Quantcast
Channel: Miera Hassan
Viewing all 148 articles
Browse latest View live

Traffic Blog Jatuh Bila Tukar Template Blog

$
0
0
Hai,
Perasan tak sekarang blog i dah berwajah baru.? Sebelum ni takde header. Lepastu ada header. Eh perubahan barulah kan. Sebenarnya template ni i masih guna yang sama, i dapat Free daripada Themeexpose tu. Cumanya sebelum ni takde kepala la. 

Dapat template free ni lain macam sikit sebab tak boleh la nak main letak je header tu sendiri. Nanti tak centre la..Hapelah.. Malas i nak adjust coding pulak. So, i pun import la lagi sekali template yang sama.

Sebelum

Selepas

Kan.. sama je kan.. header pun simple yakmat. T_T
Tau tak apa kesan bila tukar template ni? Ok.. trafik blog i jatuh.. Huhu.. sedih. Bila i check kat Google Analytics, macam takde orang langsung masuk blog i. Padahal sebelum ni setiap jam tu ada je orang yang online kat blog. Tapi sekarang ni, ada masa yang kosong je pelawat. Ya ampun.. 

Adakah ini akibat bila kita tukar template blog?

Sempat tanya kat group KBBA dengan blogger lain.. So far jawapan dorang "memang macamtu".. Now terpaksa lah i bersabar dan tunggu sampai traffic i naik semula. Atau mungkin sebab sebelum tu i dah tukar template jugak kot. So far, dah 2x dalam bulan ni i tukar template. Ntahlah.
Bak kata pepatah
"Kalau takut dilanda ombak, Jangan berani tukar template"
Ok. Bye.

My 10 Bad Habits

$
0
0
Bila takda idea nak menulis, rasa macam ketandusan sangat. Otak kering kena sedut. Macam tu lah, ketandusan idea. Zero. Parah ni.

Lepastu mula text kawan-kawan, tiba-tiba tanya seperti seorang bimbo :
HEY GUYS, WHAAAATTTT DO YOU WANT ME TO WRITE ABOUT?? itulah, i'm bad. Uninspired writer. So, 1 of my bestfriend bagi idea ini.

Dear Miera, u ada banyak sangat tabiat buruk. Why don't you write about your 10 bad habits.

Entahlah. nak kata kawan baik, rasa macam tikam belakang pulak cakap i ni banyak perangai buruk. Tapi takpe, sebab sayang. Jadi i akan gunakan idea ini untuk menulis 10 perangai buruk i. Tapi 10 tu banyak sangat, macam apekeburuk sangat perangai. Takut orang taknak memperisterikan i nanti, jadi kita narrow down kepada 5.

1. Last Minute Person
Ini dah menjadi kebiasaan kot. SUKA BUAT KERJA LAST MINIT. Entahlah, sampai terbawak dengan kerja ofis. Sebab bagi i, bila last minit i lebih fokus untuk siapkan kerja i. Masa ni, memang fokus habis sampaikan orang panggil pun malas nak layan. Tapi kalau orang bagi makanan, i akan makan dulu. Hehe.. ish.ish.ish.. ini memang perangai buruk. Jangan ikut kalau tak nak ditimpa masalah. Sebab tu, i benci bila orang suka bagi kerja last minit kat i, like tetiba ajak keluar shopping, atau tetiba invited i ke majlis, atau tetiba ajak i kawin. Eh.

2. Always late
hehe.. Ok, i adalah peminat jam tangan. Dan i paling suka dengan jam tangan. Tapi masalah i, sebabkan i ni last minit person, i suka siap lambat. Lambat tu macam lagi 30minit nak keluar rumah untuk appointment atau berjimba, barulah i nak mula bersiap.. Hehehe.. Tapi 30minit tu memang i guna sepenuhnya masa i. No jeling-jeling phone. Terus mandi, pakai baju, pastu mekap2 and done. Keluar rumah. Kalau siap awal, nanti i akan berlengah-lengah nak selfie la, check facebook la.. macam-macam pulak kerja. So, ini dikira good habit kan. hahahaha

Ok, badnya kat sini, selalu sampai tempat berkumpul paling lewat. Sampaikan Kila selalu cakap, Nak jumpa pukul 12 masa kita ke atau pukul 12 masa Miera. Which means, kalau pukul 12 masa i, i akan sampai 10min to 15min lewat. Gaaahhh~~~ Oh Kila is my bestfriend dalam geng mak hayam gemok dan dia suka makan tapi badan kecik. Awwrrr...
 

3. Suka masuk kedai
Ini lagi 1 masalah. I suka masuk kedai lagi-lagi kedai yang banyak barang tuh macam Mr.DIY, Kaison atau Daiso. Sampaikan bestfriend selalu cakap, elakkan laluan di kedai-kedai berikut kalau keluar dengan i. Sebab, i jenis yang nak jugak masuk walaupun takde benda nak beli, dan i akan spend masa dalam tu dengan masuk setiap lorong barang-barang, belek barang cantik-cantik, sambil belek tu tetiba keluar list, apa barang penting yang takde lagi kat rumah. Lepas dah puas hati takde yang perlu dibeli, baru gheti nak keluar kedai. Sedih yakmat perangai gini T_T

Perangai ni bukannya pada kedai-kedai yang i sebut je. Tapi semua kedai runcit dan pasar raya. Walaupun barang dah cukup kat rumah sebab dah beli groceries awal-awal, tetap jugak nak singgah kedai runcit atau Tesco untuk cari barang apa yang takde konon-kononnya di dapur. Macam tulah. I rasa, guard mesti ingat i ni pencuri sebab masuk dan keluar tak beli pape. Eh excuse me! i sedang beradventure lah.

Adik i suka bebel, kalau follow i beli barang dapur, i suka masuk setiap lorong tengok satu persatu barang apa yang i beli. Eh, list ada. Cuma bila dah masuk kedai, list tercampak. Kadang yang takde dalam list pun, terbeli. T_T

4. Tak pandai cakap "NO"
I tak boleh kalau ada orang yang jual-jual datang kat tempat i. Bila dia keluarkan barang atau makanan nak jual, i mesti akan terbeli. Sebab i sangat kesian. For me, dia cari rezeki dengan sanggup tebalkan muka. Bila nak say no, i takut dia sedih dan malu. So i akan beli jugak. Perangai ni la yang buat adik i selalu bebel sebab i selalu over spending my money. Contohnya, masa kat Pasar Baru, Bandung haritu. Cepat kesian, pastu beli jugak pastu bila tengok tempat lain, rupanya yang i beli terlalu mahal. Tula.. perangai. Eh tapi tu dikira membantu kan. So, ni good habit lah.

5. Tak boleh jadi cikgu.
Kadang kesian dengan sesiapa yang nak mintak i ajar. Sebab i sangat tak sabar. I garang yakmat bila mengajar. Hahaha, junior Engineer tempat i takut kalau nak tanya kat i sebab i jenis yang kalau dah ajar sekali, tolong catit dan jangan tanya soalan sama. Nanti i garang. Oemji.. tak boleh jadi cikgu tau. huhu

Ok cukup 5. Letak banyak-banyak karang orang mengata pulak. Hehehe.. 
So, whats your bad habit?

Nah, i tag sesiapa yang baca post ni, untuk buat entry pasal diri sendiri pulak.
Bye

Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By Cikzacom

$
0
0
Hai.
Sementara tak bizi ni kan.. Sempat la blogwalking sampai ke tengah malam. Lepas tu jumpa pulak Giveaway by Cikzacom ni..Eh, macam dah lama je tak join GA kan.. So, lets cekidaut.
 Giveaway kali ni dianjurkan oleh Cikza dengan kerjasama dari SGshop ECommerce Sdn Bhd. Haa..sebabkan first time dengar pasal SGshop Ecommerce ni, terus i tergoogle tau. Lepastu terus terdaftar. Eh..eh..eh, semuanya nak 'ter' aje ye.. 

SGshop Malaysia adalah sebuah agent Taobao

SGshop Malaysia adalah sebuah agent Taobao yang berpusat di Singapura dan ada cawangan di Johor, Malaysia. Bayangkan barang-barang yang ada semuanya murah. Yup..semuanya murah.. Dan yang bestnya sebab kalau sesiapa yang bertuah join GA dari Cikza ni akan berpeluang memenangi RM100 yang dikreditkan ke dalam akaun SGshop kita. Eh, kan tadi dah TERdaftar kan.. hehehe..

Baiklah Cikza, ni la barang yang i akan beli kalau i menang RM100 tu.
Jeng..jeng..jeng..
Dah lama teringin nak air purifier ni. Sebabkan bilik sewa i ni sekangkang kera je, dan air purifier ni pun sesuai untuk capacity bilik i, haruslah i rasa terpikat. Eh, banyaknya TER lagi. Dapat hirup udara bersih dalam bilih... ahhhh.. seronok. (pejam mata). Lepastu, eh.. murahnya..!! Free shipping lagi uols..

Begitulah keinginan i nak bershopping di SGshop ni.. 
Kepada sesiapa yang nak join GA ni, bolehlah ke link SINI. Terima kasih Cikza untuk GA ni.. muahh.. Eh, Selamat Pengantin Baru Cikza.

Tutorial Masukkan Google Maps ke Dalam Blogpost

$
0
0
Hai.
Tiba-tiba nak buat tutorial pulak. Padahal selama ni tak pernah pun.. Ececeh..  Jadi, tuan puan adik abang kakak, i nak buat tutorial simple je kali ni,

Macam mana nak masukkan Google maps dalam blog post atau entry


Cara nak masukkan Google Maps ni sangat mudah dan ia bertujuan untuk membantu pengunjung entry kita, lebih-lebih lagi entry yang kita buat review ke satu tempat untuk lebih faham mencari lokasi mana yang kita share tu. Gitueww...
 

Cara Memasukkan Google Maps dalam Blogpost / Entry :

1. Buka Google Maps anda, dan search lokasi mana yang anda nak share tu.
 

2. Dah jumpa lokasi tu, tekan button SHARE
 pilih yang EMBED MAP tau.. and boleh pilih nak saiz apa. Lepastu, copy kod yang tulis <iframe src= blah blah blah tu..

3. Lepastu, pegi kat entry yang kita nak masukkan maps tu, dan tekan button HTML (macam yang i merahkan tu)

4. Dan PASTE sahaja code tu disitu..

5. Tadaaa.. dah siap pun. Dah ada maps kat dalam entry. Siap boleh zoom in, zoom out lagi.


Senang je kan. 5 steps dah siap. Tetiba ada maps dah. Eh..eh. Selamat mencuba.
Oh, you are welcome.

Edisi Syawal - Persiapan Baju Raya

$
0
0
 Hai,
Haritu ada beli kain masa bercuti ke Bukittinggi, Indonesia tu. Yela, kain sulam kan femes kalau beli kat sana. Cantik.. Lepastu, bila anta ke kedai untuk tempah, tiba-tiba tailor tu taknak amik tempahan dah sebab dah tutup. Eh taklah tiba-tiba pun. Cumanya, i yang tak sedar bila masanya tempahan ditutup. Sebab sibuk dengan kerjaya. Begitulah.
Lepastu, bincang dengan family.. Cadang taknak beli baju raya nak recycle je baju lama. Sebab i rasa baju lama i pun cantik lagi.. Hahaha.. Tapi apakah makna raya kalau tak berbaju baru heyy.. Jadi kami semua sepakat Raya 2017 kali ni baju raya masing-masing kena ikut tema warna sama. Kalau tak sama, duduk lah di dapur dan jangan kau berani nak mintak duit raya. *tetiba*

So, tema warna raya tahun ni ialah BIRU. jeng jeng jeng!!

Ada fews idea yang menerpa di fikiran dan sanubari ini.. Ting! *bunyi roti keluar toaster. Ting! Idea baru menerpa.
I rasa i dah bersedia untuk kelihatan cantik di hari raya dan berjumpa bakal mak mentua dengan outfit sebegini.Tema raya : Looking Good and Beautiful.
Jadi, ini lah idea pakaian raya i pada tahun ini. Royal blue, match dengan warna grey dan wajah menawan memikat hati bakal mentua. Hehehe

Kongsikanlah ciri-ciri pakaian raya idaman awak tu?

Peplum / Mini Kurung
Tiba-tiba rasa macam body makin cun pulak. Nak pakai style Peplum la tahun ni. Eh lepastu nak jenis mini kurung sebab lebih cantik.. Atau baju kurung, lebih sopan. Eh entahlah. Yang pasti baju yang menyerlahkan keanggunan i. Eececeh..

Nak yang glamour ke?
Eh eh soalan.. i ni jenis yang setia. Kiranya jenis yang suka pakai sesuatu tu sampai takde rupa baju lah (eh ape ni... i mean nampak lusuh).. Jadi kalau beli yang nampak glamour tu, nak pakai bila pulak. So, i nak pilih biar lah jenis yang semua occasion i boleh pakai.. Hehehe. Kan dah kata jenis yang setia.. Simple but nice.

Ciri paling istimewa
Haruslah daripada kain yang selesa dan meresap peluh. Sebab sampai-sampai beraya je perlu membantu menuangkan air dalam gelas. Paling penting biarlah yang mesra wudhu'.. Takdelah nanti bawah kuyup i semata nak amik wudhu' kan. Gitu..

Tapi sekarang, sumpah takda masa. Weekend nak buat kuih raya pulak. Lepastu nak kemas rumah lah. Mana ada masa nak shopping raya dah. So baju raya, tudung dan handbag pun i nak beli online saja. Amboi dah memang tahap dewa online sekarang ni. Memandangkan LAZADA tengah buat Promosi Marhaban-Ya-Ramadhan dan Riang-Raya , beriang-ria hati ingin membeli di sini.

Tadaa... dah terjumpa.
Beli sekarang? Ya.. Beli sekarang. Nampak tak jimat tuuhhh..tuh...tuhhh.....!!!!

 Beli Sekarang? Ya..beli sekarang.*tetiba daripada nak shopping baju, ternampak pulak handbag murah. Jimat 71% lah. Apeni? kenapa LAZADA murah sangat ni

Lengkap dah pilihan sepersalinan baju raya i.

Makin lama tengok kat website LAZADA ni, makin banyak pula yang berkenan dihati. Sementara tengah sale dan boleh jimat banyak ni kan. Ya, beli sekarang.!

Jangan lupa, Marhaban ya Ramadhan dan Riang Ria Raya sales ni bermula dari 19 May sehingga 30 June sahaja tau (where you can find special discounts up to 90%!). Sehingga 90% tuh!!!

Pilihan banyak, Jimat pun BANYAK! Bajet selebihnya boleh pergi ke duit raya pulak kan. Hihihi.. Sepanjang i dah order dan terima barang dari alam maya, inilah laman yang i paling boleh percaya, ia akan sampai dengan kualiti yang sama dalam gambar! Belum pernah lagi beri masalah tentang penghantaran, pembayaran, atau produk. Jadi, jangan sampai terlepas peluang pula ye.. 

MUDAHNYA PERSIAPAN RAYA BERSAMA LAZADA
NIKMAT DIKONGSI BERSAMA

7 Syarat Nak Tukar Duit Raya

$
0
0
Ini adalah beberapa syarat dan tips yang dikeluarkan oleh salah seorang pegawai bank.. Hehehe.. rugi kalau tak follow..

Untuk makluman..
Duit Raya dah boleh mula tukar bermula pada harini, Rabu (14/6/2017) sehingga la habis stok.. kami target nak habiskan sebelum Jumaat (23/6/2017).. jadi bersegeralah anda.. takut abis kang komplen plak...

PERLU DI INGATKAN....
1. Pertukaran hanya di kaunter yang disediakan.. pada masa yang ditetapkan.. sebarang booking melalui telefon, sms, wechat, whatsapp dan seumpamanye tidak akan di layan.. kami bukan kerja call centre..

2. Booking pakai air liur juga tidak di layan.. ayat "tukar pakai duit ko dulu" adalah ayat yg paling tak bleh di terima dek akal kami.. harus di ingat.. Banker bukan tokey kosmetik.. gaji kami cukup utk anak beranak dan keluarga kami sahaja..

3. Ayat "Ko bawak balik dulu.. nnt aku amik" juga tidak di layan.. Risiko buat kami.. kalau hilang bukan anda nak tanggung.. kami bukan keje kat Lazada bleh booking online atau FedEx bleh buat home delivery..

4. Statement "Ko simpan dulu, nnt ptg aku amik" juga kami tak layan.. pasai kami dah pernah kena.. simpan punya simpan.. anda tak muncul2.. menyusahkan kami nak buat balancing petang2.. ingat.. kami pon ada keluarga.. nak balik awal berbuka.. jgn sebab nak tunggu anda, kerja2 kami tergendala..

5. Kawan/Sedara setahun sekali.. atau lebih dikenali sebagai 'KAWAN/SEDARA MUSIM RAYA' kami akan layan macam walk in customer.. bermakna tiada VIP untuk anda.. dtg kaunter amik nombor dan Q macam orang lain.. Muharram, Safar, Rabiul Awal, Rabiul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rejab, Syaaban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah.. ada 12 bulan Islam, tapi kenapa anda hanya kenal kami masa ujung bulan Ramadhan je? Bila masuk Syawal terus hilang buat2 xkenal.. takut kena bagi duit raya kat kami ke??

6. Special Request seperti "Aku nak duit baru, yg keras, ada balut stiker Bank Negara" juga kami tak akan layan.. kami akan bagi apa duit yg kami ada je.. nak request lebih2.. sila pergi Bank Negara..

7. Request "Bagi la kertas Ang Pow lebih sket" (lebih sikit tu bukan 2-3 helai tau.. lebih sikit tu kalau boleh.. 2 kotak dia nak..) juga kami tak akan layan.. kami bukan kerja kilang cetak sampul ang pow.. perlu di ingat.. sampul tu kami bagi free as a token of appreciation to our customer.. anda bukan sorang je customer kami.. ramai lg beratur nak benda free tu.. jd fikirkan org lain sama.. jgn pentingkan diri sendiri.. sb stok kami dapat pon tak banyak mana.. so terpaksa bagi sorang sikit..

Sekian.. Harap maklum..
hahaha.. amboi.. harap semua follow ye untuk mengelakkan kesesakan di kaunter. hehehe

Sahur List

$
0
0
Ini sepatutnya entry yang ditulis pada awal Ramadhan supaya menjadi inspirasi kepada muslimin dan muslimat. Tapi disebabkan ia berada di senarai kepam (draft) yang entah keberapa, makanya lagi 9 hari nak berpuasa baru nak tulis. Eh lagi 9 hari kan nak puasa,? Abaikan. Banyak idea nak tulis sangat sampaikan dalam senarai kepam ada beberapa belas entry tak siap. Beberapa belas tuh! malas. Jadi kali nih kita buat list untuk sahur terbaik setiap Ramadhan kita. Molek sikit kan tajuknya, konon list sahur ala-kadar. Padahal.

Sahur is good you know. I tak faham orang yang taknak sahur lepastu puasa. Sedangkan sahur itukan SUNAH. Maknanya dapat pahala bila dibuat. Lepastu takdelah rasa lapar sangat sebab seharian akan guna energy kan.. Maka makanan itu la akan store jadi energy. Tapi beza kalau sahur lepastu kau tidur balik. Tu memang no good you know.

Kadang-kadang terlambat bangun pun, i cuba bersahur juga walaupun sekadar air masak. Tapi kalau terbangun awal, apakah menu yang dilantakkan?

1. Menu berlemak terextra rajin dan bangun awal.
Contoh lauk, Ayam masak lemak cili padi dan tomyam ayam. Menu ni paling bertuah kalau terbangun awal. Seisi rumah gembira. Awal pagi dah rajin masak berat macam ni kan. hehe.. Tak lah, kadang-kadang lauk dah siap masak malam, esok pagi panaskan je. Ini menu paling jarang nak jumpa diwaktu sahur. 2 kali Ramadhan kot baru jumpa masa sahur. Wassalam. Tapi kalau menu sebegini yang emak-emak sediakan awal pagi, marilah kita kunci jam awal untuk emak kita supaya boleh bangun masakkan yang kegemaran sebegini.

2. Menu tumis-tumisan.
Selalu panggil 'tumis bodoh' je sebab paling tak banyak guna bahan. Setakat bawang dan cili. Menu ni paling rajin sebab senang, dan boleh jumpa pada setiap kali sahur. Contoh 'tumis-tumis bodoh' include : Sayur kobis goreng, sambal sading (sebenarnya sardin tapi malas nak edit), sayur kangkung, sambal ikan bilis, telur goreng dan sebagainya yang dihidang dengan nasi panas dan kicap. Ya ampun, kenapa cerita pasal lauk di tengah hari macam ni.. Kan dah lapar!

3. Juadah Barat.
Ini kalau tahap bangun terlambat sikit sebab takde masa nak siapkan. Rupanya cuma makan roti dan susu sahaja. Kalau roti tiada, makan cereal. Kalau susu tiada, buat milo. Amazingly, membantu meningkatkan metabolism juga walaupun simple ni. Takde la buat drama seperti melengkung di atas katil posisi senggugut (tahan lapar sangat tuh)

4. Juadah Mediterranean.
Makan kurma sahaja bersama segelas susu atau milo. Amboi Mediterranean sangat tuh!

5. Sky Juice
Ini yang terpaling penting. Letak kat posisi no.5 untuk menu yang dilantakkan bila TERLAMBAT BANGUN SAHUR ataupun MALAS dan menu ni hanyalah dapat dibuat ketika dirumah sewa sahaja. Sebab kalau buat di rumah emak, akan bising seisi rumah.. Most important em all untuk elak dehydrated sepanjang berpuasa, cuba juga minum air hujan. Eh bukan. Sky juice bukan air hujan, air masak lah. Sekurangnya 1 litre masa bersahur. Cukup kembung perut asalkan tak dehydrated. 

Adakah cukup menjadi inspirasi? Ok. Bye
xoxo

Buffet Ramadhan PICC, Putrajaya

$
0
0
Assalamualaikum,
So, favourite month of the year is coming!! It's Ramadhan. Dan biasalah, yang paling favourite ni ofkos part makan.. sebab dalam bulan Ramadhan ni lah paling banyak makanan dan pilihan makan. Yang mana jarang keluar tu lah yang akan muncul.. Name it, makanan ala Timur, Barat, Mediterranean..? Oemji.. part makan ni!

Jadi, menjelang tiba bulan Ramadhan yang mulia ini, Restoran Pot&Pan, Putrajaya International Conventional Centre (PICC) ingin berkongsi kenikmatan berbuka puasa dengan menyediakan pakej buffet Ramadhan 2017 sebanyak lebih dari 300 menu hidangan dari dalam dan luar negara termasuk ala barat, timur dan ala mediterranean. Banyakkan makanan.?!!

Kesemua hidangan buffet Ramadhan pada tahun 2017 kali ini disediakan oleh chef yang terkenal dan berpengalaman khas dari PICC iaitu Chef Anuar dan juadah yang disediakan adalah berkonsepkan "International Iftar" iaitu hidangan antarabangsa dan juadah warisan melayu.

Antara menu yang disediakan untuk buffet Ramadhan 2017 kali ini ialah seperti Kari Kambing Rusuk Nangka Muda, Kari Ikan Tenggiri Tomato & Bendi, Rendang Tok, Daging Hitam Manis dan Nasi Dagang, aneka jenis sup, aneka mee, makanan arab, hidangan masakan Pantai Timur dan pelbagai menu lain termasuk hidangan pencuci mulut ala kampung dan kuih muih traditional serta pastry.
300 menu hidangan in, nak sebut pun banyak kan..

Antara lauk pauk yang dihidangkan

 Putrajaya International Convention Centre turut menyediakan 3 signatures dish Mediterranean yang lazat iaitu; Nasi Briyani Buloh, Kaki Lembu Panggang dan Ikan Bakar Istimewa yang menjanjikan kelainan citarasa dan menjadi tumpuan pengunjung untuk berbuka puasa di PICC. 

Authentic Briyani Buloh yang dihidangkan bersama lauk pauk briyani

Ikan Bakar Istimewa

Kaki Lembu Panggang

Ya ampunn... Banyak betul. 

Grilled pun ada.. Yang mana hidangan grilled ni akan di hidangkan di viewing deck pada bahagian luar.. Kat luar, seriously best.. Makan sambil menikmati keindahan pemandangan Putrajaya


Pakej la, makanan sedap bersama senyuman chef.


Yang istimewanya, pengunjung akan dihiburkan bersama artis jemputan Rosma AF yang akan bersama memeriahkan waktu berbuka puasa di PICC.

PICC juga menawarkan pakej berbuka puasa korporat dengan pakej yang menarik. 
Segala tempahan boleh hubungi talian 
+603 8887 6000

atau menerusi laman web PICC di www.picc.com.my atau www.facebook.com/piccmalaysia atau twitter @piccmalaysia bagi mendapatkan maklumat lanjut dan terkini.

Restoran Pot&Pan diuruskan oleh:
Putrajaya Catering Services
Convention & Exhibition (Putrajaya) Sdn Bhd
Telefon : +603 8887 6499
Email : enquiry@pcs.my


xoxo


Girls Meet Up | Mr.Dakgalbi, Citta Mall

$
0
0
Assalamualaikum.

I know i should be sleeping right now (it's 3 a.m now), since i have to wake up and masak untuk sahur, so i bertahan mata lah. How is Ramadhan for you all so far? Hopefully, it's awesome!

Ehem.

Anyway, haritu sempat la meluangkan masa berbuka dengan kawan-kawan i. Susah nak jumpa dorang ni, sejak masing-masing dah mulakan kerjaya Engineer masing-masing kan. Kalau nak jumpa, mesti ada yang tak dapat (selalunya i lah tu yang cancel memanjang) hehehe.. Jadi, kali ni meet up masa berbuka. Eh betullah kata orang, nak tengok kawan kita tu tepati masa hanyalah pada waktu berbuka. Amboi, dia akan tercongok depan makanan paling tak sabar nak makan. Ehmmm.. mengata diri sendiri.

So, this time.. Mr.Dakgalbi di Citta Mall menjadi pilihan sebab kat sini la paling senang nak cari tempat makan dan tak berapa ramai orang. Sebenarnya, ni pertama kali i makan di Mr.Dakgalbi. Ye..ye... i memang peminat drama korea, cuma makanannya i bukan minat sangat pun. Paling terer makanan korea i makan ialah Ramen Samyang. Ohoi.. tu feveret woo.. makanan wajib ada dalam drawer untuk makan sambil tengok drama korea. huhu

Mr. Dakgalbi, Citta Mall.. Let's jom masuk.
Awal-awal datang memang macam takda orang. So, kami decide nak booked je.. Lepastu jejalan, but manager kata kalau dalam 30min tak datang balik, dia akan bagi je seat pada orang lain. Baiklah, duduk je menunggu di tempat masing-masing dan bergosip. Tapi mujur jugak tak kemana-mana sebab lepastu je, mula dah ramai dengan anak muda *eceh comel panggil anak muda* yang berbuka dengan kawan-kawan juga. 

Disebabkan ini kali pertama i ke sini, i memang tak reti nak pilih menu makan apa. Jadi, Qila incharge bab pilih makanan. And dia pilih menu Mr.Dakgalbi for 2pax tu. Oh ya, padahal ada 3 orang. Sebab dorang ni tak makan banyak, maka pilih 2 orang. Tapi betullah sebab last sekali, i juga yang habiskan. T_T (jangan tanya kenapa i gemuk dari dorang. Tong sampah)

 
Murahkan.

 Nah tengok lah muka bahagia belemuih
 Bahagia bau nasi goreng melekat kat tudung. Haha..

Oh wait!!! ada lagi. 

Tambahan karipap korea. Rujuk gambar selepas, yang di chopstick. I tak tau nama jadi i panggil karipap korea je sebab bentuk macam karipap. Comel je. hehe 

Tekak melayu.. berbuka pun nak makan nasi. hewheww... So, ini lah dia menu nya.. Yang dalam plate/kuali tu dia akan masak depan kita. Nasi goreng cheese dan megi goreng nama melayunya..  I paling suka kimchi dia.. Ikut cara korea sangat tau, makan kimchi dengan nasi goreng. Sedap. So, kimchi dan kobis mayo tu, boleh tambah banyak kali tanpa apa-apa cas. Karipap korea jadi pilihan kedua sebab tu side dishes. Tak boleh tambah free.
Jadi total berbuka puasa di sini cuma RM20 seorang sahaja. Alhamdulillah. I puas hati, memang sedap pun. Kalau tak sedap, i tak habiskan semua. Sampai terasa-rasa nak makan lagi. eh..eh, dah la kau yang habiskan semua, lepastu tak cukup lagi?
Oh ini order makan tanpa air tau sebab kami dah bawa siap-siap air dari rumah. Air masak pun dah disediakan. Berbuka biar dengan air masak je kan.. Kurangkan minum air manis.

Halal ke?!
Halal. Ada sijil halal jangan risau. Boleh cari dekat belakang kaunter atau kebiasannya dekat pintu masuk.

Lepas berbuka, pergi singgah ke Starbucks pulak. Mengidam air manis. Cehh cakap tak serupa bikin pulaks..T_T
Ramadhan mengeratkan kita.. . The best 'buka puasa' moment.. Dapat berjumpa kawan tersayang dan sama-sama menegur "Apesal kau nampak kurus dan cantik dalam kamera ni?"😊😊😘😘 mekasih sayang.

Last but not least, ini alamat ke Mr.Dakgalbi Citta Mall.. Call dulu untuk tempahan ye.

xoxo 

Menyambut Syawal - edisi raya pertama

$
0
0
Wahh.. cuma entry kontot je untuk menceritakan diari syawal. Yeke kontot ni. Ehem. Dengan lafaz Bismillah..

Kita makan.
Eh tak. Dengan lafaz bismillah.. kita mulakan entry konon-konon kontot ini. Semoga tak banyak merapu. Amin.

Baiklah diari. Pagi-pagi lagi sudah kedengaran bunyi riang ria di pagi syawal lagi apabila emak mengejutkan semua anaknya untuk bersolat subuh dan bersiap untuk menyambut raya. Tau dah nak raya, tapi malam tadi anaknya ini lupa nak gosok baju raya. Jadi awal pagi, kemeriahan raya telah bermula apabila anaknya ini terpaksa berebut dengan sepupu lain untuk gosok baju dan bertanding "Baju raya siapakah yang paling cantik di pagi syawal".. Tahun ini merasa kelainan sungguh. Hahaha.. ok,berhenti gelak, pegi mandi dan bersiap.

 
Memandangkan bapa juga masih belum bersiap untuk ke masjid, maka anaknya ini mula menyibukkan diri memanaskan lauk rendang yang dimasak malam tadi dan mula menjamah. Sibuk benar anak ini dimeja makan.. Onomnomnom.. Emak yang sedari tadi telah bersiap awal, cuma mencuit sahaja makanan si anak.

Setelah semua bercantik-cantikkan dan memandangkan solat raya di kampung ini selalu mula lambat, makanya kami bersalaman, berpelukan, bermaafan, berkasihan sayangan, berberi berduit berayaan dan bergambaran.


Model sekalian. Adik-adik sepupu.
Emak dan bapa telah berpesan kepada anak ini di malam hari sebelum raya lagi. Sembahyang raya, anak ini tak dapat ikut sebab tugas anak dan sebagai cucu kedua dalam keluarga ini ialah perlu masak untuk team baraan yang singgah selepas pulang dari masjid. 


 
Menu tahun ini, dipilih khas dari ketua chef, Mak Anjang

Setelah puas memasak dan melantak lagi di dapur, anak ini mula berkira-kira duit raya yang anak ini dapat. Oh, tahun ini banyak memberi dari menerima. Mari kira sama-sama.

Duit Memberi.
Mak abah : RM100 seorang.
Anak buah, Inara : RM20
Nisa Hassan (obviously ini adik beradik sebab nama bapa sama) : RM10
Adam : RM10
Dila : RM10
Nadia : RM10
Ija : RM10
Sepupu kecil lain : RM5 x 8 orang.

Duit Menerima.
RM 100

Balik modal?
Tidak. Jadi marilah kita mengira bajet belanja selepas raya pula. Hahaha
Setelah team baraan sampai dan melantak di rumah, anak ini mengemas dan mulakan misi
TIDO.!!

Sekian, begitulah edisi pagi raya pertama i. Petangnya dah sibuk menerima kunjungan saudara mara yang lain dan sibuk berkunjung ke rumah orang pula.


Selamat Hari Raya. Raya molek-molek

Percutian ke Bukittinggi, Indonesia (Part 2)

$
0
0

Sambungan dari Part 1..
Oemji.. panjang kan entry bercuti ke Bukittinggi kali ni. hihi.. Ok, sambung-sambung..

Day 3:
Untuk hari ketiga ni, perjalanan agak jauh sebenarnya.. Pagi lagi kami dah keluar awal, sekitar jam 9.00 pagi waktu tempatan sebab harini kami nak ke Rumah HAMKA yang terletak di Danau Maninjau. 

Pemandangan sepanjang perjalanan.

Dalam perjalanan menuju ke Danau Maninjau, kami singgah di Panorama Sungai Ladia. Kat sini cuma singgah berehat sebentar dan minum teh halia sebabkan perjalanan yang jauh, berbukit dan berlekak lekok. (amboi bahasa melayu berterabur sangat). Pemandangan kat sini cantik sangat..tak tipu. Kami berehat dalam setengah jam je untuk bergambar sebelum meneruskan perjalanan ke Danau Maninjau.
 Cantikkan view ni.. Rasa macam kat Switzerland pulak (ele, macamlah pernah pergi Switzerlad) 
 the picture doesn't do this place justice.!!

sisters 

Sebenarnya.. perjalanan ke Danau Maninjau ni akan melaluiKelok44.. Ok kat sini, macam menurun bukit sebenarnya. Kelok yang paling tinggi/permulaan dinamakan Kelok 44, sehinggalah yang paling bawah Kelok 1. Ada 44 kelok tajam semuanya.. Pemandangan dari kelok teratas sangat cantik sebab kita akan nampak pemandangan luas dari Danau Maninjau.

 Kelok 44.. Gambar curi Google.

Signature gambar di Danau Maninjau. Ini di Kelok 33. 

Nampak tu, tasik maninjau yang terbentang luas di bawah Kelok. Pemandangannya indah sangat.

Seperti daerah lain di Indonesia, Danau Maninjau juga memiliki legendanya yang tersendiri, iaitu Lagenda Bujang Sembilan.

Menurut cerita, dahulu kala di daerah itu, sebelum terbentuk danau, terdapat 10 bersaudara yang terdiri dari sembilan lelaki bujang dan si bongsu seorang perempuan bernama Sani.
Sani bercinta dengan sepupunya yang bernama Giran. Namun cinta mereka tidak kesampaian kerana Abang Sulung Sani yang menyimpan dendam kepada Giran membuat fitnah kepada pasangan tersebut. Ini adalah kerana Giran pernah menewaskan beliau dalam satu pertandingan beradu kekuatan sedangkan beliau tidak pernah tewas sebelumnya.


Akibat fitnah, Sani dan Giran dihukum adat dengan dilemparkan masuk ke dalam kawah Gunung Tinjau. Giran ketika itu berdoa supaya apabila fitnah yang ditujukan itu benar, dia rela hancur di dalam kawah gunung berapi itu. Akan tetapi jika fitnah itu tidak benar, dia memohon agar gunung meletus dan sembilan bujang itu dikutuk menjadi ikan. Sebaik setelah pasangan yang difitnah itu melompat tenggelam ke dalam kawah, gunung meletus dahsyat sehingga muncul sebuah danau baru yang kemudian dikenali dengan nama Danau Maninjau karena terletak di Desa Maninjau. Kesemua sembilan saudara lelaki Sani pula bertukar menjadi ikan yang menghuni danau tersebut.

Begitulah kisah lagenda nya.. Bukan sebab tasik (danau) ni ada naga pulak ye. (mentang-mentang tasik ni luas, semua nak kaitkan dengan naga.) wawawa..

Jadi, disinilah letaknya rumah kelahiran Buya HAMKA..
Masa kami sampai, kawasan rumah dah penuh dengan pelancong yang kebanyakan nya dari Malaysia untuk mendengar cerita mengenai Buya HAMKA daripada ahli keluarga beliau.

 Anak sedara Buya HAMKA disebelah ibunya sedang bercerita mengenai sejarah HAMKA

Tips: Sila bertolak awal dan bajet tiba sebelum tengah hari ye, supaya dapat jumpa dengan ahli keluarga Buya HAMKA dan dengar cerita-cerita mengenai sejarah beliau.. Kalau datang tak dengar, rasa rugi pula. Takkan lah nak datang jauh-jauh semata-mata nak tengok rumah dan kawasan kelahiran je kan.. Boleh bincang sama pak supirnya mengenai masa perjalanan 

Tips:Perjalanan jauh dan berbengkang bengkok. Jangan lupa sediakan gula-gula dalam perjalanan untuk elak dari muntah dan pening kepala terutamanya sewaktu melalui Kelok 44.

Selepas puas bergambar di Rumah Buya HAMKA dan di Danau Maninjau, kami terus pulang dan singgah ke Ngarai Sianok, Koto Gadang dan Lubang Jepang.Kawasan bertiga ni sebenarnya dalam 1 kawasan ye diknon.. Kalau mahu ke Lubang Jepang, selepas kaunter tiket masuk, sila ke sebelah kiri. Koto Gadang dan Ngarai Sianok, jalan terus je. Malangnya masa kami ke sana, ada majlis pelancaran untuk kawasan pemandangan Koto Gadang oleh Datuk Bandar. So, tak dapatlah kami nak masuk ke dalam tu untuk ambil gambar. Jadi kami cuma ambil gambar dari kawasan taman atas sahaja..

Ngarai Sianok yang sungguh cantik 

 
 Cenderamata di kawasan Ngarai Sianok.

 
As we can see from here, there is Gunung Merapi dan Gunung Singgalang.

Tiket masuk ke kawasan ini cuma Rp.5.000 seorang sahaja

 Silalah rasai sendiri pengalaman di dalam ini.

Tips :Kepada sesiapa yang nak masuk ke dalam Lubang Jepang, akan ada penduduk/tourist guide yang akan bawa anda masuk, tunjuk jalan bagi elak sesat dalam Lubang Jepang ni dan terangkan sejarah di dalam Lubang Jepang ini..Bayaran RM10 akan dikenakan untuk setiap orang yang dibawa.Tapi kalau ramai-ramai (rombongan bas tu kot) akan dikenakan cas RM5 setiap seorang. 
Tapikan, kalau baca pada blog lain,  dorang kena bayar cuma Rp.20.000 je seorang!!! apani.! 

Kemudian, kami pergi ke Pasar Atas yang terletak di kawasan Jam Gadang untuk membeli belah. Kat Pasar Atas ni lah lokasi shopping yang murah di sini. Beberapa hari kami simpan tenaga dan duit untuk shopping sebab nak ke sini punya pasal. hehehe.. Kat Pasar Atas ni, kebanyakkan barang yang dijual adalah telekung, kain-kain sulam, tudung, baju-baju, aksesori dan cenderamata. Pasar Atas cuma ada 3 tingkat. Tingkat paling atas adalah tempat permainan/Arcade. Cuma tingkat 1 dan  2 sahaja yang berniaga dan di luar-luar kawasan Pasar Atas. Pasar Atas tutup jam 6 petang. Pastikan awak manage masa betul-betul supaya nanti tak terlepas untuk shopping di sini okey.
Pasar Atas ni mostly menjual kain sulam and telekung. Banyak choices and the price much much cheaper. My advise, for those yang kepingin betul mau beli kain sulam tu, borong saja di sini. I can get RP80,000 for 4 meters and RP50,000 for 2 meters. Same quality with Pandai Sikek. Kalau bahagian bawah, ada menjual blaus baju bajuan, but the price more expensive than Aur Kuning. Souvenirs and accessories also you can get from here. After duit dah habis, kami pun berambus from Pasar Atas.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
Tips :Pastikan awak survey sehabis baik dulu sebelum shopping ye. Sebab harga boleh dapat lebih murah kalau pandai survey dan tawar. Untuk telekung sulam, kat sini femes sikit dengan Telekung Siti Khadijah tu. Kena lah pandai tawar sikit. Macam i, untuk telekung sulam, i terbeli harga Rp.150.000. tapi bila pusing kedai belakang pulak, telekung macam i beli tu rupanya Rp300.000 untuk 3 pasang. Hehehe.. Takpelah. dah terbeli kan.

Malam tu, penat sangat pulak sebab dah berjalan dan shopping seharian. Jadi, malam tu selepas makan, kami  cuma tinggal di rumah dan kemas barang-barang memandangkan esoknya pun dah nak balik kan.

Day 3:
- Singgah di Panorama Sungai Landia
- Melalui Kelok 44 dan Danau Maninjau
- Melawat rumah kelahiran Buya HAMKA
- Bersantai di Ngarai Sianok dan melawat Lubang Jepang
- Shopping di Pasar Atas


Day 4:
Last day at Bukittinggi. Walaupun flight kami jam 2petang, tapi kami bergerak pulang dari Bukittingi jam 9 pagi kerana menurut supir kami, dalam perjalanan akan ada pasar pagi, which means, jalan akan sesak. And yes.. memang pun.! huhuhu.. rasa perjalanan balik nak ke Airport tu, lebih lama pula.

Dalam perjalanan pulang,  kami sempat juga singgah di Rumah Gadang. Bayaran masuk i tak pasti berapa sebab masa kami masuk, takde pekerja pun yang jaga di dalam Rumah Gadang tu. hehe.. So, masuk jela.  Basically,  Rumah Gadang ni macam Istano Basa Pagaruyung juga (beza istana ofkos la berkali ganda besar), boleh juga kalau nak sewa baju untuk bergambar.  Masa kami sampai, pengunjung pun tak berapa ramai. Ada yang tengah bergambar dengan baju, dan ada  yang bersantai makan sate di taman Rumah Gadang tu. Kat sini, tak lama pun.. Sebab dah pergi ke Istano sebelumnya kan. Cuma bergambar sekejap jela.

And guess what, walaupun keluar awal dan cuma singgah di Rumah Gadang sahaja,  kami sampai di Airport, ngam-ngam jam 1 tengah hari.. Hahaha.. Ya Ampun, jalan tak macet pun, tapi sebabkan keadaan jalan yang sempit, jadi agak lambatlah T_T Apa-apapun,  Alhamdulillah selamat sampai di Airport dan pulang ke Malaysia dengan selamat..


Tips: Di airport, semasa ingin ke balai berlepas tu, kami ditahan oleh pegawai kastam (kaunter ONASI ni) untuk membayar Airport tax sebanyak Rp.5.000 seorang. Tak banyak pun, tapi terkejut pulak tiba-tiba kena  panggil. Apesal i tak tau pun pasal ni. Hahaha.. Silalah sediakan duit siap-siap ye.

 Begitulah LOOONG entry i. Thank you so much for reading this super long post! Sampai bersambung 2 part lagi uols.. Ha amikkau. Apa pun, Bukittinggi Indonesia sangat berbaloi untuk dilawati sebabkan keindahannya. So yeah!! I nak ke sini lagi sebab i rasa tak puas shopping.! hahaha

Terima kasih daun keladi,
ada masa, nanti  i tulis lagi.. (waaahhh !!)

Pasar Atas ni mostly menjual kain sulam and telekung. Banyak choices and the price much much cheaper. My advise, for those yang kepingin betul mau beli kain sulam tu, borong saja di sini. I can get RP80,000 for 4 meters and RP50,000 for 2 meters. Same quality with Pandai Sikek

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
Mostly barangan yang dijual seperti kain, kebaya set, baju baju, blouse, telekung, persediaan perkahwinan, kerepek dan macam macam lagi

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
Mostly barangan yang dijual seperti kain, kebaya set, baju baju, blouse, telekung, persediaan perkahwinan, kerepek dan macam macam lagi

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
Mostly barangan yang dijual seperti kain, kebaya set, baju baju, blouse, telekung, persediaan perkahwinan, kerepek dan macam macam lagi

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_c

Menyambut Syawal - edisi raya pertama

$
0
0
Wahh.. cuma entry kontot je untuk menceritakan diari syawal. Yeke kontot ni. Ehem. Dengan lafaz Bismillah..

Kita makan.
Eh tak. Dengan lafaz bismillah.. kita mulakan entry konon-konon kontot ini. Semoga tak banyak merapu. Amin.

Baiklah diari. Pagi-pagi lagi sudah kedengaran bunyi riang ria di pagi syawal lagi apabila emak mengejutkan semua anaknya untuk bersolat subuh dan bersiap untuk menyambut raya. Tau dah nak raya, tapi malam tadi anaknya ini lupa nak gosok baju raya. Jadi awal pagi, kemeriahan raya telah bermula apabila anaknya ini terpaksa berebut dengan sepupu lain untuk gosok baju dan bertanding "Baju raya siapakah yang paling cantik di pagi syawal".. Tahun ini merasa kelainan sungguh. Hahaha.. ok,berhenti gelak, pegi mandi dan bersiap.

Memandangkan bapa juga masih belum bersiap untuk ke masjid, maka anaknya ini mula menyibukkan diri memanaskan lauk rendang yang dimasak malam tadi dan mula menjamah. Sibuk benar anak ini dimeja makan.. Onomnomnom.. Emak yang sedari tadi telah bersiap awal, cuma mencuit sahaja makanan si anak.

Setelah semua bercantik-cantikkan dan memandangkan solat raya di kampung ini selalu mula lambat, makanya kami bersalaman, berpelukan, bermaafan, berkasihan sayangan, berberi berduit berayaan dan bergambaran.
Emak dan bapa telah berpesan kepada anak ini di malam hari sebelum raya lagi. Sembahyang raya, anak ini tak dapat ikut sebab tugas anak dan sebagai cucu kedua dalam keluarga ini ialah perlu masak untuk team baraan yang singgah selepas pulang dari masjid. 
Menu tahun ini, dipilih khas dari ketua chef, Mak Anjang

Setelah puas memasak dan melantak lagi di dapur, anak ini mula berkira-kira duit raya yang anak ini dapat. Oh, tahun ini banyak memberi dari menerima. Mari kira sama-sama.

Duit Memberi.
Mak abah : RM100 seorang.
Anak buah, Inara : RM20
Nisa Hassan (obviously ini adik beradik sebab nama bapa sama) : RM10
Adam : RM10
Dila : RM10
Nadia : RM10
Ija : RM10
Sepupu kecil lain : RM5 x 8 orang.

Duit Menerima.
RM 100

Balik modal?
Tidak. Jadi marilah kita mengira bajet belanja selepas raya pula. Hahaha
Setelah team baraan sampai dan melantak di rumah, anak ini mengemas dan mulakan misi
TIDO.!!

Sekian, begitulah edisi pagi raya pertama i. Petangnya dah sibuk menerima kunjungan saudara mara yang lain dan sibuk berkunjung ke rumah orang pula.


Selamat Hari Raya. Raya molek-molek

A day trip to Pulau Ketam

$
0
0
Hai. Assalamualaikum.!
ohhh yeaaahhh~ we went to Pulau Ketam yawww! Bila update gambar ke Pulau Ketam, kemain semua text..
"Hei, buang tebiat ape ke sana"
"U know, Pulau Ketam tak ada apa, why menyusahkan diri ke sana" 

Ok..ok.. 
Jujur, selama i duduk Klang dah 20tahun, tapi belum sampai ke sini lagi.. Memang betullah orang kata, yang dekat tulah yang paling malas nak pergi. Tapi, haritu i memang betul-betul rasa nak berjalan (sebab i cuti raya lama kottttt).. So, decide terus. Nak ke PULAU KETAM!!! And yeah. On raya ke5, i ke sana. A day trip with my girlfriends.

Sebelum ni, mindset i pada Pulau Ketam cumalah :
Houses on stilts, human waste go straight back to nature, tak cantik.

Tapi yela, tak pernah pergi, mana nak tau kan. So, yeah girls.! Lets explore Pulau Ketam.! ~~ kata hati. Sebelum ke Terminal Feri Perlabuhan Klang, kami bersarapan dulu di Chang Kok Kopitiam. A famous kopitiam in Klang since 1940 yaw!.
So, lepas bersarapan, kami terus ke Terminal Penumpang South Port di Perlabuhan Klang. Sebabkan kak Fatin pun orang Klang, jadi tak de lah sesat barat nak mencari. Terminal ni terletak di Perlabuhan Klang, bersebelahan dengan Stesen KTM Perlabuhan Klang. Senang kan, kepada mereka yang naik KTM nak kesini. Kalau yang naik kereta pun, boleh park kereta di area Stesen KTM ataupun di bangunan sebelahnya, dengan rate parking RM1/hour.
 
Sumber gambar : Kembara GD. I lupa amik gambar ini. haha

Untuk ke Pulau Ketam, perlu menaiki feri di Terminal ini. Rujuk gambar di atas.. Harga tiket untuk pergi dan balik ke Pulau Ketam, cuma RM15 sahaja (naik feri berekon) dan perjalanan ke sana akan mengambil masa selama 40min sehala.
 
 naik feri cepat

 The views.

Ta-daahh~ dah sampai selepas 40min masa perjalanan di dalam feri. Tiada kereta atau pun motosikal di pulau ini yang ada hanyalah basikal dan basikal elektrik.So, sampai je, kami terus sewa basikal. Rate cuma RM5 je sekali sewa. Boleh la guna untuk berjalan di sekitar kawasan. Malas nak berjalan sebab tengah hari. hehe
 
Kuatnya angin.. boleh la feeling nak berhindustan.
 
makcik basikal dah sedia. 

 
i punya basikal. Comel pulak ada baldi sebagai bakul basikal. Comel. Sempat lah bergambar kenangan dengan basikal baldi ni. Lepastu terus tukar balik ke basikal yang cantik. Haha..demand. Dah tu, asyik kena gelak je dengan dorang. Hmmm

Sebenarnya, Pulau Ketam hanyalah sebuah perkampungan nelayan sahaja. Pulau ini dibuka sekitar tahun 1880 serta dihuni oleh nelayan-nelayan berbangsa Cina semenjak Perang Dunia Kedua berlaku.
Mana ada aktiviti snorkeling walaupun ia adalah pulau.. Jangan berangan. Jadi aktiviti yang boleh lakukan di Pulau Ketam hanyalah berbasikal mengelilingi penempatan penduduk sambil melihat aktiviti yang dilakukan oleh penduduk di sini, memancing dan makan makanan laut.. Yang menariknya kat sini, kawasan penempatan penduduk di Pulau Ketam sangat bersih, dan ada kemudahan infrastruktur yang lengkap (ada balai polis, balai bomba, bank, pusat Islam, Klinik Kesihatan) walaupun ianya sebuah pulau yang terpencil di daerah Klang.
  
Jalan di Pulau Ketam ni kecil ya tuan puan. Muat untuk berbasikal dan jalan kaki sahaja. Kenderaan bermotor tak dibenarkan bagi mengekalkan udara bersih di kawasan persekitaran.

 
See the Balai Polis. Kecil je dan unik. Tak tau lah dah berapa puluh tahun dibina di sini.

 
Rasa macam kembali ke zaman lama pulak. Tiada kereta yang di parkir di hadapan bank ye. Cuma basikal. Terus feeling-feeling i kat sini. Feeling zaman dahulu kala.

 
Ikan kering

 
Kalau perhati betul-betul di tanah, ada banyak sangat ketam dan ikan belacak. Kena zoom sikit mata tu..


Kawasan persekitaran dan rumah-rumah penduduk semua di hias dengan cantik dan berwarna-warni. Ada beberapa mural yang dilukis di dinding rumah, yang menyebabkan kami berbasikal mencari mural-mural untuk bergambar dan menghiasi laman instagram. i rasa, sebabkan kecantikan dan keunikan ni lah menyebabkan ramai pelancong singgah ke Pulau Ketam walaupun aktiviti di sini tidak seperti berada di pulau lain.
The rainbow house. Cantik kan. Boleh jadi background gambar yang menarik.

 
Nak jugak dengan muka berlemuih tuh.. See, kan dah tukar basikal. Sebelum ni bakul baldi. haha
 
 
Lokasi mural ni paling lama nak cari.. haha. Last-last tanya orang terus. Malas dah nak cari masuk setiap lorong.


Ramai yang bagitau i, makanan seafood disini sedap sebabkan di sini adalah perkampungan nelayan kan. Tapi kami tak makan di sini sebab masing-masing mengidam nak ayam penyet. Hehehe, so i tak tau la bab makanan kat sini ye. 

Berbaloi i habiskan masa separuh hari di sini. Banyak gambar cantik i dapat sepanjang di Pulau Ketam ni. Rasa macam nak spam je instagram i dengan gambar yang banyak dan super ohsem ni. Haha..
So, berapa bajet yang dah habis di sini?
RM20 sahaja exclude makan dan parking. Jimat untuk percutian sehari i. hehe.. 

Tips :
Feri ke Pulau Ketam akan ada dalam setiap 45min. Ada beberapa perkhidmatan feri dari beberapa company. So jangan risau kalau terlepas. Cuma, waktu terakhir feri dari Perlabuhan Klang ke Pulau Ketam adalah pada jam 8.30malam. Manakala, feri terakhir dari Pulau Ketam ke Perlabuhan Klang pula ialah pada jam 5.30ptg pada hari berkerja, dan 6.00ptg pada hujung minggu. Jangan terlepas pula. Tapi kalau terlepas feri, boleh bermalam di Pulau Ketam. Ada banyak hotel dan homestay disediakan di sini.

xoxo
Jom explore kawasan persekiratan kita. Cuti-cuti Malaysia.

Business Card Miera Hassan dot Com

$
0
0
Assalamualaikum.
Hai.. akhirnya yang dinanti telah tiba.. drummdummdumm!!!

My blog dah ada business card! wihuuu

Before ni i tak tau pun pentingnya business card untuk blogger. For me, kalau ada pun nak bagi siapakan.. I bukan lah reti sangat nak approach orang and cakap"Nah kad saya".. No..no!

Eh tak reti la.. kad kerja i pun tak habis-habis lagi sampai sekarang. Even dah 3 tahun dan cuma ada 100pcs je macam tak luak pun. Hahaha.. Tapi sebab sejak i mula aktif berblog semula, i dah mula pergi ke mana-mana event ni, ramai pulak PR dan kawan blogger yang i jumpa minta kad i.. Huhu.. sayang pulak sebelum ni i takde kad, so tak dapat la nak bertukar-tukar contact number.. wuwuwuw..

But now, dun worry lah!
mierahassan dot com dah ada business kad.. hahaha.. 
Eh, Siapa nak business kad i haritu ye?

Kisah Jodoh dan Rezeki

$
0
0
Assalamualaikum jamilah.
aiyoyo... it's not that i don't want to get married.

i want kot! just that no matter how many people tell me to try harder or whatever, rezeki dan jodoh is Allah's part. not mine. we can only try but kalau Allah SWT kata belum lagi, He won't give us.

I percaya Allah Maha Mengetahui. He is the Best of Planners anyway. so bila i nampak sorang, dua, tiga, empat orang, astaghfirullahalazim.. tanya i bila nak kawin, kenapa i memilih sangat, orang takut nak dekat dengan i sebab status kerja, i nak jadi anak dara tua ke, i tak kawin sebab i gemok kot (although i know they only mean well) it gives me a feeling yang.. tak best.. it makes me feel like.. ish susah lak nak describe feeling tu! i tak kisah bila yang tanya i pasal nak kawin tu sebab i faham kadang-kadang itu cuma permulaan nak berborak je. I ok dan bukan jenis yang cepat melatah pun dengan soalan kahwin ni.. Please don't get me wrong. Cumanya, jangan lah tanya seolah-olah mendoakan yang tak baik. (u know what i mean right?)

Oh well.. baru-baru ni i ada baca perkongsian dari Fedtri Yahya di instagram beliau. Dan bila i baca, i memang sedar dah rasa yakin sedikit mengenai soal jodoh dan rezeki ni.. Ini apa yang beliau tulis.
***
Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. Di fikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.

Ada orang, anaknya semua lelaki. Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti. Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.

Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga. Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yang jaga kita itu Allah.

Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga.
Itulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak Allah.
Yakin.
Yakin.
Yakin.

Jangan runsingkan kerja Allah.
Runsingkan kerja kita yang asyik tak siap ni.

Jangan runsing belum ketemu jodoh
Jangan ribut belum ada zuriat
Jangan sedih hanya kerana beranak sorang
Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jangan pertikaikan eh nanti tua siapa nak jaga kau. Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti.
Masa depan kita sentiasa di tangan Allah.
Dan Allah itu adil.
Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.

Pendek kata
Allah ada.
Jangan takut... 


***
Subhanallah.. i tau masa itu akan tiba. Jodoh itu ada. Bukankah Allah dah tentukan setiap makhluk itu berpasang-pasangan. Doakan jodoh yang terbaik Allah nak beri pada i.. Ok. Lagipun, 27 tahun ni muda lagi kan? hehehehe.. Banyak lagi yang boleh i buat kan.. ngee~
 
Be happy 

Dan mereka yang belum bertemu jodoh, jangan lah cepat melatah bila jumpa orang lain, dan mereka tanyakan soalan mengenai jodoh.. Bila baca jawapan yang i jumpa di social media, MasyaAllah.. sedih membacanya..
Jaga adab.. jaga hati mereka.. Minta mereka doakan kita pula.. Tak salahkan. Daripada kita mengeluarkan kata-kata tak sedap didengar.. Jangan sampai mereka tiba-tiba tersumpah kau jadi penyapu pulak..baru kau kenal erti penyesalan..

xoxo

Resepi Ayam Masak Merah yang Sedap

$
0
0
Hai semua.
Ni resepi masak-masak campak-campak untuk orang yang nak menggembirakan hati yang sedang menunggu di meja makan dengan harapan, masakan yang kau masak lebih sedap dan cepat sebab dorang dah kelaparan.. Jadi, untuk yang nak masak tu, inilah dia..

Resepi Ayam Masak Merah yang Super Sedap dan Mudah.

Bahan-bahan pun senang nak dapat. Bahan biasa kat rumah tu lah.. Mari mulakan edisi masak memasak di dapur kak Miera Carey (pown boleh).. Yakin lah dengan resepi i ni, sebab i masak memang menjadi dan semua puji sedap termasuk perut i sendiri. Eh, apa ingat i cuma pandai melantak je ke?

So ayam masak merah, come to mommah!!

Bahan-bahan:
- Seekor ayam (goreng separuh masak)
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 sudu besar sos cili
- 4 sudu besar cili kisar
- 2 biji tomato (dibelah 4)
- Sedikit santan (Mengikut kepekatan yang disukai) - optional
- Garam
- Gula (sebagai perasa manis-manis)

Bahan-bahan kisar:
- 2 biji bawang besar
- 1 biji bawang putih (anggaran 10 ulas)
- 2 inci halia

Bahan hiris:
- Bawang besar / bawang holland dipotong bulat.
- 3 ulas bawang putih

Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan hirisan, bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar gaul rata.
3. Masukkan cili kisar dan sos cili. Tumis sampai pecah minyak.
4. Kemudian, masukkan ayam yang digoreng separuh masak, dan gaul kan sehingga rata dan dibiarkan seketika.
5. Masukkan sedikit santan mengikut kepekatan kuah yang diinginkan. Kalau kuah terlalu pekat, masukkan sedikit air.
6. Akhir sekali, masukkan tomato yang telah dibelah 4 dan perasakan dengan sedikit garam. Kalau suka, boleh masukkan sedikit gula untuk rasa yang manis-manis sedikit. 
7. Kacau sehingga warna menjadi kemerahan cantik dan sebati.

 
Siap..! senang je kan.. Boleh la nak makan dengan nasi impit atau nasi beriyani. Nak makan dengan nasi minyak kat kenduri i pun boleh. Datang kenduri i, bawak ayam masak merah sendiri. Hehehe. Eh haip!

Selamat mencuba kepada yang nak cuba.
Cuba sekali, pasti hendak buat lagi. Ewaahh..

Miera 10kg Mission

$
0
0
Hai.
Ehem.

I selalu jeles kalau nampak ada wanita yang dah kawin dan beranak pinak (ini merujuk pada anak lebih dari 2 orang) masih ada body figure yang cantik lagi. Sebab i belum kahwin ni, susah betul nak maintain dan slimkan diri. Setiap tahun tanam azam yang sama, NAK KURUS. Tapi bila dah hampir hujung tahun, lupa terus awal tahun haritu tanam azam kat mana ye? Dah hilang pulak azam tu. 

Worst come to worst, i naik banyak sangat kilo lepas habis belajar. It makes me sad whenever i saw the weight machine scale. Tapi tetap susah nak kawal makan sebab i memang food lover.

Zaman belajar dulu aktif sangat . Aktif dalam SUKSIS bantu i untuk kawal stamina. Every weekend ada kawad, lari 2.4km pagi sabtu, jungle tracking dan beberapa aktiviti kepolisan lah. Lepastu zaman degree pulak, boleh kata every week i akan hiking around Penang tu. Kiranya lemak takdelah nak tumbuh melata ibarat cendawan tumbuh selepas hujan kan. Eh, amboi peribahasa. Tapi apa jadi sekarang? hahaha.. I admit, zaman kerja ni i banyak sangat makan, tapi kurang exercise. So. who i should put the blame?? ME!! hahaha..

Bila fikir setiap hari tanpa apa-apa tindakan, i makin mengembang. Sekaranglah masanya untuk my
10Kg Mission

Now, obviously, i kena mulakan eat clean semula yang i pernah buat dulu. Hentikan minum air manis (bye teh ais..sobss), minum sekurangnya 3litre air kosong setiap hari (no problem), exercise dan follow my coach from F4L. Tak dilupakan, sarung semula korset Premium Beautiful i untuk jaga my body shape (woi, muat lagi ke tak? lama dah tak pakai). Fuhh. Dah buat list ni, jangan tak ikut pulak hoi.

Semangat!
Do you think i can achieve my 10kg mission in 2 months? hmmmm..

Ok coach, i dah bersedia. Lets start.!!

Buku yang dah lama beli tapi tak pernah baca tu, sila keluar dari rak buku sekarang.

Oh, tarikh mula Isnin (10 July 2017).. Jadi, 2 hari ni, makan la puas-puas..Lepas ni dah nak mula healthy lifestyle kan.. wuwuwuuuu... kuat kan azam!!

xoxo

May 2017 Wrap Up

$
0
0
Assalamualaikum Jamil dan Jamilah.

This year I've decided to change many things on my blog! - and besides my lifestyle section, I also wanted to do a wrap-up every month from now on. Ngeh..ngeh..ngeh... Jadi, jom tengok wrap up i untuk bulan ni..

 Blogging Life:
Kalau u all perasan, i sebenarnya dah join kelab Blogger Ben Ashaari. Secara rasminya diterima masuk dalam kelab tu.. Gitu... Jadi, semangat blogging tu jadi rajin la sebab dah mula duduk dalam circle bloggers kan.. I start mula aktif berblog since bulan April yang lepas sebab dah slow down my online business kan,tu yang nak berblog tu.. So, masa mula aktif, ada PR contact untuk minta i review buffet ramadhan. Masa dalam event tulah yang i mula berkenalan dengan bloggers lain dan most of them dari KBBA.. Tu yang mula terhegeh terus join tuh. Wakaka... 

Bulan ni, jugak dapat beberapa invitation untuk review, salah satunya ialah dari Air Asia untuk event SANTAN. So, basically, i stat aktif bulan ni lah kan? hehehe..

Oh i'm going to change my blog template.. Hmm.. nak guna yang responsive template lah.. Gonna miss u template lama.. hehehe..

Personal & Working Life:
May is my FAVOURITE MONTH!! because this is my birthday month. I dah genap 27tahun dah pada 22 May haritu.. Well, 27tahun ni, i rasa i makin fabulous. Giteeww.. makin matang untuk uruskan segala-mala urusan.

I beli new laptop untuk appreciate diri.. Hehe.. sebab laptop lama rosak dah. 4tahun dah pakai..

Ehmm.. what else yah??! Oh.. and i dah mula start cari kerja lain.. Wahahaha.. Almost 4years berkerja dalam company yang sama, rasa dah nak mula tukar angin lah.. Sebab i rasa, beban kerja i makin bertambah. Yes dalam company tu ada engineer lain. Biasalah company kecik, engineers cuma 2 orang including me. Cuma ntahlah, engineer lagi sorang tu asyik main game, tapi bila ada bos, dia mula buat-buat bizi macam dia ada kerja.. I pulak jenis yang tak suka tangguh kerja and alhamdulillah kerja i siap ahead of schedule.. Bila kerja i dah siap, so bos akan datang and tanya i dah siap kerja, so akan dapat lagi kerja lain. Bukan merungut.. cuma, its very unfair.. I buat banyak kerja.. siapkan kerja awal, then lagi dapat kerja lain dengan alasan "Miera dah siap kerja, so buat ini pulak ye" tapi other persons tu pulak, buat kerja sama je.. (eh bos i tak nampak ke kerja dia asyik buat benda sama je) lol..!! hmmm... #annoying. I pernah suarakan pada HR department, tapi macam tulah.. No action. Imagine la, every day dia balik lambat tapi kerja tak pernah siap. Bila i check history internet dia, malam and pagi download / buka website anime.. Drafter pun dah perasan, semua kerja i je yang kena.. Kalau uols, puas hati tak? wuwuwuwuuu...

 Movie & Drama:
This is my favourite.. Watching movie and Korea drama. Sebabkan this month birthday i, so MBO and GSC bagi 2 tiket free. Tapi i cuma dapat tengok kat MBO je.. sebab bizi kerja. (baca semula yang kat atas why i cakap i bizi).. Jadi, movie pada bulan ni ialah: Guardian of Galaxy vol.2. Thanks MBO.. Terubat la sikit kesedihan i..especially part Baby Groot. So cute.. Cerita yang lawak..
 
Cute

For my Korea drama, drama "Mystery Queen" baru je habis tengok.. dan sekarang tengah menghabiskan cerita "Chicago Typewriter".. Both drama seronok. Mystery Queen tu kisah mengenai seorang suri rumah yang bercita-cita nak jadi detective sebab nak siasat sendiri kes kematian ibu bapa dia, tapi hasrat terkubur sebab dia berkahwin dengan seorang prosecutor. Tapi sebab minat sangat bab penyiasatan ni, dia bantu polis selesaikan pelbagai kes senyap-senyap.

Chicago typewriter pula, more kepada fantasi..Cerita pasal kisah penulis terkenal di Korea yang sebenarnya kelahiran semula dari zaman sebelum kemerdekaan Korea. Dulu, dia ni ketua bagi persatuan pemuda korea yang berjuang inginkan keamanan dan kemerdekaan Korea. Masa yang sama, dia adalah seorang penulis dan doktor pada zaman tu. So, bila tahun 2017, kononnya dia adalah kelahiran semula dan ada la cerita pasal hantu yang mana sebenarnya pada zaman Jepun mereka adalah kawan baik.. Bulan May ni, rasanya movie dan drama semua best-best. I suka sangat.

I ni suka gunakan Instagram sebagai mini diary i.. Sebab i suka amik gambar walaupun, gambar i amik bukan la cantiks mana poonnnnnn.. So, ini adalah wrap up i daripada instagram feeds i untuk bulan May..
 
May Instagram Diary Feeds. 

That was my month.. Awak pula macam mana bulan May ni? Selamat berpuasa ye..

June 2017 Wrap Up

$
0
0

Assalamualaikum Jamil dan Jamilah.
Selamat Hari Raya..! Hehe.. ucapan raya kali ke berapa tah.. Dah 5 haribulan baru nak buat wrap June. pipipipiipi.. (ape gelak pipipi)

So, jom tengok apa yang best i buat sepanjang June 2017.

  Blogging Life:
Perasan tak kat archive sebelah tu.. untuk bulan Jun i berjaya menulis entry sebanyak 17entry.. Wei.. pencapaian sangat.. Semoga istiqomah la update entry tu hendaknya.. I rasa rajin dan semangat sebab dah join Kelab Blogger Ben Ashaari ni, semua blogger share entry masing-masing, share UV blog jadi semangat la i, pastu banyak tips pulak tu i dapat.. ok. Semoga istiqomah la update entry tu hendaknya..

Template blog pun berubah pada bulan ni.. Tetiba rindu template lama pulak.. Huhu.. Cuma tulah, akibat tukar template, jadi macam INI pulak.. But now alhamdulillah, dah kembali normal dan makin ramai visitor.. ambil masa sikit kot template ni nak serasi dengan Google.. Now, UV i dah cecah 5angka.. wiii.... sengonot (alahai pelat)

Bila i check pageview entry popular blog i bulan 6 ni, suprisingly, entry Kurus dengan Detox Waterberjaya mengalahkan entry Bercuti ke Lombok.. Ramai rupanya nak kurus ye. hehe

Tahniah pada pemenang

And 1 thing.. Alhamdulillah, i ada terima emel yang blog i Nomited dalam Malaysia Website Award untuk May Nominess.. Yeay kan.. Nampak blue ribbon kat tepi blog i tu kan, jangan lupa, undi i ok.. Pliss....pliss....

Personal & Working Life:
Untuk kisah personal.. hmm...kisah raya je kot. I takde baju raya tahun ni. huhuhu.. Baju raya ada beli tapi guess what, too big.!!! kain pulak too ketats.. Seriously tak selesa. Sebab badan i makin mengembang..huhu T_T.. susah nak cari saiz.. Sebab tulah, i buat My 10kg Mission. Rama tanya, mana baju raya, tak update pun kat ig.. Well.. tulah dia cerita sebenar. Kain ku ketat, baju ku besar. Susah nak cari saiz baju sebenarnya sebab i ni memang jenis badan, besar tang punggung.. Sebab tu nak tempah tapi lambat tempah pulak tahun ni. Begitulah kisah raya sebenar i..

Movie & Drama:
No movie for this month!! Bulan puasa. Nak tengok wayang pun segan. wakaka.. well, itulah.. takde cite best. Nak tengok Transformers tapi semua update tak best.. So, takdelah tengok. 

Korea drama apa bulan ni?
Bulan ni i tengah khatamkan drama Suspicious Partner.. Eh Al-Quran dah khatam ke bulan Ramadhan ni? tanya Jamilah. Hahaha.. alahai.. malu nak jawab. Jamilah, ni part drama.. jangan tanya hal peribadi. Hal peribadi, tanya kat atas. hehe

Plis jangan tanya nama pelakon Korea, I memang tak tau.. Tapi i suka pelakon utama.. Hensem dan cantik gila.. cerita ni best, tapi i tak habis tengok lagi.. Cerita ni pasal pendakwaraya dan peguamcara punya kisah percintaan. This girl yang watak utama ni terkena tuduhan membunuh dan dia sebenarnya bakal peguambela.. Tapi sebabkan tuduhan membunuh ni, dia susah nak dapat kerja dan hidup dia macam susah la.. Then this guy yang watak utama pulak sebenarnya dulu pendakwaraya, dan bos pada girl ni masa girl ni. So dia amik kes this girl dulu.. and sebab kan kes ni dia kena pecat jadi pendakwaraya..
In the end, tengoklah sendiri.. hahaha..

So, as usual, nah mini diary instagram i..
Macam mana bulan June awak.?

Steevya Pemanis Ganti Gula yang Baik

$
0
0
Hai korang,
Bila baca mana-mana tips untuk turunkan berat badan, semua dietitian menggalakkan kita untuk elakkan minum minuman manis. Tapi, diet yang sihat bukan bermakna kita tak boleh enjoy makanan kita, dan tak boleh minum  yang sedap langsung. Cumanya pengambilan gula yang berlebihan tu punca nya masalah kegemukan berlaku (uihh.. terasa i)

Semalam, i sempat ke kelas Nutrition dengan my coach, dan apa yang coach i ajar, gantikan gula tebu dengan pemanis semula jadi. So, apa sebenarnya pemanis semula jadi ni?

STEEVYA PEMANIS PENGGANTI GULA YANG BAIK UNTUK KESIHATAN

Stevia atau nama saintifiknya Stevia Rebaudiana merupakan tumbuhan herba yang berasal dari Paraguay. Stevia telah lama digunakan oleh masyarakat di sana sebagai pemanis semula jadi dalam makanan, minuman dan perubatan oleh masyarakat di sana. Pokok stevia juga semakin mendapat perhatian masyarakat amnya di Malaysia kerana khasiat dan kelebihannya sebagai pengganti gula semula jadi.

Seperti yang kita sedia maklum, penggunaan gula putih yang dibuat daripada pokok tebu telah lama dipraktikkan dalam masyarakat sebagai penambah perasa manis dalam makanan dan minuman. Akan tetapi, pengambilan gula secara berlebihan boleh mengakibatkan banyak masalah kesihatan seperti obesiti (berat badan berlebihan), diabetes serta tekanan darah tinggi. Oleh itu, masyarakat perlu mengambil inisiatif lain untuk menggantikan gula sebagai penambah rasa manis agar kehidupan kita menjadi lebih sihat.   Oleh kerana itulah, sejak kebelakangan ini, daun stevia menjadi semakin popular.

Stevia merupakan tumbuhan herba bebas toksin dan selamat digunakan untuk menurunkan kadar sakit diabetes, tekanan darah tinggi dan masalah berat badan. Menurut kajian, kandungan utama stevia yang menghasilkan rasa manis iaitu Steviosid membantu menurunkan kadar tekanan darah tinggi [1].

Keistimewaan stevia ini terdapat pada daunnya yang mempunyai rasa manis. Malah, ekstrak stevia ini dikatakan mempunyai 350 kali ganda rasa manis berbanding gula putih yang dibuat daripada pokok tebu. Antara produk pemanis stevia yang terdapat dipasaran adalah jenama STEEVYA. Produk ini telah diformulasikan daripada ekstrak daun stevia asli yang memberikan rasa manis lebih kuat dengan hanya tiga - empat titisan ke dalam makanan atau minuman.


KEBAIKAN STEEVYA

Produk STEEVYA ini tidak mengandungi sebarang karbohidrat, lemak, kalori dan tiada mengandungi sebarang pemanis lain.

X KARBOHIDRAT
X LEMAK
X KALORI

Produk ini telah disahkan dengan ujikaji makmal oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) serta turut diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan nombor notifikasi: KKM.600-7/2/1 Jld.57 (57).

Produk STEEVYA sesuai digunakan oleh pesakit kencing manis, mereka yang mengalami berat berlebihan, dan juga penghidap tekanan darah tinggi. STEEVYA ini juga selamat digunakan oleh semua lapisan umur termasuk kanak-kanak seawal 4 tahun dan orang dewasa.   

Selain itu, produk STEEVYA ini mengandungi Vitamin C yang boleh membantu meningkatkan imunisasi badan serta menambah kolagen dalam tubuh pesakit kencing manis. Vitamin C tersebut membantu memberikan ketahanan kepada sel tubuh badan serta dapat menangkis masalah luka sukar sembuh yang seringkali menyerang pesakit kencing manis. STEEVYA merupakan produk pemanis stevia yang PERTAMA di Malaysia yang mencampurkan Vitamin C di dalam produk keluaran mereka. Bukan sahaja bermanfaat sebagai penurun kadar gula dalam darah, STEEVYA juga turut bermanfaat sebagai makanan tambahan bagi pesakit obes yang sedang dalam diet.

Kandungan STEEVYA yang bebas kalori tidak akan mengakibatkan seseorang itu menjadi gemuk. Malah ia membantu pembakaran lemak dengan lebih pantas ketika aktiviti sukan dilakukan. Dengan indeks bebas glycomic, produk STEEVYA adalah selamat digunakan oleh sesiapa sahaja walaupun penghidap kencing manis. Namun begitu, penghidap kencing manis stage 3 ke atas perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan produk ini.
KLIK GAMBAR UNTUK INFORMASI LENGKAP STEEVYA

MENGAPA PERLU MENGGUNAKAN STEEVYA?

Selain menjadi stevia pertama dalam Malaysia yang mengandungi Vitamin C, produk jenama STEEVYA juga merupakan produk pemanis stevia PERTAMA yang dijual di dalam botol 50ml. Sejak stevia diperkenalkan di Malaysia, belum ada mana-mana produk pemanis stevia yang dijual dalam kemasan melebihi 15ml. Kebiasaannya hanya dijual dalam kemasan 10 atau 15ml sahaja. Maka, STEEVYA merupakan produk stevia pertama dijual dengan kemasan 50ml dan dijual pada harga yang amat berpatutan.


Seperti yang kita sedia maklum, produk yang menggunakan ekstrak stevia asli amat mahal dijual di pasaran. Namun, kehadiran jenama STEEVYA ini bakal mengubah segalanya kerana produk ini dijual pada harga yang sangat berpatutan. Bayangkan, dengan pelbagai kebaikan yang anda boleh perolehi daripada produk STEEVYA ini, anda hanya perlu mengeluarkan RM 49.00 sahaja untuk sebotol 50ml. Harganya yang sangat berpatutan ini amat baik untuk semua lapisan masyarakat.   Maka, pilihan untuk menjadikan hidup anda lebih sihat berbanding sebelum ini bukan lagi satu pilihan yang mahal. Namun, ia mampu dikecapi oleh semua individu baik yang berpendapatan rendah atau tinggi.

Selain itu, STEEVYA juga telah melalui proses pengesahan selamat dijual dan selamat digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta pengesahan label produk telah dikeluarkan. Produk STEEVYA juga disahkan tidak mengandungi bahan merbahaya setelah melalui beberapa fasa ujikaji makmal di Malaysia. Produk STEEVYA sedang dalam proses mendapatkan sijil Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Walaubagaimanapun, bahan asas produk STEEVYA telahpun disahkan HALAL badan halal antarabangsa.   Maka, tidak syak lagi, produk STEEVYA merupakan pilihan paling tepat untuk anda dan keluarga.

TESTIMONI STEEVYA




Bertukarlah kepada kehidupan yang lebih sihat. Kurangkan gula dalam makanan dan minuman, gantikan ia dengan STEEVYA!  Ingin mengetahui lebih lanjut tentang STEEVYA? Layari laman web: www.steevya.netUntuk pembelian online, sila layari: www.steevya.com


Viewing all 148 articles
Browse latest View live