Assalamualaikum.!
Oke Hai.. Berasa sangat terpanggil untuk bercakap mengenai kerjaya sekarang di blog sendiri sebab nak mengenang, macam mana lah boleh tercampak dalam bidang STRUCTURE sedangkan dulu, sangat membenci subjek ni sebab hati dah terpaut pada Geotech dan Water. Ini lah kot orang tua dan pemuda pemudi kata
"Tak payah nak benci sangat. Nanti lama-lama jatuh cinta"
Baiklah, tak mau sadis-sadis bercerita soal jatuh cinta.. Eh?!
T_T
Secara amnya.. Bridge Engineering ni tergolong dalam bidang Civil Engineering. I was so lucky sebab masa sambung degree dulu, amik subcourse
Civil and Infrastructure di UiTM Penang. Jadi, dapatlah sedikit gambaran mengenai bridge design ni dalam subjek
Precast Design.
Eh serius ah, bila baca balik nota yang lecturer suap dulu, rupanya itu basic je.
Eh serius ah, dulu macam watdehel susah ni. Baru bab pengenalan bridge pun, dah ternganga apa tu "Abutment", "Parapet", "Per" eh.?!
Eh serius ah, tak faham dan akan tidur sekejap di surau atau bilik kosong dan bila test, mujur ada kawan yang bersusah payah mengajar si cantik ni sebab si cantik sungguh tidak memberi fokus dalam subjek ni.
Eh, eh, eh.. banyak betul masalah. Tapi, betul lah, subjek ni jarang diajar sewaktu degree. Sebab subjek ni akan dicover masa master je. *angkat kening*
Sebab tu cakap, SYUKUR!
Baiklah adik-adik yang masih belajar, jangan gelakkan kakak (amboi, terasa tua T_T ) Zaman akak belajar dulu, pakai phone pun Galaxy Ace je, line internet takyah cakap ah, tak meluas. Nak discover tu, tak delah dihujung jari sangat pun. HP pun tak canggih sangat, Internet mahal dan kuota limited. Tapi sekarang, anda boleh menikmati internet di mana-mana sahaja dengan kelajuan 4G bila anda bersama Digi sehingga kuota sebanyak 40GB.. Wahh.. iklan jap sebab now tengah pakai Digi Postpaid 40GB tuh, puas hati dong.! Jadi, kalau tak faham apa yang lecturer ajar, google jela sekarang dik. Boleh tatap puas-puas gambar dekat internet tu untuk faham, sebab adik kan boleh guna Digi Postpaid yang 40GB tu serendah RM110 je sebulan. Sungguh berbaloi bersama Digi. Ok.! menyempat lagi.
Bila dah 3 tahun dalam bidang ni, passionate tu terus datang.. Sayang sangat dalam bidang ni sampaikan obses bila nampak bridge di mana-mana. Including jambatan kecil di kampung.. Tu tak masuk bila bab tengah drive, sampaikan sanggup berhenti atau duduk bawah jambatan untuk tengok structure je. Dan, tak masuk bab bila nampak mana-mana jambatan masa dalam kereta, cepat je mulut tu nak bercerita dengan orang, kenapa..kenapa..kenapa structure tu macam tu. Eh, macam annoying kan. Tapi tula, tengah angau bercinta dengan bidang ni, sampai obses (bukan obese ye) dengan bridge design.
![]() |
Ni gambar kat luar negara, Pinjam ye encik Google. |
![]() |
Bridge, Putrajaya. Nama lupa. |
Pernah terfikir,
kenapa la termasuk dalam bidang ni..? Jangan kata senang.. Takda apa yang kat dunia ni senang. Amboi duniawi. Kalau kerja mana-mana pun susah jugak. Cabaran kerja ada je dimana-mana. Tak cakap bab kena marah dengan client, lepastu bersengkang mata pulak sampai malam menyiapkan kerja.. Face it lah. Memang kerja Engineer macam tu kan.. Cuma nya sebab dulu kan sangat membenci bidang STRUCTURE, tapi kenapa Allah campak ke sini..? Rupanya sebab dulu.. (flashback datang diwaktu malam, masa tengah siapkan design)
Sebab zaman study dulu.... pernah terluah kata-kata dengan kawan
"Dah besar nanti (lupa diri memang dah besar), nak kerja design jambatan.. Macam Jambatan Pulau Pinang tu ke.. atau nak kerja buat tunnel macam SMART Tunnel tuh. Sebab taknak kerja dengan Arkitek, nanti kita tak dapat nak design, semua dorang buat"Sungguh naif kata-kata ini keluar. Tapi tetap kena gelak jugak sebab dorang kata, jambatan pun Arkitek yang buat reka bentuknya. Oh, naif lagi sebab percaya. Dan.. sebab kata-kata tulah, rupanya mungkin .. mungkin lah kan, masa ni kata-kata ni di aminkan oleh malaikat dan dibawa naik. Ha... gitueww..
Kalau nak cerita bab pengalaman kerja, boleh menangis jugak ni. Sebab betul-betul masa my senior move ke company lain, I baru setahun lebih kerja. Apa lah nak tau sangat kan. Dulu semua my senior yang buat. I cuma banyak bantu design sikit-sikit je.. haha. Tak pernah keluar meeting okeyh. Duduk dalam ofis je. Lepas je my senior quit, I pulak take over all. Dengan nak kena belajar semua balik dari A to Z, lepastu kena ajar sekali Engineer baru masuk, meeting sana sini, dengan kena buat design lagi. Masa tu, lembik rasa kaki ni.. Masa pergi meeting pun, memang nampak lah orang doubt kita punya capability. Oh I pernah dapat pandangan yang ala-ala "smirk" tu tau masa I bagi pandangan. Siapalah nak dengar budak setahun jagung bagi pandangan. Kahkahkah... banyak betul pandang memandang ni. Sebab orang baru kan, baru setahun jagung dah kena pegang projek. Tapi stay strong sebab niat nak improve kan diri. Pernah rasa nak give up especially I kena pegang 1 projek 'sakit' yang I dengar ramai Engineer tak tahan. Ni paling mencabar dengan client yang fussy, penduduk tempatan yang menentang projek ni and design yang tak setel lagi, client dah bawak contractor masuk site untuk start. Hoi, pening dengan masalah site dan detail design yang tengah dalam ICE (Independent Checking Engineer) pulak. Tapi.. tahan je. Tahan.. Ni semua proses belajar. Haih.. macam-macam lah. Setahun lebih berdikari ni, memang kenangan masam manis.
![]() |
Some of my book masa zaman belajar (Ada banyak lagi nak kena angkut). Nasib la guna duit PTPTN beli buku rujukan, Berguna sangat. |
My bos pun, Alhamdulillah tak lokek ilmu nak ajar.. hehe. And.. alhamdulillah now, bila ke meeting pun jumpa client or apa ke, other people dah mula percaya dan dah boleh masuk team untuk discuss dan buat keputusan as a Bridge Engineer. dan.. Alhamdulillah, terdengar jugak pujian dari client yang cakap I ni cekap. *shy-shy suka..
Jadi.. beginilah.. akhirnya, yang tak disukai tulah, jadi kerjaya pilihan sekarang. And Alhamdulillah, walaupun baru 3 tahun, dan masih lagi tahap junior, ada jugak dapat offer dari company lain untuk kerja kat company dorang, sebab memang tak ramai Bridge Engineer di Malaysia ni..Insyallah soon, I kena move on jugak kan.. Cuma, for now..banyak lagi nak kena belajar. Company sekarang boleh katakan small company. Sebab jujurnya, cuma ada 2 je Engineer. dan I adalah senior dalam company tu after my senior dah pindah ke company lain. Kerja memang banyak. Banyak jugak projek pegang sekarang. Tapi, I belajar banyak.. Banyak sangat.!! Semoga selepas ni, semuanya dipermudahkan Allah.
Dibelakang I, yang banyak membantu ialah my team dalam company (the drafters), my bos dan Kak Zura, Prof Madya dari USM yang tengah buat attachment kat company tu (my partner untuk discuss everything pasal Engineering dan tempat makan)
Percayalah, kata-kata adalah doa yang akan melantun pada kita semula. Toing toing.!
Niat yang baik-baik, dan cakap yang baik-baik. Allah akan beri dari sangkaan hambanya.
Jangan tanya tang gaji. Nanti I block tau. Eh?!
Sekian. Terima kasih baca.