Quantcast
Channel: Miera Hassan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 148

Penyelesaian Rambut Gugur untuk Wanita Bertudung

$
0
0
Assalamualaikum,
Hai Jamilah.. 

Banyak dah baca tips penjagaan rambut untuk wanita bertudung macam i ni, tapi tetap juga dirundung masalah (eh relevant betul ayat ni kat sini) dalam penjagaan rambut seharian. Serius ah.! Kepala i pernah alami masalah rambut gugur yang kronik sampaikan bila i sikat rambut, i mula sedar ada kawasan lapang di kepala. Lapang sebesar satu jari. Kering tidak berbaja. Gituew..
Macam ni.

Lepastu, bila bukak tudung, ingatkan benang serkop kepala yang tergumpal, rupanya ia adalah rambut sendiri yang gugur dan bergumpal sesama sendiri. Belum bab sikat rambut dan shampoo rambut. Ish..ish..ish.. kronik kan masalah ni. Baru nak sedar dari mimpi, ini rupanya masalah botak.

Dilemma orang rambut gugur nih, bila dah guna produk anti-hairfall..rambut akan jadi kering sebab produk anti gugur ni kesemuanya bantu kurangkan rembesan minyak dari kulit kepala. Nanti dah tak gugur, kering pulak. Aihh tak puas hati tukar balik shampoo yang melembapkan..pastuh gugur balik sebab kulit kepala berminyak kembali. masalah kan. lagi-lagi bila bertudung ni, bukan main susah nak jumpa yang sesuai. huhu..

Sehinggalah i jumpa penyelesaian kepada masalah rambut gugur bagi wanita yang bertudung.. Gugur rambut ni boleh menyebabkan masalah botak tu jadi sekelip mata je, sebab tu kena tangani secepatnya sebab nak tunggu tumbuh tu lama yakmat. 

Penyelesaian masalah rambut gugur bagi wanita bertudung


I baru je guna produk ni seminggu..!! dan rambut i dah kurang masalah gugur. (Lompat bintang!)
Bila dibaca-baca semula, antara punca rambut gugur ni sebenarnya ialah kurang protein dan kulit kepala kering. Kering ni la jadi punca ada kelemumur. Nampak tak kat sini, kurang protein adalah punca sebenar sebab ia punca kulit kepala kering, lepastu terus ada kelemumur, lepastu mulalah kulit kepala gatal, rambut gugur, rambut botak terus tak confident. Betul tak?

Yang menariknya mengenai product ni, ia mengandungi Protein dan vitamin yang diperlukan untuk rambut! Bahan-bahan yang digunakan dalam FRESHR adalah organik, antaranya ialah minyak jojoba, minyak argan, minyak aloe vera dan minyak kelapa dara.. Semua bahan ini, memang bagus untuk merawat pelbagai masalah rambut seperti rambut gugur, rambut kusam, rambut bercabang, berbau dan mengubati masalah kelemumur.

Pengalaman peribadi:
Ini serious kegemaran kita wanita bertudung.

Macam ni caranya :
Cuma beberapa titis je di tangan, dan kemudian lumur rambut kita dengan FreshR pula! Selesai satu sesi. Nanti lusa ulang kembali lagi dan lagi dan lagi dan bergembiralah dengan hasilnya. I guna pada waktu pagi sebelum pakai tudung dan malam. Sebab nak sentiasa kekal segar bila keluar bertudung dan untuk elakkan rambut gugur sewaktu tidur.

Bau dia membuatkan rambut i sentiasa wangi dan bau yang segar.. Kulit kepala pun rasa segar je. Bila rambut bau best, kita pun rasa best kan. Yang i perasan, bila i ditengah hari panas, kulit kepala i jadi sejuk segar sebab FreshR ni mengandungi ekstrak pudina. Takde nak rasa rimas dan gatal-gatal pun. Sesuai pulak nama dia FreshR. Kulit kepala sentiasa segar walaupun bertudung. Gitueww..

Baru pakai seminggu, rambut gugur dah berkurang dan kawasan lapang dah mula tumbuh rambut.

Senang hati tak payah nak kutip rambut je. Hehehe.. Paling best, rambut i semakin lembut. U know, rambut panjang ni, kadang rasa rimas kan. Rimas tapi tetap nak bela jugak. Tapi, sejak seminggu guna, i rasa ikal rambut i makin cantik, lembut dan beralun. Ohoi.. best. Sebab FreshR ni ada tambahan minyak argan dan aloe vera.. patutlah kan..

Lagi-lagi yang bertudung ni. Walaupun rambut bertutup dari padangan awam dengan berhijab, bukan bermakna tak perlu penjagaan yang sesuai kan.. Eh takkan la nampak luaran je kemain cantik berkemas, lepastu time tengah tunggu kawan kat kedai minum, tiba-tiba terkeruk kepala (terkeruk maknanya tergaru-garu macam beruk. Eh?!).. Lepastu, balik rumah bukak je tudung, rambut bau hapak.. kan? kan? hehe.. ini contoh je lah. Ala, bagi contoh pun nak marah.


Wajah bahagia bila masalah rambut dah diselesaikan dengan caption 
"kulit kepala i segar, masalah rambut gugur kurang dan rambut i dah wangi"

Wajib dibawa ke mana-mana.

So, kat mana nak cari serum yang boleh bantu selesaikan masalah mahkota kewanitaan kita ni? Untuk makluman lanjut, boleh ke website FreshR, ke Facebook page FreshR atau hubungi sahaja talian telefon yang diberikan.

016-558 4014

Ok, last. Teka-teki. 
Apa benda, kalau jadi dekat orang muda seram, jadi dekat orang lelaki seram, jadi dekat orang perempuan pun seram. 

KEBOTAKAN.

Pandai, jadi mari selamatkan mahkota kewanitaan kita dari keseraman ini dengan FreshR. Barang baik mesti mau kongsi punya. Haha kalau i terpengaruh dengan pengalaman peribadi orang, i juga akan pengaruh awak dengan pengalaman peribadi i..! Toodles~~

Viewing all articles
Browse latest Browse all 148

Trending Articles