang awal, ada team fitness lain yang kami jumpa, boleh la follow sekali. hehe.. i pun ingat-ingat lupa.
Tips : Memandangkan ada 5 anak sungai nak kena seberang, pastikan barang u semua disimpan dengan selamat didalam beg. I advise u sekali lagi (2x dah i ingatkan nih), gunakan dry bag atau letak barang-barang yang didalam bag tu dalam plastik. Hp pun, guna cover yang waterproof tu sebab masa seberang sungai, ada banyak batu. Berhati-hati sebab batu-batu ada yang licin dan air deras sikit. Takut terjatuh, sayang barang tadikan.
Air sungai memang jernih dan boleh nampak ikan lagi.

Tips : Nak beli makanan ikan, ada dijual di pondok sebelum masuk tadi. Satu plastik RM2. Boleh bagi masa seberang tu sekali. Atau, bawa je roti (pastikan sampah plastik roti dibawa balik ye.. Jangan buang merata-rata di sana)
Trekking untuk sampai ke atas (air terjun) mengambil masa dalam sejam ke sejam setengah je. Itupun sebab banyak bergambar masa seberang sungai. hehe.. Selepas penat berjalan beronak duri (tipu) tu, ini pemandangan yang dinantikan.. Tadaaa...


Air terjun.
Puas sangat bila dah sampai sini. baru lah boleh mandi puas-puas. Memandangkan kami sampai awal, jadi kat sini tak ramai orang sangat. Boleh bergambar dan berendam puas-puas kat sini. Rendam sampai kecut. hehe.. and paling best, kalori dibakar dalam air memang banyak.. So, keluar dari air memang lapar. Plus, banyak dah diburn masa trekking sebelum ke sini kan.

Mandi dengan ikan. Haha buat fish spa la.
F4L team Pucak Alam.
Puas mandi, perlu trekking semula untuk balik. Laluan yang sama.. Total calories burn untuk aktiviti ni (based on my body weight lah ye) almost 1500kcal. Banyakkan.. So, I advise u, bawa la coklat atau pisang untuk recovery energy selepas mandi tu. Takut nanti takda tenaga pula bila nak balik. Jangan tinggalkan sampah ketika disana ye. Peliharalah alam sekitar kita.
Nah sekeping gambar menatap keindahan ciptaan Tuhan dan menunggu laki meminang (gatai).. hehe

xoxo