Quantcast
Channel: Miera Hassan
Viewing all 148 articles
Browse latest View live

Memori Berkasih

$
0
0

assalamualaikum =)
pada tengah malam yang indah ini, inginku ucapkan salam kepada bulan dan bintang ciptaan Allah swt kerana membuatku rasa sungguh tenang =)



one two makan laksa,
oh you, apa khabar? (tak kena langsung)

Pergi beriadah atas tikar (Amboi)
ko ingat ko kelakar?

Ok. dah start random. 
So.. now dah 27tahun, kiranya hampir 3tahun lebih dah taman belajar degree. Yang mana dulu tu single, tiba-tiba dah nak kawin, tiba-tiba ada 2 anak, tiba-tiba....lupa dah, umur pun semakin meningkat. Last weekend i went to our gang meet up. Kemain kan.. Sejak-sejak masing-masing berkerjaya ni, susah betul nak jumpa. Kalau nak jumpa kena plan a week before. Tu pun belum tentu semua ada. Jadi, masa ni la terthrowback (amboi BI kau). throwback pulak zaman memori berkasih sejak bertemu.. Rupanya almost 9 years kami dah kenal. hihi.. dari zaman badan i kurus sampai lah ke gedempol macam ni. Wuwuwu..

Well,
People always attached by memories. Either a good or a bad ones. I believe everybody have their own bittersweet memories that they want to cherish all their life. This is about things that we shared in our friendship (geng mak hayam gemok)

 kaki selfie kat cermin

 kaki shopping barang dapur (sebab geng kuat makan)
 kaki melepek kat bahu orang (baca as we rely on each other) 

dan..kaki makan lagi

Oemji.. lama betul kita berkawan dari zaman diploma until now.. kalau teringat tiba-tiba feeling so terharulah dengan uols ni.  Lepas tu, kat FB pulak, kemain lah orang lain throwback video zaman diploma jugak. And, masa ni lah orang start tag

"miera, awak nampak kurus lagi"

ok fine.. badan i je yang makin membesar dengan jayanya. Terima kasih kawan-kawan T_T
Mungkin lepasni i kena move dari group mak hayam kita sebab i sorang je yang makan banyak makin gemok.

Dunia tak adil.





Buffet Ramadhan 2017 - Restoran Pot&Pan, Putrajaya

$
0
0

Assalamualaikum,
So, favourite month of the year is coming!! It's Ramadhan. Dan biasalah, yang paling favourite ni ofkos part makan.. sebab dalam bulan Ramadhan ni lah paling banyak makanan dan pilihan makan. Yang mana jarang keluar tu lah yang akan muncul.. Name it, makanan ala Timur, Barat, Mediterranean..? Oemji.. part makan ni!

Jadi, menjelang tiba bulan Ramadhan yang mulia ini, Restoran Pot&Pan, Putrajaya International Conventional Centre (PICC) ingin berkongsi kenikmatan berbuka puasa dengan menyediakan pakej buffet Ramadhan 2017 sebanyak lebih dari 300 menu hidangan dari dalam dan luar negara termasuk ala barat, timur dan ala mediterranean. Banyakkan makanan.?!!

Kesemua hidangan buffet Ramadhan pada tahun 2017 kali ini disediakan oleh chef yang terkenal dan berpengalaman khas dari PICC iaitu Chef Anuar dan juadah yang disediakan adalah berkonsepkan "International Iftar" iaitu hidangan antarabangsa dan juadah warisan melayu.

Antara menu yang disediakan untuk buffet Ramadhan 2017 kali ini ialah seperti Kari Kambing Rusuk Nangka Muda, Kari Ikan Tenggiri Tomato & Bendi, Rendang Tok, Daging Hitam Manis dan Nasi Dagang, aneka jenis sup, aneka mee, makanan arab, hidangan masakan Pantai Timur dan pelbagai menu lain termasuk hidangan pencuci mulut ala kampung dan kuih muih traditional serta pastry.
300 menu hidangan in, nak sebut pun banyak kan..

Antara lauk yang dihidangkan


 Putrajaya International Convention Centre turut menyediakan 3 signatures dish Mediterranean yang lazat iaitu; Nasi Briyani Buloh, Kaki Lembu Panggang dan Ikan Bakar Istimewa yang menjanjikan kelainan citarasa dan menjadi tumpuan pengunjung untuk berbuka puasa di PICC. 

Authentic Briyani Buloh yang dihidangkan bersama lauk pauk briyani

Ikan Bakar Istimewa

Kaki Lembu Panggang

Ya ampunn... Banyak betul. 

Grilled pun ada.. Yang mana hidangan grilled ni akan di hidangkan di viewing deck pada bahagian luar.. Kat luar, seriously best.. Makan sambil menikmati keindahan pemandangan Putrajaya


Yang istimewanya, pengunjung akan dihiburkan bersama artis jemputan Rosma AF yang akan bersama memeriahkan waktu berbuka puasa di PICC. 

Harga buffet ramadhan yang ditawarkan pada tahun ini adalah amat berpatutan iaitu :
RM98 / adult
RM49 / children (umur 4 hingga 6 tahun)

Tapi, bermula dari 13April sehingga 15Mei 2017, Restoran Pot&Pan menawarkan promosi bufet Ramadhan dengan potongan 15% bagi pelanggan terawal manakala potongan 20% pula diberikan kepada sesiapa yang membeli di Ticket Online www.ticketonline.my/picc bermula pada 21April hingga 15Mei 2017.

PICC juga menawarkan pakej berbuka puasa korporat dengan pakej yang menarik. 
Segala tempahan boleh hubungi talian 
+603 8887 6000

atau menerusi laman web PICC di www.picc.com.my atau www.facebook.com/piccmalaysia atau twitter @piccmalaysia bagi mendapatkan maklumat lanjut dan terkini.

Restoran Pot&Pan diuruskan oleh:
Putrajaya Catering Services
Convention & Exhibition (Putrajaya) Sdn Bhd
Telefon : +603 8887 6499
Email : enquiry@pcs.my


xoxo



Percutian ke Bukittinggi, Padang Indonesia (Part 2)

$
0
0

Sambungan dari Part 1..
Oemji.. panjang kan entry bercuti ke Bukittinggi kali ni. hihi.. Ok, sambung-sambung..

Day 3:
Untuk hari ketiga ni, perjalanan agak jauh sebenarnya.. Pagi lagi kami dah keluar awal, sekitar jam 9.00 pagi waktu tempatan sebab harini kami nak ke Rumah HAMKA yang terletak di Danau Maninjau. 

Pemandangan sepanjang perjalanan.

Dalam perjalanan menuju ke Danau Maninjau, kami singgah di Panorama Sungai Ladia. Kat sini cuma singgah berehat sebentar dan minum teh halia sebabkan perjalanan yang jauh, berbukit dan berlekak lekok. (amboi bahasa melayu berterabur sangat). Pemandangan kat sini cantik sangat..tak tipu. Kami berehat dalam setengah jam je untuk bergambar sebelum meneruskan perjalanan ke Danau Maninjau.
 Cantikkan view ni.. Rasa macam kat Switzerland pulak (ele, macamlah pernah pergi Switzerlad) 
 the picture doesn't do this place justice.!!

sisters 

Sebenarnya.. perjalanan ke Danau Maninjau ni akan melaluiKelok44.. Ok kat sini, macam menurun bukit sebenarnya. Kelok yang paling tinggi/permulaan dinamakan Kelok 44, sehinggalah yang paling bawah Kelok 1. Ada 44 kelok tajam semuanya.. Pemandangan dari kelok teratas sangat cantik sebab kita akan nampak pemandangan luas dari Danau Maninjau.

 Kelok 44.. Gambar curi Google.

Signature gambar di Danau Maninjau. Ini di Kelok 33. 

Nampak tu, tasik maninjau yang terbentang luas di bawah Kelok. Pemandangannya indah sangat.

Seperti daerah lain di Indonesia, Danau Maninjau juga memiliki legendanya yang tersendiri, iaitu Lagenda Bujang Sembilan.

Menurut cerita, dahulu kala di daerah itu, sebelum terbentuk danau, terdapat 10 bersaudara yang terdiri dari sembilan lelaki bujang dan si bongsu seorang perempuan bernama Sani.
Sani bercinta dengan sepupunya yang bernama Giran. Namun cinta mereka tidak kesampaian kerana Abang Sulung Sani yang menyimpan dendam kepada Giran membuat fitnah kepada pasangan tersebut. Ini adalah kerana Giran pernah menewaskan beliau dalam satu pertandingan beradu kekuatan sedangkan beliau tidak pernah tewas sebelumnya.


Akibat fitnah, Sani dan Giran dihukum adat dengan dilemparkan masuk ke dalam kawah Gunung Tinjau. Giran ketika itu berdoa supaya apabila fitnah yang ditujukan itu benar, dia rela hancur di dalam kawah gunung berapi itu. Akan tetapi jika fitnah itu tidak benar, dia memohon agar gunung meletus dan sembilan bujang itu dikutuk menjadi ikan. Sebaik setelah pasangan yang difitnah itu melompat tenggelam ke dalam kawah, gunung meletus dahsyat sehingga muncul sebuah danau baru yang kemudian dikenali dengan nama Danau Maninjau karena terletak di Desa Maninjau. Kesemua sembilan saudara lelaki Sani pula bertukar menjadi ikan yang menghuni danau tersebut.

Begitulah kisah lagenda nya.. Bukan sebab tasik (danau) ni ada naga pulak ye. (mentang-mentang tasik ni luas, semua nak kaitkan dengan naga.) wawawa..

Jadi, disinilah letaknya rumah kelahiran Buya HAMKA..
Masa kami sampai, kawasan rumah dah penuh dengan pelancong yang kebanyakan nya dari Malaysia untuk mendengar cerita mengenai Buya HAMKA daripada ahli keluarga beliau.

 Anak sedara Buya HAMKA disebelah ibunya sedang bercerita mengenai sejarah HAMKA

Tips: Sila bertolak awal dan bajet tiba sebelum tengah hari ye, supaya dapat jumpa dengan ahli keluarga Buya HAMKA dan dengar cerita-cerita mengenai sejarah beliau.. Kalau datang tak dengar, rasa rugi pula. Takkan lah nak datang jauh-jauh semata-mata nak tengok rumah dan kawasan kelahiran je kan.. Boleh bincang sama pak supirnya mengenai masa perjalanan 

Tips:Perjalanan jauh dan berbengkang bengkok. Jangan lupa sediakan gula-gula dalam perjalanan untuk elak dari muntah dan pening kepala terutamanya sewaktu melalui Kelok 44.

Selepas puas bergambar di Rumah Buya HAMKA dan di Danau Maninjau, kami terus pulang dan singgah ke Ngarai Sianok, Koto Gadang dan Lubang Jepang.Kawasan bertiga ni sebenarnya dalam 1 kawasan ye diknon.. Kalau mahu ke Lubang Jepang, selepas kaunter tiket masuk, sila ke sebelah kiri. Koto Gadang dan Ngarai Sianok, jalan terus je. Malangnya masa kami ke sana, ada majlis pelancaran untuk kawasan pemandangan Koto Gadang oleh Datuk Bandar. So, tak dapatlah kami nak masuk ke dalam tu untuk ambil gambar. Jadi kami cuma ambil gambar dari kawasan taman atas sahaja..

Ngarai Sianok yang sungguh cantik 

 
 Cenderamata di kawasan Ngarai Sianok.

 
As we can see from here, there is Gunung Merapi dan Gunung Singgalang.

Tiket masuk ke kawasan ini cuma Rp.5.000 seorang sahaja

 Silalah rasai sendiri pengalaman di dalam ini.

Tips :Kepada sesiapa yang nak masuk ke dalam Lubang Jepang, akan ada penduduk/tourist guide yang akan bawa anda masuk, tunjuk jalan bagi elak sesat dalam Lubang Jepang ni dan terangkan sejarah di dalam Lubang Jepang ini..Bayaran RM10 akan dikenakan untuk setiap orang yang dibawa.Tapi kalau ramai-ramai (rombongan bas tu kot) akan dikenakan cas RM5 setiap seorang. 
Tapikan, kalau baca pada blog lain,  dorang kena bayar cuma Rp.20.000 je seorang!!! apani.! 

Kemudian, kami pergi ke Pasar Atas yang terletak di kawasan Jam Gadang untuk membeli belah. Kat Pasar Atas ni lah lokasi shopping yang murah di sini. Beberapa hari kami simpan tenaga dan duit untuk shopping sebab nak ke sini punya pasal. hehehe.. Kat Pasar Atas ni, kebanyakkan barang yang dijual adalah telekung, kain-kain sulam, tudung, baju-baju, aksesori dan cenderamata. Pasar Atas cuma ada 3 tingkat. Tingkat paling atas adalah tempat permainan/Arcade. Cuma tingkat 1 dan  2 sahaja yang berniaga dan di luar-luar kawasan Pasar Atas. Pasar Atas tutup jam 6 petang. Pastikan awak manage masa betul-betul supaya nanti tak terlepas untuk shopping di sini okey.
Pasar Atas ni mostly menjual kain sulam and telekung. Banyak choices and the price much much cheaper. My advise, for those yang kepingin betul mau beli kain sulam tu, borong saja di sini. I can get RP80,000 for 4 meters and RP50,000 for 2 meters. Same quality with Pandai Sikek. Kalau bahagian bawah, ada menjual blaus baju bajuan, but the price more expensive than Aur Kuning. Souvenirs and accessories also you can get from here. After duit dah habis, kami pun berambus from Pasar Atas.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
Tips :Pastikan awak survey sehabis baik dulu sebelum shopping ye. Sebab harga boleh dapat lebih murah kalau pandai survey dan tawar. Untuk telekung sulam, kat sini femes sikit dengan Telekung Siti Khadijah tu. Kena lah pandai tawar sikit. Macam i, untuk telekung sulam, i terbeli harga Rp.150.000. tapi bila pusing kedai belakang pulak, telekung macam i beli tu rupanya Rp300.000 untuk 3 pasang. Hehehe.. Takpelah. dah terbeli kan.

Malam tu, penat sangat pulak sebab dah berjalan dan shopping seharian. Jadi, malam tu selepas makan, kami  cuma tinggal di rumah dan kemas barang-barang memandangkan esoknya pun dah nak balik kan.

Day 3:
- Singgah di Panorama Sungai Landia
- Melalui Kelok 44 dan Danau Maninjau
- Melawat rumah kelahiran Buya HAMKA
- Bersantai di Ngarai Sianok dan melawat Lubang Jepang
- Shopping di Pasar Atas


Day 4:
Last day at Bukittinggi. Walaupun flight kami jam 2petang, tapi kami bergerak pulang dari Bukittingi jam 9 pagi kerana menurut supir kami, dalam perjalanan akan ada pasar pagi, which means, jalan akan sesak. And yes.. memang pun.! huhuhu.. rasa perjalanan balik nak ke Airport tu, lebih lama pula.

Dalam perjalanan pulang,  kami sempat juga singgah di Rumah Gadang. Bayaran masuk i tak pasti berapa sebab masa kami masuk, takde pekerja pun yang jaga di dalam Rumah Gadang tu. hehe.. So, masuk jela.  Basically,  Rumah Gadang ni macam Istano Basa Pagaruyung juga (beza istana ofkos la berkali ganda besar), boleh juga kalau nak sewa baju untuk bergambar.  Masa kami sampai, pengunjung pun tak berapa ramai. Ada yang tengah bergambar dengan baju, dan ada  yang bersantai makan sate di taman Rumah Gadang tu. Kat sini, tak lama pun.. Sebab dah pergi ke Istano sebelumnya kan. Cuma bergambar sekejap jela.

And guess what, walaupun keluar awal dan cuma singgah di Rumah Gadang sahaja,  kami sampai di Airport, ngam-ngam jam 1 tengah hari.. Hahaha.. Ya Ampun, jalan tak macet pun, tapi sebabkan keadaan jalan yang sempit, jadi agak lambatlah T_T Apa-apapun,  Alhamdulillah selamat sampai di Airport dan pulang ke Malaysia dengan selamat..


Tips: Di airport, semasa ingin ke balai berlepas tu, kami ditahan oleh pegawai kastam (kaunter ONASI ni) untuk membayar Airport tax sebanyak Rp.5.000 seorang. Tak banyak pun, tapi terkejut pulak tiba-tiba kena  panggil. Apesal i tak tau pun pasal ni. Hahaha.. Silalah sediakan duit siap-siap ye.

 Begitulah LOOONG entry i. Thank you so much for reading this super long post! Sampai bersambung 2 part lagi uols.. Ha amikkau. Apa pun, Bukittinggi Indonesia sangat berbaloi untuk dilawati sebabkan keindahannya. So yeah!! I nak ke sini lagi sebab i rasa tak puas shopping.! hahaha

Terima kasih daun keladi,
ada masa, nanti  i tulis lagi.. (waaahhh !!)

Pasar Atas ni mostly menjual kain sulam and telekung. Banyak choices and the price much much cheaper. My advise, for those yang kepingin betul mau beli kain sulam tu, borong saja di sini. I can get RP80,000 for 4 meters and RP50,000 for 2 meters. Same quality with Pandai Sikek

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
Mostly barangan yang dijual seperti kain, kebaya set, baju baju, blouse, telekung, persediaan perkahwinan, kerepek dan macam macam lagi

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
Mostly barangan yang dijual seperti kain, kebaya set, baju baju, blouse, telekung, persediaan perkahwinan, kerepek dan macam macam lagi

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
Mostly barangan yang dijual seperti kain, kebaya set, baju baju, blouse, telekung, persediaan perkahwinan, kerepek dan macam macam lagi

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_c

Percutian ke Bukittinggi, Padang Indonesia (Part 1)

$
0
0

Assalamualaikum
Misi jelajah Indonesia kali ni, I ke Bukittinggi, Padang Indonesia selama 4 hari 3 malam. Semua ni gara-gara tengok filem "Tenggelamnya Kapal Van der Wijck" tu lah. OMG, cerita ni seriously best.!!

Rasanya ini entry yang panjang sedikit dari my other entry MISI JELAJAH INDONESIA  (be prepared with extra long post and load of pics)
So, here's the story :-

Drummmmmmm..dum..dummm *drum rolls*

Day 1 :
Hari pertama kami bertolak daripada KLIA2 ialah pada jam 1.55pm. Daripada KLIA2 ke Bandar Udara International Minangkabau, Padang tak lama sangat pun. Tak sampai sejam pun hokey. Tak sempat nak fe-feeling dalam flight pun dah sampai.

Tengoklah.. tak jauh pun  Malaysia  dengan Sumatera Barat kan..kan..kan..

Sampai je ke Minangkabau Airport pada jam 2.00pm. Gitu kau.. 5minit je dah sampai.. Wakaka.. (tipu..tipu). Masa di Sumatera Barat ni lambat sejam gitu dari masa Malaysia. Kat airport Padang ni, polisnya lain macam betul. Taktau la polis atau immigration because they wear baju warna coklat, polis kot!!. Beza dengan airport Indonesia I pernah pergi. Sini seriously strict.. Selalunya check in tak lama pun, tapi kat sini, macam-macam pulak soalannya.. tak masuk part ada pakcik tu kena buang buah tangan dia which is buah mangga muda yang dia bawa dari Malaysia untuk melawat saudara di sini. So sadis melihat cerekarama tu. Tapi tulah, kena faham.. kerja mereka kan. (Ok, done mengumpat)

Tips : 
Bawa pen dari rumah sebab nanti kena isi borang kastam. Yang peliknya selama ni kalau 1 family kami isi 1 borang je. Tapi kat sini, seorang anak, emak dan abah dikira 1 family (borang lain). Abang I dan kakak ipar I  jadi 1 family (borang lain). I yang belum berkahwin ni pun kena isi (borang lain). Tak dianggap family dengan yang lain. So dalam flight, mintak la siap-siap kat stewardess masa dorang tengah edarkan borang.

Daripada airport, supir terus bawa kami makan. Sebab kemain tahan lapar dari Malaysia semata nak rasa menu lunch masakan padang. So, first tempat makan kami di Lamun Ombak. Tempat makan ni memang agak femes la dengan tourist Malaysia. Bercerita soal makan di sini, duduk je kat kerusi, pelayan akan bawa keluar semua lauk-pauk masakan Padang. Banyak giler lauk dorang..

Tips : nak makan di sini, makan  dan habiskan  yang korang nak makan je. Kalau tak nak makan, asingkan. Jangan disentuh makanan tu. Sebab cas akan dikenakan kalau korang sentuh/cuit makanan tu.

Lepas makan, kami terus ke Bukittinggi. Perjalanan dari Padang ke Bukittinggi ni tak lah jauh. Cuma 75km je. Tapi memakan masa selama 2 jam atau lebih untuk sampai sebab jalan utama mereka cuma 2lane je. Ya ampun.. Bertabahlah sekejap. Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan bukit bukau, sawah padi (masa ni berangan pulak lokasi pengambaran filem Tenggelamnya Kapal Van der Wijck tuh..hehehe), rumah-rumah dan pekan-pekan kecil.

Dalam perjalanan ke Bukittinggi, akan ada Air Mancur Lembah Anai kat sebelah kiri jalan. Cantik dan tinggi. Nak masuk kena bayar.. Pak supir kami cakap, cuma Rp.2.000 je. Ala dalam 60sen. Tapi kami tak singgah sebab jangkakan nak sampai ke Bukittinggi lama lagi kan. Badan pun dah penat, nak fikir cepat sampai dan berehat je.

Lalu je

Biasalah dalam perjalanan dah inform supir awal-awal, nak beli kartu sim. Jadi sampai je di Kota Padang Panjang, terus beli kartu sim XL. Senang nak update gambar dalam instagram kononnya.
Hahaha.. Kartu sim XL ni untuk 2GB cuma Rp.40.000.
Kami sampai di Bukittinggi dalam jam 6.00 ptg waktu sana. Imagine la lamanya perjalanan T_T

fiuhh..

Sampai je terus check in masuk homestay. Perjalanan yang lama dari Padang memang penat. Malam tu kami decide keluar makan (makan ayam penyet yaw) dan berehat je di homestay.

Day 1:
- Tiba di Bandar Udara International Minangkabau
- Makan di Rumah Makan Lamun Ombak
- Singgah Kota Padang Panjang
- Check-in homestay, Rest.

Day 2 :
Hari kedua, lepas bersarapan, masing-masing blur nak kemana. Hehehe.. punyalah surprise sebab kami tak susun itinerary pun. Kami cuma bagi list kat supir nak ke wisata mana dan supir yang susun sebab dia lebih tau jarak perjalanan nak ke satu-satu tempat kan.. Yang penting kami pesan taknak miss 1 pun dari wisata yang kami dah bagi dalam list. Ekekeke..

So first checkpoint (gituew.. macam explorace).

Kami singgah ke kedai jual oleh-oleh di Kedai Sanjai Ummi Aufa Hakim. 
Kat sini, parents dah mula shopping sampai 2 kotak oleh-oleh. And good thing is, pekerja kat kedai ni sangat prihatin, terus bungkuskan kotak-kotak ni dah tuliskan nama. Senang la bila nak balik nanti. Takde plastik dah. Yang femes kat sini, Sanjai Berlado. Which is like kerepek ubi pedas. Ye, tau.. Malaysia ada. Tapi lain lah kot. hahaha.. 

Ok next, we went to Rumah Sulam Hjh Rosma.

Yang menariknya disini, kami dibawa di belakang rumah sulam ni dan dapat tengok macam mana proses sulaman dibuat. Sambil tu, ownernya terangkan la sekali pada kami. Mereka ni sebenarnya bekerja sambil belajar sulam mesin sekali. And guess what, 1 sulaman tu kalau nak siapkan ambil masa 2 ke 4 bulan.. Nangis I.. sebab kena fokus teliti tu, lama betul. Patutlah kain sulam yang berkualiti mahal.. T_T

Ketelitian dan kesabaran yang tinggi amat diperlukan
Ok dah.!

Next, kami dibawa melalui kawasan-kawasan dalam kampung yang seriously pemandangan awesome gila.. Sawah padi, bukit bukau.. Walaupun ada di Malaysia tapi tak sama.! Sangat cantik. Sawah padi disini ditanam bertingkat-tingkat. Ditanam menggunakan tenaga manusia. Which means, kalau di Malaysia benih padi ditabur guna mesin. Tapi sini tanam satu-satu. Masih lagi guna tenaga kerja manusia 100%..

Subhanallah, tengok tu.
the picture doesn't do this place justice! depan mata memang CANTIK sangat sangat!! bila dalam gambar, kurang menyerlah sikit.
papepun alhamdulillah sebab dapat tengok sendiri ciptaan Allah. =D

Rupanya perjalanan yang jauh dan pemandangan cantik tu sebab nak ke Kilang kopi Kiniko. Kat sini takde apa sangat pun, cuma kita dapat menikmati pemandangan yang cantik sambil minum kopi dan makan tempe disini. Sebab belakangnya ada cafe. Makanan kena la bayar.. Tapi kopi yang dia sediakan is free yaw. Boleh juga nak beli biji kopinya. Ada dijual di koperasi. 
Apa yang menarik perhatian I disini cuma Daun Teh Cina Jati je. haha. So I beli 1 pack Rp.20.000. Teh kurus yang baru minum sekali terberak-berak. Hahaha..

Jadi.. awak lah kopi yang percuma tu ye.

Jadi, saya pun tumpang minum sebab FREE.

Ini view dari belakang cafe. Cantik kan.. Puas I posing kat sini

Then, kami ke Paga Ruyung untuk melihat Istano Basa Pagaruyung.
Actually ni cuma replika je. (Replika pun besar macam ni T_T) sebab istana asal katanya 3x ganda lebih besar tapi terbakar hangus pada tahun 1807 yang terletak di Bukit Batu Patah. Kemudian replika pertama dibina di Batu Sangkar ni pada tahun 1976. Tapi pada tahun 2007, replika ini terbakar lagi kerana litar pintas. Apa yang ada ni cuma sebahagian sahaja sejarah yang dapat diselamatkan. Tapi, still besar jugak T_T. Entrance fee untuk pelancong pula :-

Dewasa : Rp.12.000
Kanak-kanak : Rp.10.000
Murah kan. 

Disini boleh sewa baju minang. Ada macam-macam warna. Rambang mata nak pilih warna apa sebab semua nampak cantik. Sewa untuk baju minang ni cuma Rp.35.000 sahaja. 
kemaiin.!

ni pun.. kemain! (pengantin)

Basically, istana ni ada 3tingkat. Tingkat pertama untuk singgahsana dan bilik putri-putri yang telah berkahwin. Tingkat kedua untuk putri yang masih belum berkahwin. Dan tingkat ketiga adalah tempat penyimpanan barangan penting. Dapur ada dibelakang istana. Kiri istana adalah Tabuan Larangan dan kanan istana ada tempat menyimpan beras.

Lama jugak kat sini. Sebab nak posing banyak tempat lagi. Hahaha. Puas bergambar, kami pulang dan singgah di Danau Singkarak. Di sini, kami cuma berehat menikmati pemandangan danau yang sangat cantik sambil makan buah durian yang besar dan manis gila. Sebiji durian yang besar harganya RM22. Yang biasa RM10. Yang besar ni share 1 family. Lepastu abang kira pulak, ada 24ulas dalam tu. Besar kan.. Isi tebal weyh. hehe.. Tak puas durian, makan pulak buah-buah yang dalam plastik tu. Harga Rp.2.000. 60sen je. Ya Allah, apekepuasnya makan buah kat sini.. T_T

Lunchtime kami agak lewat. Dalam jam 4.00 ptg. So kami singgah makan di Restoran Simpang Raya. Bestnya kat sini... kami makan banyak dan harga murah.! dah la sedap-sedap.


wajib cuba. Sate pedas ni dan dengdeng berlado.

Disebabkan masa masih awal, sempat singgah di Jam Gadang. Jam Gadang ni ditengah kota je dan disebelahnya adalah Pasar Atas. So sempatlah pegi Pasar Atas cuci mata sikit kat pasar bawah dia tu. Nak shopping dalam bangunan tak sempat sebab Pasar Atas tutup jam 6. Jadi kami bergambar je kat Jam Gadang.
Kaki lepak detect!

Anak sesat detect!

Hari kedua ni seriously banyak gila tempat pegi. Memang penat. Tapi puas hati. Sebabkan dah penat, malam tu rest je di homestay. Makanan pun kami bungkus je. hehe

Day 2:
- Beli oleh-oleh di Kedai Sanjai Ummi Aufa Hakim
- Singgah di Rumah Sulam Hjh Rosma
- Singgah di Kedai Kopi Kiniko
- Melawat Istano Basa Pagaruyung
- Bersantai di Danau Singkarak
- Makan tengahhari di Rumah Makan Simpang Raya
- Bergambar di Jam Gadang

Thank you so much for reading this super long post! Day 3 and day 4, I sambung kat Part 2.
 Panjang gilos entry kali ni. Hahaha..
memang selies, wa lespek sama lu! hehe!

Nah Part 2.

Hi Tea di The Palm Garden Hotel Putrajaya

$
0
0

Hi

Bulan Mei ni, macam-macam pulak reminder dalam calender. Rupanya bulan Mei ada birthday Rara (anak buah i tuh), lepas tu ada Hari Ibu, Hari Jadi sendiri, Hari Pekerja (eh.!..). Lepastu mulalah terfikir-fikir nak celebrate kat mana ni.?! T_T

Pastu haritu I dapatlah invitation untuk Hi-Tea di Hotel Palm Garden, IOI Resort Putrajaya. Oemji, temanya sangatlah sesuai untuk semua event yang kalau nak buat semua celebration boleh buat dalam 1 tempat lah.

So, hi-tea di Hotel Palm Garden ni bermula jam 12.00 tengah hari sampai jam 4.00 petang. Sampai-sampai je di kafe hotel ni dah nampak ada superheroes yang menyambut. Haruslah i rasa teruja kan sebab i rasa macam kembali pada zaman superheroes masa kecik dulu (peminat batman nih). Lepas tuh, terus teruja jap sebab nampak banyaknya makanan heyyy!! Ini barulah kegembiraan bersama tersayang yang betul-betul gembira heyheyyy sebab semua makanan yang dihidang ala buffet dan siap bertema 'Superheroes' lagi. 
 
Actually ada 3 superheroes, tapi batman menghilang. Lepastuh, ada extra clown pulak. Boleh lah tolong gembirakan anak-anak dengan belon comel sementara kita menghadap makanan kan. Kita ni kan suka makan kan. hewwhewwww.. 

Masuk-masuk je terus nak ke kawasan candy and cakes ni. Homaih, manisan. Ni lah masanya nak makan banyak-banyak cakes kan.  hehehe..  I rasa area candy and cakes buffet ni buat i terlebih excited.. Amende comel sangat ni.! Ni kalau bawak anak-anak kecil, ada 2 kemungkinan dorang akan buat. First,dorang tenung je.. Sebab sayang nak makan. Second, amik banyak sebab geram dengan kecomelan.  i yang no.2.. amik banyak  T_T

Seriously, I pernah makan kat hotel yang bayar jauh lebih mahal, tapi dia punya dessert, alahai boleh kira. Kat Hotel Palm Garden ni, tak payah kira lah sebenarnya sebab banyak sangat pilihan termasuk  dengan kuih-muih traditional lagi.
 
Anak-anak Kak Nani pun excited tengok makanan dan decoration, apatah lagi i yang dewasa ni. ekeke..

 kaunter salad pun ada. Nampak tak, semua bertemakan superheroes. Comel..!!

Banyak pilihan makanan yang ada. Ada rojak pasembuq, cendol, air batu campur, waffle...Apa lagi yang perut kita tak puas kat sini..?  Apa lagi?! berkata didalam hati.
 
 
 
dan i pilih waffle yang dimasak dengan senyuman manihhh... =)

 I suka wonderwoman jugak. Jadi, haruslah grab sedikit sandwich sebab terbayang nanti wonderwoman kecik hati i tak makan kat kaunter sandwich dia. Hahaha, imagination.!! Kan dah cakap, kembalikan memori zaman superheroes sambil makan gituew.

 
Bukan sekadar makanan untuk hi-tea semata tau, pilihan makanan dengan lauk-pauk pun ada. Boleh makan dengan nasi goreng yang dihidangkan. So boleh pilih nak makan dengan apa. Habis makan, boleh pergi tambah lagi, ulang-alik dari meja tu, sebab ni kan buffet. Takde yang nak marahlah. I rasa nak makan semua yang ada. Tamak haloba kan. Ahaa

Puas jamu perut di dalam kafe, i baru perasan, kat luar pun ada lagi.!! apeni, makanan lagi ye.
So, kat luar pulak ada sediakan kebab, satay, roti canai dan char kuey teow. I sempat merasa char kuey teow, dan rasanya sangat sedap.! taip ni pun dah rasa lapar balik T_T

 
 
I suka konsep tag nama.. Apesal lah cute sangat nih.

 
 Muka manis bersama perut yang kenyang. Mengata i lettew.. ahaaa

 
 Sebelum balik, sempat pulak nak bergambar dengan bat girl. Tapi lupa, gambar ni kat kamera kak nani.. bukan di kamera sendiri. Pinjam ye kak..  hehe..

10 bintang i bagi sebab makanan, decoration dan tema yang santai, menarik dan mengeyangkan perut i. Betul kata orang 'kenyang perut, suka hati'. Jadi, memang betullah Hi-Tea di Hotel Palm Garden, IOI Resort Putrajaya pilihan yang tepat untuk meraikan kegembiraan bersama keluarga dan teman tersayang. 

03-8943 2233 untuk tempahan ye

 
MOM Meets Superheroes Let’s celebrate Mother’s Day with the Superheroes this Sunday, 14 May 2017. After all, Mom is a Superhero too!! Only RM68.00nett per adult. 40% discount for children 4 – 12 years and Senior Citizens 60 years and above. For every 4 dining Adults, one Mom dines for FREE!! Enjoy performances by the Clown and Strollers to treat Mom and the family. Call Palms Cafe now for Reservations 8943 2233.


xoxo

Me & Technology

$
0
0

Hai..
Ok,macam ni.. i dengan gadget, sangat tidak sehati sejiwa. Selalu je end dengan masalah. Entahlah.! And now, my laptop pulak.. Urgh!! i dont think i have the patience to cope with my laptop's condition any more. nak bunuh dia. nak campak dia in the bloody swimming pool. nak throw it from the top floor and see it break into satisfyingly small pieces. 

geram. sebab dah pernah repair terbang beberapa ratus, sekarang jadi lain pulak. Haritu motherboard rosaklah (oh selamat hari ibu) sampai tak boleh nak on. Lepastu now masalah graphic pulak.. Kedai kata RM400.. Lepastu, asyik off sendiri. Eh apeni? Penat lah awak.. 

*inhale* 
*exhale* 

awak tau kan macam mana i nak buat kerja kalau laptop juga bermasalah.. Awak tau kan laptop..? Urghh, apple pen. Jadi dengan itu, marilah kita menyelesaikan masalah kita dengan ke Aeon Mall, Shah Alam.

Kali ini, setelah puas meng'usha' pelbagai jenis laptop dari review orang dan google, i dah buat keputusan nak beli laptop HP.. 

Searching...Searching..

Ok, awak lah pilihan hati. My new baby. Akan kubawa pulang dengan gembira.
HP 15-au104TX nama dari kilang.. i tukar kepada baby HP.. Entahlah perempuan. semua nak di 'baby' kan.. T_T

HP PAVILION 15-AU104TX NOTEBOOK (Intel® Core™ i7-7500U), 4GB DDR4, 1TB HDD, DVDRW, NVIDIA GeForce 940MX 2GB, 15.6” FHD, WIN10, BACK LIT KEYBOARD, 2YRS WARRANTY, SILVER

 
ok cukup. Match dengan apa yang i boleh guna.

welcome home baby.Semoga awak tak ada apa-apa masalah pula lepas ni.. Saya jaga awak sebaiknya tau. 

xoxo

Misi Jelajah Indonesia - Wonderful Indonesia

$
0
0
Well..well..well.. hello guys..
Sebab.. ramai kawan tanya i,

"why u suka travel ke Indonesia?"
"Kenapa #misijelajahindonesia?"
"almost everytime u pergi vacation, u ke Indonesia, WHY?!"

 so today's theme is VACATIONNNN!

Kalau u guys baca blog i dari dulu, u will notice yang i punya travel mission sekarang ialah Indonesia. ihik.. Well, yes. i memangtengah buat mission jelajah Indonesia dan i pun tak tau lah until when i akan stop kan. Tipulah kalau kata i taknak ke tempat lain.. huhu.. uols ni kan. ofkos i've my own dream and own plan. hewhewheww...

Why #misijelajahindonesia?
first sebab culture. Yes, i rasa indonesia sangat senang untuk i adapt dengan culture mereka since kita ni serumpun. Makanan mudah dicari. Bahasa yang mudah nak faham (banyak dong cerita sinetron, iya kan). 
Secondly, sebab cantik.. Bentuk muka bumi Indonesia sangat menarik. Ada kawasan gunung berapi, laut dan pantai yang cantik, kepulauan yang indah dan kawasan bergunung ganang. kan.
Thirdly, keunikan etnik di Indonesia.

Jadi, antara tempat yang berada dalam list i untuk misi jelajah indonesia i ni ialah:-
1. Bandung. (Experience of Modern Wonder)
Bandung sebenarnya bandar pertama Indonesia yang i sampai.. and daripada awal ke Bandung la i terus rasa nak buat misi ni. Masa tu memang fall in love betul dengan kecantikan pemandangan di sana.. itupun i rasa banyak lagi tempat menarik di bandung yang i tak sempat nak explore lagi. hehe..
 
Baca sini Tips bercuti ke Bandung


2. Lombok (Experience of Natural Wonder)
Lombok is my second experience i ke Indonesia. Masa i pergi ke Lombok tahun lepas, rasanya belum ramai lagi yang ke sana. Kalau dulu, rakyat Malaysia cukup takut dengar perkataan Lombok sebab teringat kes anak dara yang dilarikan kahwin ke Lombok kononya terpikat dengan lelaki dari sana. hehehe.. Padahal, Lombok cantik wei..!! patutlah lari ke Lombok taknak balik-balik. Tapi itu tradisi kaum mereka..yang rakyat Malaysia lari tu, tak tau la i betul ke tak cerita tu kan.

3. Bukittinggi, Padang Indonesia (Experience of Culture and Sensory Wonder)
 Bukittinggi, Indonesia pula the latest and third location yang i pergi pada awal tahun ni.. bukittinggi ni terletak di Padang Indonesia. Disini lah syurga shopping kain tenun dan sulaman.
Baca itinerary dan kisah percutian i ke Bukittinggi, Padang PART 1& PART 2.

4. Jogjakarta (Experience of Adventures and Culture Wonder)
Ini ada dalam list misi jelajah Indonesia i.. cumanya tak pasti bila nak pergi. Sebab sekarang teramat sibuk dengan kerja.. I nak ke sini bukan sebab kawasan ni tengah femes sangat dengan rakyat Malaysia yang kesana.. tapi sebab budaya. Eh i tak cerita ye yang i student terbaik subjek sejarah untuk PMR dan SPM? hahaha.. alasan sebab kenapa nak ke sana. Deng! poyo ah. So, masuk dalam list siap-siap.


5. Kampung Waraebo (Experience of Adventures and Culture Wonder)
Ohmai.. kampung Warebo ni sangat unik, kerana terletak di atas bukit.. Dan perjalanan nak ke kampung ni sangat mencabar. Unik kan bentuk rumah. Dengan pemandangan yang menarik lagi.. Subhanallah. Orang kata, kena jaga-jaga tatasusila di kampung ni.. Nak kenal budaya orang kan.. Kena la bersopan-santun datang kawasan dia.
Unik

 6. Surabaya - Mount Bromo & Kawah Ijen (Experience of Adventures)
Asalnya haritu study pasal bromo je.. sebab nak tengok keindahan bromo.. Tapi bila dah terbaca, ada orang buat travel ke Bromo dan Kawah Ijen dalam 1 masa, ofkos i pun nak merasa.. Dua-dua adalah keindahan alam yang susah nak jumpa. Nak tengok pemandangan dikawah ijen waktu malam sebab ada Blue Fire.. Menarik. Tapi, soalannya, mampu ke stamina i nak hiking ni? hahaha.. nampaknya kalau i nak ke sini, stamina kena kuatkan.. Kena practice hiking kalau tak pancit woo..

***
Jadi, beginilah list Misi Jelajah Indonesia i.. So far baru 3 out of 6 yang terlaksana.. Banyak lagi yang menarik di Indonesia. Kalau lah i ni ada banyak masa, i rasa i buat misi i 1 shoot je.. Tak payah nak ulang-alik. Jimat duit kan.. Tapi tu lah... Kerja Engineer ni, bukan boleh main cuti macam tu je.. Kena planning. Kalau tak dapat habiskan misi jelajah i sementara masih single ni, hopefully lepas kahwin i dapat teruskan lagi dengan my husband. Wahhh.. Encik suami. harap awak baca ni. hehehe..

Itulah.. Kita ni hanya merancang, tapi Tuhan yang menentukan.. So, awak ada idea lain tak untuk i masukkan dalam list Misi Jelajah Indonesia i?? Mind to share in comment yah.. 

Ada sesiapa nak sponsor i tak? hahahaha

xoxo

Resepi Ayam Percik yang Mudah dan Sedap

$
0
0
 Ecewah tajuk. Macam nak bolot keyword search letteww.. ihik. Tapi seriouslah, sejak-sejak dah nak sambut Ramadhan ni, setiap hari terbayang kesedapan ayam percik yang dijual di Bazar Ramadhan depan kawasan rumah tu ha. Pastu terbayang pulak nanti kena beratur panjang semata nak beli ayam percik femes tu, terus mengelabah nak cari resepi lah. Buat sendiri jelah nak oi. Bukan supaya bakal suami dan mertua sayang sahaja, malah diri sendiri pun akan sayang diri sendiri kalau tahu resepi ini *usap perut*. 

So, let's jom mulakan resepi kegemaran ayam percik untuk iftar kita. 
BAHAN PERCIK:
Beberapa ketul ayam yang dipotong besar.
15 biji cili kering | dikisar
3 biji bawang besar | dikisar - saiz sederhana
3 ulas bawang putih | dikisar
2 inci halia | dikisar
2 batang serai | dikisar
250ml santan pekat
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit untuk bagi warna menarik hati

CARA MEMASAK: 
1. Campurkan santan bersama bahan kisar dan masak di atas api sederhana.
2. Masukkan garam secukup rasa dan serbuk kunyit pada kuah percik yang di masak.
3. Kacau rata sehingga kuah menjadi pekat. Ketepikan.
 
4. Celupkan ayam di dalam kuah percik tadi. Panaskan non-stick pan dan panggang sehingga masak.
5. Setelah ayam siap dipanggang, boleh la dihidangkan ayam percik yang dipanggang bersama kuahnya.. Siap. 

Tips : Untuk rasa percik tu sebati, boleh lah kalau nak perap ayam dengan kuah percik tu 2 atau 3 jam sebelum panggang. 

Lepastu kan, bila dah try masak resepi ni kat rumah mak, teringat pulak, kita puasa nanti kat rumah sewa.. Mana ada non-stick pan.. huwaaa.... padahal nak makan ayam percik masa iftar. Mujur lah LAZADA sekarang tengah buat Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya sale. Eh-eh.. mengerti sungguh. 

Terus pergi ke website LAZADA, dan jumpa yang berkenan di hati dalam Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya sale tu.

Tadaa.. Non stick fryer untuk masak ayam percik dah jumpa dengan potongan -60%. Tengoklah harga sebelum. Banyak betul i dapat jimat kan.

Pastu, baca details product. Wahh macam-macam kegunaan. Berbaloi betul. Check postcode. Ok, Puncak Alam (rumah sewa i tuh) ada FREE delivery. Yaayy! 

and..check out!! Lepasni tunggu LAZADA sampai depan pintu je. Dan bolehlah guna untuk memasak makanan kegemaran untuk iftar nanti.. 

Oh ya, Marhaban ya Ramadhan dan Riang Ria Raya sales ni bermula dari 19 May sehingga 30 June sahaja tau (where you can find special discounts up to 90%!). Sehingga 90% tuh!!! 
Sepanjang i dah order dan terima barang dari alam maya, inilah laman yang i paling boleh percaya, ia akan sampai dengan kualiti yang sama dalam gambar! Belum pernah lagi beri masalah tentang penghantaran, pembayaran, atau produk. Jadi, jangan sampai terlepas peluang pula ye.. 

Selamat memasak resepi mudah i untuk iftar dan selamat berjimat besar dengan sales daripada LAZADA ye.!!

NIKMAT DIKONGSI BERSAMA

Festival Makanan Pertama AirAsia - SANTAN

$
0
0
Oke Hai.. Hello.
Haritu, Air Asia ada buat Festival Makanan Pertama restoran atas awan tau. I pun join lah sebab i ni kalau bab makan, mana pernah tolak kan..kan.. excited. Acara dalam festival makanan ni haruslah ada  “food tasting” hidangan dalam penerbangan Air Asia, yang menampilkan hidangan popular dan lazat dari seluruh rantau Asia ini. Wahhh... lagi lah tak perlu fikir kali kedua bila nak join tu (fikir perut je).

"Selama ni kalau fly asyik tempah Signature dishes Nasi Lemak Pak Nasser je, now boleh lah merasa in-flight menu yang lain kan."  Kata hati. 

Before I get to that, allow me to share a glimpse of the event.
Ehem. The CEO's Group.

Meriah.

Air Asia food festival ni diadakan di RedQ, KLIA2 dengan mengumpulkan seramai lebih 200 orang media termasuk blogger dari 16 buah negara. Tujuan festival ini diadakan ialah untuk mempamirkan menu lazat SANTAN di atas flight termasuk memperkenalkan hidangan terbaru SANTAN, kari hijau Thai yang merupakan kari ayam yang dimasak mengunakan bahan-bahan dan rempah ratus asli Thai, dihidangkan dengan nasi putih gebu wangi.

Ok. Nasi putih gebu dan wangi. Terliur dah. Kuah green curry yang pekat memikat selera *metaforanya ayat. eh*

Rasanya, ia bukan menjadi rahsia lagi yang AirAsia telah memenangi gelaran Perkhidmatan Dalam Penerbangan Terkemuka Dunia di World Travel Awards pada Disember 2016, dan juga dinobatkan dengan Anugerah Tahunan Inovasi Katering oleh Onboard Hospitality awal tahun lepas. Dan menu SANTAN juga telah memenangi pelbagai anugerah menawarkan pelbagai hidangan dalam penerbangan untuk tetamu membuat pilihan sama ada di dalam penerbangan atau melalui talian pratempahan. Bukan lagi menjadi rahsia kan.. *angguk kepala*

Tengok. Inilah sebahagian Air Asia in-flight meals yang paling popular di dalam setiap flight.
Ni cuma sebahagian je. Sebab banyak lagi pilihan makanan yang ada. Jadi takde alasan dah nak mula rindu-rindu kalau awal-awal naik flight dah boleh makan sedap-sedap.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata
Makanan adalah faktor penyatuan besar di seluruh rantau ini. Dengan SANTAN, apa kami lakukan ialah membawa citarasa Asean yang enak untuk mewujudkan satu pengalaman makanan unik, dengan visi mereplikasi hidangan gourmet dalam penerbangan. Profil rasa dan harga makanan dalam penerbangan sentiasa merupakan satu cabaran tetapi kami percaya dengan SANTAN, kami boleh mencipta jenama restoran pertama di udara yang lazat dengan harga berpatutan."

Ini adalah beberapa hasil yang i dapat setelah berulang-alik dari meja ke setiap booth. Yang makanan lain, tak sempat amik gambar terus makan dulu. T_T

Muka ni je yang sikit-sikit tanya, dah sampai ke makanan (sebab makanan setiap booth habis cepat). Apeni buruk perangai bila kat pesta makanan ni.
Entahlah. Cool gila ke hape ni. i nak ofis macam ni.. T_T

Haruslah berbaring di setelah puas menjamu selera. Buat macam ofis sendiri je. huhu

Jangan lupa, buat tempahan "pre-order" dulu semasa membeli tiket atau sebelum fly untuk nikmati pilihan makanan yang lebih banyak dengan harga yang lebih jimat *kenyit mata*

Bye.

Thanks Ais Asia and AABC for having me :)

Surat untuk si muda, Miera

$
0
0

Dear my sixteen years-old Miera.
Seperti mana awak jumpa surat ni di celah almari mekap awak, surat ni datangnya dari masa depan. (ye..ye..saya dari masa depan yang berusia 27tahun sekarang) kerlass cakap dengan diri sendiri macam ni kan..!! fuhh.. surat ini merentasi masa silam menggunakan alat Doraemon.

Sayang.. (amboi),
I know it’s rather unusual and maybe even a bit spooky. But I’d like to share some wisdom I’ve learned with you, and saya berharap saya boleh bantu awak untuk menjadi gadis yang lebih bahagia, gembira. If only you will put aside your natural disbelief in this moment and consider the words i am about to say. Okay?!

Oh ye.. sebelum mulakan coretan panjang lebar, elok lah kiranya awak gunakan google translate dan buka kamus disebelah. Kerana saya tau, tahap bahasa inggeris awak memang lemah ketika ini. Ya.. begitulah si muda Miera.

Teruskan perjalanan dihadapan awak. Kehidupan memang sukar pada usia macam ni. Semua benda kita nak cuba kan.. Usia ni, kita nak disayangi dan diberi sepenuh perhatian. Buat ikut kata hati awak. Rasa rendah diri sebab tak pandai subjek Lukisan Kejuruteraan, takpe.. Banyakkan latihan. Jangan takut sebab awak akan jadi seorang Engineer juga nanti. Tapi, perlukan usaha. Jangan putus asa. Jangan sesekali buat mak dan abah kecewa dan menangis.

Read and Enjoy. Perjalanan awak masih panjang. Jangan mudah putus asa. Life gets better every day.

Kahwin?
Hmm.. tau. Impian awak nak kawin pada umur 25tahun kan. Tapi, malangnya, ketika surat ini ditulis, saya belum berkahwin lagi. Hehehe.. Eh, jangan risau sebab ketika ini, saya sedang travel di merata tempat dan sedang explore pelbagai benda.

Lesen kereta?
Ya.. awak akan dapat lesen dan beli kereta sendiri. Awak boleh berjalan ke mana sahaja nak pergi asalkan awak pandai isi minyak kereta sendiri. Kereta apa? hmm. BMW plis.

Kerjaya?
Hmm... saya pecah rahsia ye. Awak akan ada diploma dan degree dalam bidang kejuruteraan. Dan awak sekarang seorang Engineer.
Banyak yang saya nak bebelkan tentang usia remaja awak, tapi.. ini adalah sebahagian pesanan..
  1. You are a glorious and beautiful young woman, emerging into your power. Do not minimize or hide who you are from anyone. If they don’t like you just the way you are, move on. Their opinions are worthless to you. Nanti lama-lama mereka akan senyap. Dan diusia seperti saya sekarang ni, awak akan lihat di mana kedudukan mereka yang suka mengata tentang awak.. Percayalah, awak akan tergelak. Jadi.. sabar. Peduli apa kata mereka.
  2. Lupakan cinta monyet.. Sebab lelaki yang awak suka sekarang ni, dia adalah lelaki yang tak kacak bila dewasa. Urghh.. jangan buang masa. Ok. Awak tau, dia takkan jadi milik awak pun sebab rupanya dia tak pernah ada hati kat awak. Dia cuma pandang kawan awak je. Ye, sekarang saya cuba nak buat awak kecewa dan lupakan dia.. Sebab sangat tak berbaloi awak patah hati disebabkan lelaki macam ni. Awak masih muda. Come on.!! 16 tahun kan.
  3. Center your life and relationships on what makes your heart sing, even if it’s unpopular. What’s unpopular today will become popular tomorrow, and you will be ahead of the game. Ingat nama ni, MIERA HASSAN.
Be a little louder than necessary. Don’t shrink down or back off to make other people happy. Laugh your ass off—and say ass even though people will say it’s not “becoming” of a woman. Every now and then, remind yourself that you have choices and that you can do what you want and that no one else gets to make those choices for you.

Don’t worry too much about stepping on toes. Most toes are resilient. And the ones that aren’t could use a little stepping on now and then. It’s good for them. Builds strength. And whatever you do, never forget that you deserve to take up space in this world.

You are bold. You are brave. You are BIG and that’s okay. Awak kebanggaan keluarga.

And most importantly, JANGAN MAKAN BANYAK.!!! Tolonglah jaga badan sikit.huh

Thanks for today's you,
27th years old
Miera Hassan.


Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By Cikzacom

$
0
0
Hai.
Sementara tak bizi ni kan.. Sempat la blogwalking sampai ke tengah malam. Lepas tu jumpa pulak Giveaway by Cikzacom ni..Eh, macam dah lama je tak join GA kan.. So, lets cekidaut.
 Giveaway kali ni dianjurkan oleh Cikza dengan kerjasama dari SGshop ECommerce Sdn Bhd. Haa..sebabkan first time dengar pasal SGshop Ecommerce ni, terus i tergoogle tau. Lepastu terus terdaftar. Eh..eh..eh, semuanya nak 'ter' aje ye.. 

SGshop Malaysia adalah sebuah agent Taobao

SGshop Malaysia adalah sebuah agent Taobao yang berpusat di Singapura dan ada cawangan di Johor, Malaysia. Bayangkan barang-barang yang ada semuanya murah. Yup..semuanya murah.. Dan yang bestnya sebab kalau sesiapa yang bertuah join GA dari Cikza ni akan berpeluang memenangi RM100 yang dikreditkan ke dalam akaun SGshop kita. Eh, kan tadi dah TERdaftar kan.. hehehe..

Baiklah Cikza, ni la barang yang i akan beli kalau i menang RM100 tu.
Jeng..jeng..jeng..
Dah lama teringin nak air purifier ni. Sebabkan bilik sewa i ni sekangkang kera je, dan air purifier ni pun sesuai untuk capacity bilik i, haruslah i rasa terpikat. Eh, banyaknya TER lagi. Dapat hirup udara bersih dalam bilih... ahhhh.. seronok. (pejam mata). Lepastu, eh.. murahnya..!! Free shipping lagi uols..

Begitulah keinginan i nak bershopping di SGshop ni.. 
Kepada sesiapa yang nak join GA ni, bolehlah ke link SINI. Terima kasih Cikza untuk GA ni.. muahh.. Eh, Selamat Pengantin Baru Cikza.

Buffet Ramadhan D'Kayangan Steamboat Shah Alam

$
0
0
Baru 7 hari berpuasa dah buntu sebab tak tau nak masak apa untuk berbuka puasa. Lepas tu tanya husband soalan paling susah dalam dunia,

"Abang nak makan apa buka puasa ni"
"Apa-apa jela. Tak kisah."

Begitulah.. jawapan yang memang tak convenient. Eh?! Baru teringat, i takde husband lagi. Berangan je. Lepas tu teringin nak makan steamboat untuk buka puasa sebab dah lama tak makan dan memang feveret i pun.. tapi setiap kali nak makan steamboat, selalu kecewa. Kecewa tu sebab kuah tak sedap lah tu, ada yang tak fresh pastu tak banyak pilihan. Ish..ish..ish.. Hari tu, ada terbaca review tentang menu steamboat yang femes daripada Restoran D'Kayangan Steamboat kat Shah Alam tu. Restoran ni dah beberapa kali dah masuk dalam surat khabar dan dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Terus i excited nak cuba. Jadi bayangkanlah kegembiraanku dan keterujaan untuk menggembar-gemburkan my new finding in Buffet Ramadhan di Shah Alam tu with an affordable place for really good food! Bahagia sungguh.

First time ke sini. Serang!!!

Environment restaurant ni sangat cozy, sehingga menimbulkan nafsu makan yang baik sekali. Masuk-masuk je, dah nampak pelbagai jenis makanan. Nafsu makan terus membuak.*amboi*

Di sini, terdapat pelbagai pilihan makanan yang ada. Bukan steamboat sahaja, malah Hidangan Ala Gerai juga turut dihidangkan seperti Kambing Panggang, Kueh Teow Goreng, Ayam Berempah, Roti John dan Roti Jala..So boleh lah pilih nak makan apa. Tak puas hati lagi, hidangan nasi bersama lauk pauk yang sedap pun ada. Eh, pilihan makanan macam kat bazar dah ni. Apeni banyak sangat nih!!
 
Favourite i kat sini. Nasi Beriyani kambing. Fuhh merembes saliva i. Dihidangkan bersama lauk pauk beriyani dan signature dish, Kambing Panggang.

Ini adalah antara menu pilihan perapan untuk grilled serta bebola dan makanan laut yang segar untuk steamboat. Banyaknya pilihan. Bahagia hati i. Lepas tu, kalau bekas ni macam nak kosong je isi, pekerja cepat-cepat refill. Tiba-tiba je penuh semula. Eh.. Pantas betul pekerja dia.

Ha pilih kak..pilih. Tak cukup tambah lagi. Ulang alik tambah pun takpe, sebab ni kan buffet..
Kat sini, i paling suka cara susunan ni. Island style. Senang. Tak perlu berebut sampai penjuru. Semua boleh berkumpul sekeliling island, buat pilihan, ceduk, dan pergi cari makanan lain pulak, amik sos kat sos island, pastu masak.. Siap bagi step lagi. Menyelit jap, nak pilih. Tapi amik gambar dulu sebab kagum dengan susunan dan pilihan makanan dia. ngaaa~~

 
Semua pun nak. Seharian berpuasa, nak makan yang manis banyak-banyak. Eh, nafsu ni. Tamak haloba. Mentang-mentang banyak pilihan. Best kat tempat desert ni. Ada pilihan manisan dari kek, kepada kuih traditional dan bubur-bubur manis. Ni kalau nak merasa semua ni kat bazar, rasa banyak pulak nak kena beli. Tapi sebab kat sini konsep buffet, makan jela semua..

Now, its makan time.
 
Makan seorang. Tapi portionnya.. Semua nak dirasa.

Berbaloi makan kat sini. Makanan sedap sampai terpaksa lupakan how much calories we consume that night. Punah diet. Dengan suasana yang selesa untuk menjamu selera, facilities yang mudah dan yang paling best, pekerja yang cekap. Tiba-tiba je ada kat sebelah dengan jug berisi kuah tomyam nak refill kan kuah tomyam i. Tak payah i nak cari panggil, terus penuh semula kuahku. eh..eh.

D’KAYANGAN BUFFET STEAMBOAT & GRILL

Sri Acappella Servis Apartment,
No. 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33M Seksyen 13,  40400 Shah Alam  
Email : dkayangan_steamboat@yahoo.com.my 
Hash Tag: #dkayangansteamboat 
Contact: 03-55234979 / 012-2971091 / 012-3970091 
Waktu Operasi : 5pm - 1am

xoxo

Kenapa Orang Malaysia Suka Lepak Kedai Mamak

$
0
0
Helluuuu.. just a random post.

Biasanya, kalau keluar dengan kawan, restoran mamak selalunya menjadi pilihan bila masing-masing takde idea nak lepak mana. Amboi, tadi kata menjadi pilihan, lepastu kata bila takde idea. Eh..eh.. melalut apeni. Hobi melepak mamak ni dah mula dari zaman sekolah tingkatan 5 dan selalunya lepak dengan abah sekali kat mamak bawah Tesco Bukit Tinggi tuh, dan bersambung sehingga kini. Cakap hobi lepak mamak, macam so un-ladylike kan. ape hobi melepak hoi.

So, daripada pemerhatian i.. ada beberapa sebab, kenapa kedai mamak sentiasa ramai orang dan kenapa orang suka lepak kedai mamak. Ini daripada pemerhatian yang dimalarkan dan dimanipulasikan i maka terhasillah hipotesis baru. Masuk sains darjah 6 pulak. Tetibah.


10 SEBAB KENAPA ORANG MALAYSIA SUKA LEPAK KEDAI MAMAK

1. Macam-macam ada.. dari masakan panas, masakan Thai, western, nasi berlauk, nasi kandar, beriani gam, nasi lemak, satay, apa lagi megi goreng, teh tarik, roti canai.
2. Dari segi kepantasan tak boleh dipertikaikan. Baru je duduk, terus datang amik order. Lepastu datang lagi sorang tanya "dah order ke". Gitulah.
3. Kebanyakan restoran mamak 24 jam. So, senang la kalau lapar tengah malam.
4. Berhimpunnya geng-geng bola.. so senang nak jejak para hubby.
5. Trademark mamak, baru je order dia dah kata.. 'ok siap'..siap tarian geleng kepala.
6. Yang paling best happening.. ada booth bundle, brader burger, mamat jual jam, buka meja plak tu tengah jalan.. jangan ada yg kena langgar kereta sudahlah.
7. Senang nak jumpa kedai mamak, kat kawasan kilang, kawasan perumahan, kawasan shopping complex elite.. So, kekadang bukan sebab suka lepak.. tapi xde pilihan lain.. (^^)
8. Kebanyakan pengusaha restoran mamak memilih untuk membuka premis mereka di lot tepi bangunan. Jadi boleh la pilih port lepak kat luar. ada pilihan nak duduk kat mana.
9. Orang Malaysia suka dilayan seperti raja. Bila di kedai mamak, boleh minta macam-macam bantuan. Amikkan sudu, tisu, kerusi. Haish..Senang cerita, servis di kedai mamak adalah "Pelanggan ibarat Raja"
10. Order teh tarik segelas, tapi lepak lama sampai berjam-jam, takde nak halau. Nama pun melepak.


"Jika orang suka melepak, Maka mamak menjadi pilihan".  Begitulah hipotesis i.
Ada nak tambah lagi?

Career Talk : Bridge Engineer (intro)

$
0
0
Assalamualaikum.. hai helluuuu.
i have been working as an engineer ni for almost four years and i think i hardly ever talk about it.
sedih. Sedih sebab zaman sekarang ni, ramai orang pandang kerjaya Engineer ni macam tak best. Well, i blame the media. (hey yo!!). Yela.. sebab zaman sekarang, memang zaman business online kan. Sampaikan orang suka comparekan kerjaya engineer dengan business.. Eh eh eh..

Baiklah.. memandangkan ramai adik-adik yang tak tahu, kerjaya Bridge Engineer ni macam mana.
sooooooooooooooooo, meh i ajar sikit pasal engineering ya. and this episode, i nak ajar pasal macam mana nak berkecimpung dalam bidang ini!! yayyyy!! (?)
Basically, adik-adik yang nak jadi Engineer wajib ada Degree dalam Civil Engineering daripada University yang diiktiraf dan daftar BEM (tiba-tiba mula nada lecturer sambilan). Dan apa yang adik perlu tahu, Bridge Engineer ni basically tugasnya adalah design jambatan. Tak kira lah jambatan depan rumah di kampung ke apa.. dan juga flyover tuh. Dikira sebagai elevated highway la. Dah kenapa nada serius tah!

Di Malaysia, kerjaya Bridge Engineer ni tak ramai dan tak semua company ada sebab Bridge Engineer ni dikira bidang SPECIALIST. My boss selalu cakap, design bangunan lebih senang daripada design jambatan. Entah lah sebab i tak suka design bangunan. Memang tak pandai. So, i iyakan je apa bos i cakap since my bos pun ada dalam bidang ni almost 30years. Apa yang adik perlu tahu, basic design bridge ialah STRUCTURE and FOUNDATION. tapi basic Structure kena strong lah sebab bridge ni adalah structure.

*ehem*

Bridge Engineer akan kerja berkait rapat dengan highway and road department. Sebab selalunya bridge tu diperlukan bila sesuatu jalan tu ada bridge. Tah ape i merepek ni. Ngaa~~ faham tak.
 
Google.. i ambil dengan sengaja nota ni

Biasanya, design engineer (which is also a bridge engineer) akan decide sama ada nak guna design bridge macam mana, jenis beam apa, skew angle, berapa span length and all.. Lepas dah keluarkan General Arrangement, baru discuss dengan client macam mana. Biasanya semua faktor akan ambil kira especially cost. Yang paling femes kat atas jalan di Malaysia, kita guna Beam Bridge. Dan selepas discuss, mereka setuju dengan design dan cost tu, baru lah proceed design calculation bermula daripada superstructure sehinggalah ke substructure. Sebab tu kata, basic bahagian Structure dan Foundation kena ada. Nampak tak, tanggungjawab tu?! Ok, bagus.
Jadi, kepada adik-adik yang baru habis belajar dan nak mulakan kerjaya sebagai Bridge Engineer ni, bolehlah mula job hunting pada company yang ada Bridge Department dalam consultant industry. Ok. Biasanya awal-awal akan konfius banyak sikit sebab di Malaysia, subjek bridge pun cuma diajar dalam Master je. Yang Degree cuma akan ada sedikit penerangan dalam subjek Pre-cast design. Tapi takpe, boleh belajar kan.

 Contoh software yang digunakan, MIDAS. Ni pun i ambil dari google dengan sengaja. hehe

Last but not least,
nah.. baca lah pengalaman i dalam bidang ni di SINIdan macam mana I bermula dengan kerjaya ini daripada tak suka, kepada minat dah. Gitueww... Kena ingat, engineer ni lagi besar scope of understanding dia. Administrative job boleh buat, numbers boleh handle, technical pun boleh buat. I sendiri pun, buat drawings sendiri (walaupun ada drafter) sebab i rasa lebih mudah, buat calculations sambil lukis kat AutoCAD, then check drawing sendiri and i buat taking off untuk kira cost. Gitulah. Nampak tak, macam mana otak kita dilatih dari zaman belajar? Yes.. multi-tasking.

Sooooo... happy job hunting. 
Sekian career talk dari i.

Lagi nota mengenai Bridge Engineer, di SINI.


Tips Membeli Tiket Air Asia Free Seat

$
0
0
Hellu people,
Bila Air Asia buat Free Seat atau pun jualan tiket pada harga promotion, ramai yang mengadu susah nak dapatkan harga yang murah tu. Ada pulak yang alami masalah selalu masuk dalam waiting room je sebab terlalu ramai yang ingin membeli tiket flight dengan harga yang murah itu. Wahh kenapa berbahasa baku pula daku pada entry ini.. T_T

Sooooooooo, kat sini i nak kongsikan tips wajib yang tiket 'hunter' perlu ingat dan lakukan. No.8 dan No.10 adalah perkara penting yang orang lain selalu terlepas pandang

14 TIPS MEREBUT TEMPAT DUDUK PERCUMA AIR ASIA

Lets cekidaut :


Terima kasih Travetopia untuk tips yang berguna ni.
Happy hunting semua!!


Hidangan Masakan Jawa di Kenduri Kahwin yang Anda Patut Cuba

$
0
0
Assalamualaikum, Kabare?
Seperti mana yang kalian tidak tahu, i ni ada kacukan jawa. Emak i jawa. Abah i banjar. Tapi tidaklah mempunyai suara sedap seperti mereka yang mengamalkan minum air jawa itu. Dan malangnya.. i cuma jawa toktok.. jawa yang hanya menumpang pada nama, tapi tidak pandai berbahasa jawa pun. Cuma 1 persamaan i dengan orang jawa yang ketara ialah, i suka makan makanan kenduri jawa.. Wahhh banyak betul keyword jawa. Awal-awal lagi dah buat orang annoying. T_T

Soooo.... nak ceghita tentang hidangan masakan jawa. Sekarang musim orang suka dengan katering. Kalau pergi ke kenduri kahwin, menu makanan sama je yang terhidang. Menu hidangan jawa ni jarang sangat nak jumpa melainkan kalau kita ke kenduri di bahagian kampung-kampung Jawa yang ada buat rewang. Eh, rewang juga adalah bahasa jawa yang i suka sebab ia melibatkan urusan kerja dalam penyediaan makanan. hihihi.

Kepada mereka yang bukan orang jawa dan tak pernah mengenali hidangan masakan jawa ini, silalah hayati senarai makanan yang i berikan ini. Kepada mereka yang orang jawa tapi tidak tahu apa hidangan masakan jawa tu, boleh join dengan team yang bukan jawa. Yang mana orang jawa dan tau, sila tengok gambar dan bayangkan kesedapannya. Okay, one..two.. go!

 Hidangan Masakan Jawa di Kenduri Kahwin


1. Sambal Goreng Jawa
 
Kegemaran. Ini dalam senarai pemenang pertama. Yeay (?!) Lagi-lagi jika ditambah dengan kentang sekali. Ehmm lauk ni je dah cukup makan dengan nasi putih. 

2. Ayam Masak Ungkep
First makan masa di Padang, Indonesia. Lepastu dah kenal, baru terjumpa kat kenduri orang jawa. Eh, tempat kedua rupanya awak di hati saya.


3. Ikan Bilis Masak Taucu
Ini boleh jatuh pada tangga kedua jugak tapi sebab tempat kedua dah ada pemenang, jadi no.3 la dalam senarai yang sedap.
4. Sambal Goreng Tahun
 
Jangan tanya kenapa goreng tahun. Yang pasti orang kata tahan lama. Rasanya yang lemak-lemak tu. Ada 2 versi, kering atau basah. Lepastu, isi boleh tambah mengikut selera masing-masing. Eh tiba-tiba nak bagi resepi je rasanya. hmmm

5. Sayur Goreng Lodeh
 
 Hai pemenang tempat kelima saya.

6. Pecal
Pecal ni dah jarang i jumpa kat kenduri kawin. Kalau tengok pada bahan-bahannya, ni menu berkhasiat sangat. Dah la berkhasiat, sedap pulak tu.

Sekian, 6 senarai hidangan masakan jawa yang popular di kenduri kawin. Sebenarnya ada banyak lagi, seperti Nasi Ambeng, Kacang tolo goreng dengan suhun dan macam-macam lah. Cumanya menu-menu tu susah nak jumpa kat kenduri orang jawa sekarang. Kalau perasan, menu hidangan jawa ni kebanyakkannya semua sihat dan banyak terdiri dari sayur dan tempe. Semua mudah nak didapati kalau nak buat. Menu masakan ni, kalau i jumpa memang bertambah la. Sebab semuanya sedap. hihi. Semoga yang tak tau, boleh jadi lebih tau selepas baca post ini. Lepasni boleh la buat Food Hunting dikenduri orang Jawa (kalau dijemput eh?!)

Kesemua gambar adalah ehsan dari curi gambar di Google. Ada lagi nak tambah?


Tahukah anda : Tamadun Barat Dulu Sangat Pengotor

$
0
0
Kalau kita tengok filem-filem barat tentang tokoh-tokoh atau peristiwa tertentu pada kurun ke 15 hingga 19, kita pasti dihidangkan dengan pandangan grandeurs kehidupan golongan-golongan bangsawan, orang kaya serta royalty yang memukau. contohnya saya ambil filem-filem tentang kehidupan Ratu elizabeth pertama (Ratu Lizzy), Raja Phillipe dan Marie Antoinette, Ratu Victoria dan banyak lagi.

Lihat sahaja pakaian mereka yang berwarna warni penuh dengan lacees dan labuci serta aksesori yg dibuat indah gemerlapan, dengan rambut-rambut palsu pelbagai warna, seluar dan kot dari satin, sutera dan baldu… kasut bertumit tinggi dan sebagainya. lihat juga senibina istana-istana contohnya Versailles dan Buckingham Palace serta barisan demi barisan kedai-kedai serba aneka di kotaraya-kotaraya seperti Paris dan London…

Anda pasti kagum dan terfikir, hebat sungguh bangsa barat dan ketamadunan mereka bukan? Anda pasti tertanya-tanya mengapa keadaan seperti itu tidak wujud dalam tamadun melayu. Yang ada hanya istana-istana kayu yang mudah reput, kedai-kedai dari buluh beratap rumbia dan jalan-jalan denai yg becak serta berlopak… serta penjaja-penjaja yang duduk bersila atas tanah. Pakaian pula hanya sehelai sepinggang,ada yg berkemban dan digambarkan lusuh, compang camping dengan warna yg hampir sama bagi semua org yakni earth tone, hitam dan putih. Tiada sistem peparitan dan tali air serta tiada pusat-pusat ilmu dan membeli belah seperti di barat.

Well guess what ,you are wrong! 

Minda anda telah terprogram dgn filem-filem sebegini yang banyak propa dari betul. Keadaan sebenar adalah jauh panggang dari api. Tahukah anda bagaimana keadaan london pada zaman Ratu Lizzy pertama?

Disebut sendiri oleh sejarawan Inggeris bahawa seluruh jalan-jalan di london penuh dgn tahi dan kencing manusia dan haiwan serta sampah sarap. Dianggarkan bahawa pengumpulan najis-najis serta sampah sarap ini adalah seberat 60 tan! Setiap hari akan ada budak-budak pemungut najis menggunakan penyodok untuk mengangkut najis-najis ini ke Sungai Themes.

Pada zaman itu adalah perkara biasa bagi seseorang yg tinggal di tingkat atas rumah kedai untuk membuang air besar melalui tingkap yg mnghadap ke jalan. Bagi yang lebih sopan mereka akan membuang air besar di dalam baldi dulu sebelum mencampakkan ke jalan! Semua najis dan sampah akan dibuang di tengah jalan dan pada zaman inilah kasut tumit tinggi dicipta untuk mengelakkan kaki dari tenggelam dlm tahik!

Jadi di mana sistem peparitannya? Sungai Themes itulah parit, itulah sumber air.

Dilaporkan bahawa sungai tersebut telah terlalu tercemar hinggakan tidak ada orang yang berani minum airnya untuk beberapa ratus tahun… pepatah inggeris ada menyebut ‘from breast to the beer bottle’ yang bermaksud sehinggakan sehinggakan bayi pun minum beer sebab tiada sumber air selamat untuk diminum.

Pada zaman Sir Francis Light dan Stamford Raffles datang ke alam melayu… keadaan mungkin tidak sekotor itu namun amalan membuang sisa kumbahan ke sungai masih berterusan dan amalan tidak mandi untuk beberapa bulan malah tahun juga adalah perkara biasa.

Di Paris pula pada zaman Napoleon dan Marie Antoinette keadaan bandar Paris sama macam London hinggakan sejarawan mengatakan bahawa ‘Paris was the foulest and smelliest cities in Europe’. Jadi, anda bayangkanlah. Tahi mereka merata-rata… mungkin kedengaran silly bukan… tapi inilah kenyataannya. Bangsa yang sebahagian dari kita banggakan sebagai bertamadun dan maju hiduphanyalah indah khabar dari rupa.
Sebab itulah Paris terkenal dgn pembuatan minyak-minyak wanginya sebab nk tutup bau taik yang melekat pada badan mereka! Amalan berak merata adalah lumrah bagi warga Paris dan kota-kota besar yang lain baik dari golongan bangsawan, orang biasa hinggakan golongan diraja!

Istana Versailles yang dianggap sebagai antara yang tercantik, terbesar dan terhebat di eropah pada zaman itu juga indah khabar dari rupa… istana ini memang penuh dengan perhiasan serta perabot-perabot yang mahal-mahal dan cantik malah bertatah emas dan permata, namun menurut sejarawan, istana ini juga mendapat gelaran sebagai ‘kubang tahi’ atau cesspool. Ramai delegasi-delegasi dari luar perancis yang bertandang ke istana tersebut tidak tahan dengan bau busuk dan kekotoran dalam istana itu. digambarkan bahawa oleh kerana istana ini terlalu besar dan jumlah bilik air adalah sedikit maka para dayang dan pekerja istana malah tetamu-tetamu diraja terpaksa ‘melepaskan pelaburan mereka’ di tepi-tepi tingkap, belakang pintu, disebalik langsir serta di sekitar koridor istana dan bawah tangga!

Istana Versailles yang dibina pada kurun ke-16

Sama ada lelaki atau perempuan, datuk or datin, tengku or tengku putri, Tun or Toh Puan (malas nk tulis gelaran-gelaran barat) semuanya akan buang air besar dan kecil’ di merata-rata tempat bagaikan haiwan. Saya pernah terbaca bahawa ada seorang bagsawan wanita yang buang air besar sambil berjalan tanpa membuka pakaiannya. oleh kerana pada zaman itu semua wanita bangsawan memakai kain kembang yang besar jadi tiada siapa yang perasan bahawa dia sedang membuang air besar’.
Najisnya itu terpaksa dibersihkan oleh orang suruhannya. Seperti orang Inggeris, orang Perancis juga tidak suka mandi, cuma Marie Antoinette sahaja yang mandi agak kerap yakni 2 minggu sekali dan baginda mandi dengan pakaian penuh. Gigi mereka juga reput dan hitam sebab banyak makan gula dan tak gosok gigi.

 
Gambaran wajah Ratu Lizzy

 
Gambaran wajah Marie Antoinette dengan gaun pengantinnya

Ratu Lizzy contohnya mempunyai gigi yang hitam sepenuhnya hinggakan rakyatnya ingat itu adalah satu trend baru yg harus diikut. Rakyat England juga mengikut kebiasaan Ratu Lizzy yg suka sapu kapur pada seluruh muka untuk tutup kulitnya yang berkedut dan rosak.

Cuba anda bayangkan…keterangan-keterangan yang saya berikan ini tentu bertentangan dengan filem-filem yang anda pernah tonton bukan? Masih lagi nak berbangga dengan tamadun barat yang jijik dan pengotor ini?

Sistem peparitan di England hanya wujud pada abad ke 19 yakni sekitar tahun 1850-an tepat dengan zaman kemasukan british ke tanah melayu itupun sebab peristiwa THE GREAT STINKS. Kalau saya ada masa itu saya akan kata kat depa ‘eleh baru belajar buat longkang dah pandai nak kata orang melayu pengotor dan tak bertamadun’.

Bacaan Lanjut:
  1. A Brief History of Toilets (http://content.time.com/time/health/article/0,8599,1940525,00.html)
  2.  London’s ‘Great Stink’ and Victorian Urban Planning (http://www.bbc.co.uk/history/trail/victorian_britain/social_conditions/victorian_urban_planning_04.shtml)
  3.  The Great Stink of Paris and the Nineteenth-Century Struggle against Filth and Germs by David S Barnes ~ perfume books (http://www.nstperfume.com/2010/07/23/the-great-stink-of-paris-and-the-nineteenth-century-struggle-against-filth-and-germs-by-david-s-barnes-perfume-books/)
  4. Think Your City is Dirty? Try Living in 19th Century London. (http://www.apartmenttherapy.com/think-your-city-is-dirty-try-living-in-19th-century-london-npr-217301)
  5.  The filthy, stinking truth (http://www.salon.com/2007/11/30/dirt_on_clean/)
  6.  Hanging Out at La Morgue in 19th Century Paris (https://www.geriwalton.com/hanging-out-at-la-morgue-in-19th-century-paris/)
Sumber : The Patriots

Begitu rupanya kan.. Tamadun Islam juga sebenarnya yang terbaik dan menjaga kebersihan. Kalau baca hikayat melayu zaman dahulu kala, sistem parit telah lama wujud. Ini dapat dilihat ketika pembukaan kerajaan baru sultan mengarahkan agar rakyat2 membina istana rumah PARIT. Ini dah membuktikan kita sudah ada sistem pengairan yang baik. Contoh pembukaan negeri yg melibatkan pembinaan parit diawal pengasasan kerajaan ialah Melaka, Samudera dan Pasai.


Malaysia Website Award - May Nominees

$
0
0
Hai.
Blog Miera Hassan sekarang tercalon untuk Malaysia Website Award 2017 untuk calon menantu pada bulan Mei dalam Kategori Personal. Yeay! Nampak tak keterujaan disitu, eh tak.. Nampak tak, ada blue ribbon kat tepi blog i ni? Nampak tak..?

Ok.

Actually, Malaysia Website Award (MWA) ni diadakan pada setiap tahun dan ada pelbagai kategori. So, blog i ni tersenarai dalam kategori Personal dan MWA ni organized by The Exabytes Group, one of the top IT establishments in Southeast Asia. Well, sebab i beli domain pun dari Exabytes ni kan. Jadi, begitulah. Terima kasih kerana mencalonkan blog saya 💗💗

Memang baru pencalonan awal je, tapi biarlah dia nak excited sekejap. Mungkin setakat ini sahaja tahap yang dia boleh excited. Sila beri laluan sekejap.

Malaysia Website Awards
(MWA 2017)

Anugerah laman web Malaysia bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi prestasi cemerlang, bakat dan usaha pemaju web terbaik, pereka web dan agensi web dan pada masa yang sama menggalakkan kreativiti, perkongsian dan peningkatan keseluruhan kualiti reka bentuk web di negara ini.

However, i can only bring home the award with your help. Sobs.
Honestly, i kalau bab kaut undi memang failed. Seriously, kalau kena calonkan jadi calon Naib President dulu zaman belajar, i akan tekup muka dekat meja. Malu punya pasal sebab i ni susah sangat nak convince orang untuk undi i. Even orang yang calonkan i pun tak undi. Tah pape, dia calonkan, pastu tak undi.Tah pape T_T

Jadi, apakah kesimpulannya di sini.?
Kesimpulannya, undilah blog Miera Hassan bagi calon bulan Mei, Malaysia Website Award 2017 dalam kategori Personal. Sebab i tak boleh nak harapkan diri i untuk sign up banyak akaun FB semata nak undi diri sendiri kan. I cuma harapkan you, you dan you sahaja.. Ngeh..ngeh..ngeh *senyum kambing*

Lihatlah. Baru 17 orang yang vote. Terima kasih. Tapi macam mana nak menang kalau 17 votes je kan *playing the sympathy cards*. Sobs.

Jadi, marilah masuk ke website ini dan undi blog saya untuk calon kategori Personal menggunakan akaun FB anda. Boleh kan? Siapa yang bantu, nanti i hadiahkan senyuman manis

Klik link di http://www.mwa.my/2017/may/miera-hassan-2, lepastu, undi blog i. Ajak la sedara-mara, kawan-kawan rapat atau kenalan, akak ofis, bos dan semuanya yang ada facebook untuk undi blog i tau.. tau.. Pelishhh....


xoxo

Tips Pitching untuk Memohon Kerja di Jobstreet

$
0
0
Hai. Helluuu..
Berasa terpanggil untuk jawab soalan ini bersama adik-adik yang masih berusaha mencari perkerjaan menggunakan medium "Job Street".
 
Baiklah. i bukanlah orang yang tahap professional gitu nak beri tips ini tapi apa yang i tulis ini berdasarkan pengalaman sendiri mengenai tips mudah bagaimana nak menulis dalam ruangan "Make Your Pitch" apabila nak apply kerja di Job Street (mengikut pengalaman i). *tetiba nada serius*

Nak ikut boleh. Tak ikut.. lantak la. Eh entah pape je kan.

Baiklah, dalam berpuluh orang malah beratus yang sama-sama apply kerja tu, adakah awak ingin recruiter melihat profile awak seperti ini? *nada smartshop jual barang*
 

Oh, tak puas lagi. Siap tengok 2 kali pulekks..
Ini adalah 2 contoh yang i dapat bila i try apply kerja menggunakan Jobstreet. Tengok tarikh apply. Baru beberapa hari lepas i apply (entry ini ditulis pada 9 June 2017). Pantas betul recruiter ni kan.

Macam Mana Nak Tulis Pitching di Jobstreet?

1. Baca Job Description
Never skip this part.. Kadang-kadang bila dah terlalu excited nak cari kerja dan dapat pulak job title yang memang dah lama cari, terus taknak baca. Terus apply. Apeke gelojoh sangat nih?! So.. baca dulu apa requirement yang company itu nak. Eleh, dulu masa cari jodoh pun sibuk baca biodata orang kan. Sekarang pun kenalah baca.
 Ini contoh sahaja. Ok.

2. Make Your Pitch
Ramai graduan atau job hunter yang i tanya akan skip part ni. Alasan, tak tau nak tulis apa dan malas. Ada pulak yang tanya i balik "Eh dorang baca ke?" lol.. kau buat lawak apa. Kalau tak, kenapa ada benda ni pulak. LOLLLLL. 
Please, never ever skip this part. Daripada ini lah, majikan atau recruiter akan baca summary mengenai kita sebelum dia tengok profile atau resume kita. SUMMARY.!!

Tell the employer why you are best suited for this role. Highlight specific skills and how you can contribute. Avoid general pitches e.g I am responsible.

Yes.. jobstreet dah bagi hint disitu, apa yang perlu tulis dan apa yang perlu dielakkan. So, akak Maria Mercedes (pon boleh), nak tulis macam mana di sini? - tanya adik-adik.
Back to 1st step, baca semula job requirement, dan gunakan hint itu dan mula mengarang. Gabungkan kesemua requirement tu, dan jadikan summary yang menarik. Cuma 300 huruf sahaja ye. Bukan 300 patah perkataan. Jadi pandai-pandailah olah mengikut requirement yang dia nak. Recruiter bukan nak tau sikap awak macam mana, awak ni pandai menyanyi ke ape. Sebab bab tu dia akan nilai bila interview nanti. Apa yang dia nak tengok, awak ni match ke tak dengan job requirement yang dia minta.

Contoh pitching:

Having worked for 4 years as a structural engineer, I have a strong knowledge in related codes of practiced especially in bridge design and competent in using Design Software. In addition to my extensive design experience, I have excellent communication skills and experience in managing project.

300/ 300 Characters. Ngam-ngam T_T. So, ini contoh sahaja. Kalau tak sedap ayat ni, jangan kutuk eh. Cubit karang.
 
Ini adalah contoh bagaimana "Make Your Pitch" kita muncul di emel recruiter. Contoh ni, i jumpa di website The Vocket hasil perkongsian daripada salah seorang recruiter di Malaysia. Kalau awak skip part pitching ni, recruiter akan terima emel tanpa kotak biru ni. Nampak tak, rugi kalau tak buat. Recruiter tengok pun, tak feel..tak stim. Eh excuse me! 

3. See Who Else Has Applied
Last but not least, ini adalah extra tips untuk tengok range gaji yang orang apply di sini adalah berapa dan experience orang yang apply tu macam mana. Diingatkan semula. EXTRA TIPS. Tujuannya ialah awak sendiri boleh la tau dan expect salary awak berapa di tangga mana untuk mudahkan persaingan. Tapi kalau taknak buat pun tak marah aih.. up to u.

 
Jadi, awak di bahagian mana?

Mudah sebenarnya kan? Yang penting, bila recruiter dah tengok profile awak, "sebelah kaki" awak dah masuk dalam company tu. Tunggu untuk panggilan interview sahaja. Kalau takde panggilan, belum rezeki lah tu. Cuba lagi. Good luck ye. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga tips ni membantu awak sedikit sebanyak-banyak. Ok lah, i nak main candy crush. Level 400. Hebak kan.. Hebak.!!

Oh, you're welcome. 
xoxo

Kisah Abah yang Begini

$
0
0
Hai.

Baru lepas berbuka tiba-tiba adik hantar gambar jari abah berdarah menjejes-jejes. Faham tak menjejes tu macam meleleh tak berhenti. I yang baru je lepas berbuka panik pulak tengok gambar jari abah. Eh.. ingatkan adik i prank pegi letak sirap ke kan. Then adik cakap, abah kena langgar motor. Ok. Kenapa jadi begitu. So, adik bawak abah ke Klinik. Klinik cuma cucikan luka dan balut je dan minta refer ke hospital sebab hujung jari abah tu macam gerak ke kanan kiri tau. Tau tak, macam something bergayut tapi taknak jatuh tuh. Ok, simple words la hoi Miera. Patah. T_T

Then, adik refer abah kat bahagian kecemasan. Doktor scan, dan minta abah tunggu sekejap sebab abah kena jahit bahagian patah tu (tak tau nak terangkan macam mana). So i tergesa-gesa la pulang dari Puncak Alam.. Sampai around jam 10.30pm sebab jalan jem, malam minggu kan. And abah masih belum dirawat. Tapi abah relax je cuma nampak la jari dia tu berbalut dah.. Nasib klinik dah bagi rawatan awal kan.. Disebabkan i jenis jenis gelojoh, i minta abah cerita kan, why this happen. 

Baiklah, i terus ready nak amik report. Eh dulu kan i Inspektor SUKSIS. Ok..ok..
Mangsa (abah) sedang menunggang motosikal dengan kelajuan yang paling perlahan sambil menghirup udara segar dan feeling angin meniup muka mangsa yang comel itu.. Kadang mangsa memang tak suka pun nak pulas handle motor tu sebab i rasa, dia ni suka biarkan moto jalan sendiri. Dan dia tunggang sambil menyapa orang taman. Biasalah, YB.. Eh ape melalut ni. Sambung... T_T.
Kemudian, ketika mangsa ingin belok ke kanan dengan speed yang perlahan, tiba-tiba datang motor dari arah kiri mangsa yang sangat laju (ni kata saksi kejadian), dan menabrak langgar motor mangsa lalu mangsa hilang kawalan dan jatuh terseret ke hadapan sedikit. Kejadian berlaku di selekoh bazar Ramadhan. Jadi, ramai la datang bantu mangsa bangun. Tetapi budak yang langgar tu terus melarikan diri apabila melihat orang ramai berpusu-pusu membantu mangsa. Eh, macam ape je ayat berpusu-pusu. Begitulah. Dan mangsa dihantar pulang ke rumah, menahan sakit lalu berbuka. Lepas berbuka darah menjejes banyak, terus anak bongsu (adik i) panik dan hantar mangsa ke klinik. 

Begitulah. Well nak cakap macam mana lagikan, benda dah jadi. Jadi, marilah bersabar menunggu rawatan. Actually, i dah lama sangat tak ke hospital waktu malam. Malam-malam pun ramai orang. And mangsa eksiden paling ramai. Jadi sebab tu, abah kena tunggu lama. Daripada klinik dalam 8.30pm tu sampailah ke jam 10.30pm i sampai, abah belum terima rawatan sebab abah kategori tak kritikal kan. Takpe, faham. Hospital kerajaan kan, sabar jela. Masa ni terfikir, nak jadi doktor la. Kesian Malaysia kekurangan doktor pakar. Kesian tengok doktor yang kelam kabut. Untuk kes abah, dorang refer pada pakar tulang sebab risau ape tah. Tapi pakar masa tu ada 2 kes kecemasan. Jadi takpelah, kami tunggu.

Menunggu sambil tengok lelaki keluar pintu dan TV. Eh tak, lelaki ni distract pandangan i yang tengah tengok TV pasal sakit buah pinggang tu. Tetiba je I terjeling dia.haha.. Oh, jagalah kesihatan buah pinggang anda.

 Lepas tu bosan, pegi kat TV luar, cerita pasal denggi pulak. T_T
Finally, jam 1.30pagi macam tu nama abah dipanggil untuk terima rawatan. Alhamdulillah. abah cuma kena jahit dan simen je. Terima rawatan sekejap je. Tak sampai setengah jam pun dah siap. Bagus.
 
 Nampak tak jari kelingking abah takde kuku sebab pernah kena potong dengan gunting padi. T_T

Nasib baik tak jadi apa-apa serius. Lepasni abah kena cuti masak lah (kan abah i yang masak kat rumah).
Doktor bagi abah i MC 2 minggu sebab tulang kat jari retak. Tapi abah dah tak kerja. Boleh tak kalau i nak tukar dengan abah. I nak MC tu... huwaaaaaaaa
Viewing all 148 articles
Browse latest View live